Malaysia Tanah Airku....

Jom mengaji Al-Quran sebelum berpolitik....



Pasangan calon pilihan raya Gabenor Aceh (dari kiri) Muzakir Manaf, Zaini Abdullah, Fakhrulsyah Mega, Zulfinal, Yuli Zuardi dan Hendra Fadli ketika menjalani ujian bacaan Al-Quran di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, kelmarin.


Assalamualaikum w.b.t....agak lama saya meninggalkan arena berblog, sejak kali terakhir saya menulis pada Hari Raya Puasa tahun lepas. Adapun saya menyepi buat seketika adalah kerana menghadapi sakit misteri yang agak teruk, akibat perbuatan sihir. Mungkin saya akan kongsikan cerita ini pada posting akan datang untuk tatapan pembaca blog ini nanti.... ;-)

Walaupun saya belum pulih 100%, saya amat tertarik dengan pendekatan yang dibuat oleh pemerintah Acheh yang mewujudkan suasana pemerintahan islam disana. Memandangkan, sejak- akhir-akhir ini banyak benar kenyataan keislaman yang dipesong-pesongkan oleh segelintir umat malah juga pendokong-pendokong politik yang sering mengelirukan umat, dengan ucapan-ucapan syok sendiri, "double standard" dan berkepentingan.....sehingga kita membenarkan yang salah ..dan menyalahkan yang benar..hingga islam itu berani dinjak-injak oleh extremes agama atau tidak beragama...maka molek rasanya pendekatan ini dijalankan di negara kita....marilah kita bersama-sama tegakkan syiar islam, sebelum nasi menjadi bubur.....

Di Acheh dilaporkan bahawa calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu juga dikhabarkan bahawa, diwajibkan juga kepada bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003 di Acheh.

Bukan sekadar calon sahaja yang diwajibkan untuk membaca Al-Quran tetapi pasangan hidup masing-masing juga terlibat sama, maklumlah isteri yang baik sering mencermin kepada kecemerlangan kepimpinan sang suami..... a.k.a. imej seorang pemimpin.....

Yang menariknya ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran...semuanya dalam mode "Apa yang penting...? Kerjasama....!!!!" demi kepentingan islam sejagat.....!!!

Pada ujian kelayakan tersebut peserta diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu sambil disaksikan oleh orang ramai.....heheheheh jangan berpeluh ya...!!! Secara umumnya jika seorang itu mengaku sebagai muslim sejati, membaca Al-Quran bukanlah satu masalah besar..lagipun setiap kali solat juga kita membaca ayat Al-Quran bukan...?..Jadi elok sangatlah kita anjurkan pembacaan Al-Quran yang penuh dengan keindahan dan hikmah dari kita berpolitik sambil menghambur kata-kata busuk ...yang amat mencelakan lagi mendatangkan dosa... ;-)

p/s: Apa kata Kerajaan Malaysia, cuba mewajibkan kaedah ini kepada calon-calon beragama islam untuk PRU akan datang...pasti meriah jadinya ;-)

Baca Lagi...

Bayar Zakat Fitrah sebelum raya...Zakat melalui SMS...



Assalamualaikum w.b.t., ini merupakan posting saya sebelum bercuti panjang.Tajuk nya Marilah bersama kita membayar Zakat Fitrah. Bayaran zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua individu yang beragama islam. Pembayaran selalunya dilakukan di kaunter pungutan zakat berdekatan ataupun menerusi individu yang dilantik oleh pusat pungutan zakat. Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi terkini, kita sudah boleh membuat pembayaran zakat fitrah hanya menerusi sistem pesanan ringkas (sms).

Saya tahu benda yang baru sering menimbulkan keraguan kepada pengguna, jadi kita harus mencari sumber rujukan dan bertanya kepada yang pakar dalam bidangnya.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik.

"Umat Islam tidak perlu was-was untuk menggunakan kaedah ini.Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat,"

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang turut bersidang pada 5-6 Julai 2010 telah membincangkan hukum zakat fitrah melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan mesyuarat bersetuju memutuskan hukum zakat fitrah melalui sistem pesana ringkas (sms) ini boleh digunakan.

Menurut Lembaga Zakat Selangor,zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan Kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.

Hukum mengenai zakat juga telah dibincangkan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 19/08/11, di mana pembayaran zakat melalui SMS adalah dibolehkan.

Jadi setelah dipertimbangkan maka buat pertama kalinya saya mencuba kaedah membayar zakat melalui SMS.

Menerusi sistem bayaran zakat fitrah sms ini, terdapat dua syarikat telekomunikasi yang bekerjasama iaitu Celcom dan Maxis . Jadi hari ini saya hendak berkongsi sedikit cara-cara membuat pembayaran zakat fitrah melalui SMS.







Langkah 1 : Dimana Arahan kaedah bayaran menerusi sms adalah seperti keterangan dibawah.

CELCOM: Taip FITRAH jarak *SELANGOR dan hantar ke 21999 dan ikut arahan selanjutnya

atau

MAXIS : Taip FITRAH jarak *SELANGOR dan hantar ke 22032 dan ikut arahan selanjutnya

Langkah 2 : Kemudian anda akan terima sms balasan seperti dibawah




Langkah 3 : Selepas memilih negeri dimana zakat hendak dibayar anda akan menerima mesej ini:




Langkah 4 : Setelah membuat pilihan, sms berikut akan diterima :



Langkah 5 : Setelah mengisi maklumat anda dan terdapat kesalahan anda akan menerima mesej di bawah:




Langkah 6 : Jika maklumat anda betul anda akan menerima mesej berikut:




Langkah 7 : Jika anda membalas BETUL, Mesej diterima adalah :




Langkah 8 : Jika menjawab Ya , anda akan menerima resit SMS, mengikut bilangan tanggungan, sekiranya 3 orang maka anda akan menerima 3 mesej seperti berikut :



Langkah 8 : Alhamdullillah anda telahpun menunaikan rukun islam, yang ke empat yakni menunaikan zakat dan anda akan menerima doa seperti berikut..Aminnnnnn







p/s: “Sesungguhnya Allah S.W.T. menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu,” (Al-Baqarah: 185)

Baca Lagi...

Batin Merajuk Di Tinggal Zahir....kerna tersalah tafsir...



Mouth & Foot Painting Artists

Assalamualaikum w.b.t........ hari ni saya hendak buat posting simple jer.....maklumlah sibuk sangat, lagi nak dekat hari raya, kerja pun makin bertimbun-timbun....baik siapkan kerja, sebelum hari raya menjelma...nanti bila dah cuti taklah asyik teringat kerja yang masih tak siap lagi kan....barulah bergumbira di hari raya, namanya.... ;-)

Dah nak dekat raya ni, ramailah yang "berpusu-pusu" dok hantar ucapan hari raya, samada melalui Kad ucapan, kad elektronik, SMS, MMS, ucapan maya ala-ala facebook atau bingkisan Blackberry, Iphone, Ipad.. dan by mouth...(ucapan dari mulut secara face to face lah...hehehe) .........

Cuma, saya hendak perbetulkan sedikit persepsi bahasa, yang telah disalah tafsirkan dan menjadi kepercayaan pada kebanyakan orang kita, yang peliknya orang dewasa dan tua bangka pun masih dok ingat benda ni betul....

Apa benda tu ya..Kalau kita lihat pada ucapan "Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin"...tiada apa yang pelik kan....Kenapa ya.... meh kita dengar selingan dibawah ni sekejap....:

Sahabat : Assalamualaikum w.b.t.

Saya : Walaikum Salam w.b.t.

Sahabat : Wah tak cuti lagi ker... ?

Saya : Belum lagi, banyak kerja ni...

Sahabat : Saya hari ni last kerja cuti seminggu juga...

Saya : Kalau macamtu bermaaf-maafan lah kita yer...Selamat hari Raya Maaf Zahir & Batin......

Sahabat : Tang maaf zahir tu okeylah...tapi tang batin tu kat isteri jerlah....

Saya : Masyallah....kawan....kalau budak-budak okeyler.....manalah kau dapat fatwa batin tak boleh digunakan untuk umum....ermmm Batin tu kan maknanya...yang paling dalam....isi hati, jiwa....so kalau ada kesalahan dalam hati dan jiwa tu minta di maafkanlah yer....

Sahabat : Ya ker...ramai dok cakap batin untuk suami isteri jer...dalam facebook tu berlambak dok orang taip macamtu....

Saya : Yalah kalau benda betul takapa ...kita kena betulkan persepsi tu ...jangan bagi terpesong maksudnya....bahasa mesti digunakan dengan betul...dan kena pada tempatnya....kalau tak kenapalah kebanyakan kad raya tu bertulis....Maaf Zahir & Batin.... ;-)

Sahabat : Ialah....sambil tersenyum.....

Saya : Maaf Zahir & Batin sekali lagi, jika saya terkasar bahasa..ya....

Sahabat Sesamalah kita....

Apapun kepada pembaca AnjungLarik..Saya dan keluarga dengan rendah hati, menyusun sepuloh jari memohon maaf Zahir & Batin kepada semua saudara mara, sahabat handai, seluruh umat islam, pembaca dan pengunjung blog ini, berhati-hati dijalan raya....ingat orang yang tersayang...

p/s: Penggunaan perkataan "Batin" bukan hanya untuk digunakan untuk suami & isteri sahaja. dalam konsep yangg luas, ia merujuk apa sahaja yang melibatkan soal perasaan, kalbu, jiwa atau hati. Misalnya jika kita sakit hati dengan seseorang (tidak semestinya suami atau isteri), rasa dengki atau iri hati, atau apa saja yg berkait dgn sesuatu yg tidak dapat dilihat oleh mata kasar, itulah dunia batin....dan Batin bukanlah terhad pada hubungan seks semata-mata...wallahu'alam.

Baca Lagi...

UniFi servis centre memang bangsat......



Assalamualaikum w.b.t..... rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat islam.....hari ni tengok pada tajuk memang saya tengah angin satu badan, rasanya pahala puasa pun dah berkurang....gara-gara servis UniFi yang amat buruk sekali.

Sebelum ni saya melanggan pakej streamyx... dan pada satu hari ,saya dihampiri oleh jurujual TM yang manis kata-katanya....sedang mempromosikan pakej UniFi yang dikatakan amat hebat itu....

Saya bertanya satu soalan sahaja ...adakah saya akan menghadapi masaalah sekiranya saya bertukar dari pakej streamyx ke UniFi....jawap jurujual UniFi tu, memang tiada masalah semuanya akan dilakukan secara automatik kerana UniFi dan streamyx dalam Syarikat yang sama...

Saya bertanya begitu kerana saya memang malas hendak pergi ke TM point lagipun saya selalu bertugas luar kawasan...Dulupun, pada masa permohonan talian telefon dan streamyx, saya memohon tanpa pergi ke TM Point, apatah lagi di zaman internet yang serba canggih ni....pasti semuanya mudah bukan...

Di pendekkan cerita, pada hari ditetapkan, maka kontraktor pemasangan UniFi telah membuat pemasangan unit UniFi di rumah saya, nampak nya mereka memang profesional dan menyenangkan hati saya....malah semuanya sistem UniFi telah diset untuk saya, saya hanya perlu melayar internet dan menonton tv sahaja....Pemasangan UniFi mereka memang kemas dan cantik....5 bintang untuk servis UniFi mereka....

Pada hari kedua, pula masalah mula timbul, talian streamyx saya masih belum dipotong. Saya segera menelefon TM di talian 100, dan mengikut operator TM, saya perlu mendail talian 1 300 88 1221(TM UniFi Centre)...dan bermulalah , hari-hari yang tak berapa menyenangkan saya.

Dari hari Isnin sehinggalah hari khamis dari pagi hingga ke petang puas saya mendail talian tersebut , tetapi ia hanya dijawab oleh mesin..."tekan satu untuk bahasa malaysia...maaf, semua pegawai kami sedang sibuk.....bla...bla..bla...."

Dan pada hari ini saya menelefon terus kepada jurujual UniFi tersebut, dan jawapannya amat menyakitkan hati.....

Jurujual : Cubalah telefon TM UniFi centre...

Saya : Sudah, saya dah dail dari hari isnin sehingga hari ini lansung tiada jawapan....

Jurujual : oh talian tersebut ada masalah, memang dijawap oleh mesin sahaja...

Saya : What..? Selama ini TM UniFi Centre ini tak wujudlah?

Jurujual : Wujud, tetapi memang sekarang tidak boleh buat panggilan, mungkin tak cukup kakitangan....?

Saya : Habis tu yang awak suruh saya bersusah-payah, macam orang bodoh, buat call tu buat apa...?

Jurujual : hehehehe

Saya : Gelak, pulak, masa nak promote UniFi hari tu macam-macam awak cakapkan....

Jurujual : macamnilah Encik, saya ta boleh buat apa-apa... Encik, boleh pergi ke TM Point yang berhampiran....

Saya : Haiii...hari tu cakap semuanya automatik, semuanya ok, tak payah susah-susah..UniFi, yang terbaik....takpalah terima kasih banyak atas pembohongan anda... ?

Dan saya pun meletakkan telefon.....hilang satu markah, puasa saya lagi...

Saya, masih dalam mode tidak puas hati, lalu terus mendail talian 100, (saya puji dari dahulu talian 100 ni memang cepat mendapat jawapannya)...

Saya : hello, saya hendak bertanya kenapa, talian steamyx saya masih tidak dipotong.

Operator : Encik kena telefon UniFi Center ...

Saya : Saya dah dail dari hari isnin lagi sampai hari ni tiada jawapan...lagipun saya dapat tahu yang UniFi center tu hanya ada answering mesin sahaja....

Operator : Macam tu, Encik boleh hantar email kepada pihak UniFi...

Saya : dah hantar pun masih tiada jawapan....

Operator : Kalau begitu Encik kena pergi ke TM Point yang terdekat....

Saya : Kalau macam ni jawapannya, terima kasih ajelah....saya ingat semuanya automatik, macam dijanjikan....senang berurusan...kalau kena pergi TM Point juga baik dari awal lagi saya pi...buat sendiri...terima kasihhhh...!!!!

Sekali lagi saya meletakkan telefon dengan perasaan amat marah....dan berkurang lah pahala puasa saya lagi....

Apalah hendak jadi TM ni...tak tahulah apa tindakan yang mereka akan ambil untuk mengatasi masalah ini...awal-awal lagi UniFi dah buat saya pening.....dan bila saya google pasal UniFi, banyak pulak feedback negatif & masalah yang timbul kat situ....emm nampaknya saya rasa sebelum hendak langgan apa-apa benda pun kena pi google kat internet, nak tahu apa feedback pengunjung pada sesuatu produk...kalau banyak yang kata ok....maka bolehlah produk itu dipertimbangkan...

Dan catatan saya hari ini merupakan salah satu feedback negatif untuk UniFi bagi tambahan rujukan pada produk gemilang UniFi (kononnya..lah..)..Difikir-fikirkan kenapa lah saya pi tukar Pakej Streamyx tu, sebab selama ini, Streamyx ni, dah mula memberi khidmat terbaik pada saya....

"Exprience the all new high speedbroaband lifestyle" pun tak guna kalau tahap servis macam line jaring satu masa dahulu...

antara link UniFi negatif :

Indah khabar dari rupa

Teruknya

Blogger Kecewa

lain-lain cari sendiri...di forum lagi banyak terutama di lowyat net forum... ;-)


p/s: Sakit hati...Sakit hati......UniFi...TM...UniFi, cukup bulan takkan aku nak bayar 2 bil sekali.....nampaknya kena juga pergi TM Point, secara manual... ;-(

Baca Lagi...

Blog Widget by LinkWithin