Malaysia Tanah Airku....

November 14, 2013

Telefon bimbit ku yang telah melarikan diri.....


Assalamualaikum w.b.t.....Subhanallah, mungkin ada hikmahnya... ...telefon bimbit a.k.a handphone saya telah "menghilangkan" diri pada 13 November 2013, sampai saat ini harapan untuk menjumpainya kembali adalah tipis. Dilaporkan terdapat suara wanita yang menjawab panggilan telefon bimbit tersebut...yang peliknya nada suara, pengucapan dan teksnya adalah tetap sama dan diulang-ulang,walaupun kita sudah memahami apa yang ingin dibicarakan.... setelah berkali-kali kita cuba untuk bercakap dengan beliau, beliau masih tetap mengatakan talian "telefon anda tidak dapat dihubungi..." sedangkan beliau yang menjawab panggilan tersebut, masakan masih tidak dapat dihubungi.... ;-). Oleh itu pendek cerita, dengan ini saya merelakan pemergian telefon itu untuk selama-lamanya .....semoga Allah s.w.t...memberi rahmat dan hidayah kepada tuan baru yang "menjumpainya"..sudah bukan rezeki saya...... 

Sebenarnya saya tidaklah ralat sangat tentang kehilangan telefon tersebut (walaupun sebenarnya Ya...!!!!, sebab telefon bimbit ini telah dihadiahkan oleh isteri saya, yang tercinta.... ada sentimentel value di situ.."not for sale"....) ...tetapi yang menambahkan lagi rasa sedih saya itu , ialah dengan  maklumat , gambar & data yang turut menghilangkan diri, mengikuti jejak telefon bimbit tersebut.

Oleh kerana  saya sayangkan nombor yang telah lama saya guna pakai, maka saya berusaha untuk mendapatkan kembali nombor talian tesebut. Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca, bagaimana mudahnya untuk kita mendapatkan kembali nombor talian telefon bimbit kita yang hilang dengan syarat, nombor telefon tersebut telah didaftarkan atas nama pemilik sebenar.

Langkah pertama kita hendaklah pergi ke mana-mana Celcom Center yang berdekatan, jangan lupa bawa Mykad ya (Yang palsu tidak dibenarkan sama sekali....)....Kita akan diberi sekeping borang untuk diisi. Selepas borang siap diisi ( Dalam kes saya , saya hanya menulis diruangan nama, No Mykad, No Telefon Bimbit dan tandatangan....ruang yang lain tidak diisipun...)... kita akan diminta tunggu sebentar, bagi memberi laluan untuk permohonan kita diproses, dalam kes saya, saya dilayan dengan mesra, mudah dan cepat. Lebih kurang 20 minit kemudian, saya telah mendapatkan kembali sim kad saya, yang telah diproses dan siap untuk digunakan kembali . Maka selesailah proses tersebut dengan mudahnya.......dan dengan masa yang masih ada saya cuba "survey"....telefon-telefon yang murah di kedai-kedai berdekatan.. ;-)

p/s :Terima kasih kepada Celcom Centre Taman segar, kerana membantu saya dengan layanan berbintang-bintang


7 comments:

Mak Su said...

as salam.... datang melawat2 ni... semoga dah dapat telepn baru ek. yang canggih manggih insyallah :D

de_kerinchi said...

walaaikumussalam....terima kasih makus...melawat blog berhabuk ni...hihihihi...

kakchahjelita said...

lamanya menyepi sibuk sgt la tu

Puteri said...

aih.. ada hilang hp ke...

huhu..

sedih dan sayang.

tambah2 ada sentimental value.

takpe.. mintak wife belikan lagi sekali :P :P :P

(walaupun dah lama entry ni hihihi)

kmnnetwork said...

as-salam bro lamanya betapa?

kmnnetwork said...

as-salam tuan lamanya betapa

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Blog Widget by LinkWithin