Malaysia Tanah Airku....

October 29, 2007

Terlindungkah seorang saksi?


Dewasa ini , kita dikejutkan dengan berbagai insiden, yang boleh menimbulkan keraguan terhadap sistem perundangan Negara. Kita sering terbayang, agak nya sejauh mana “hak” seseorang individu itu dapat dihormati. Ternyata banyak keraguan yang timbul dalam tindak-tanduk pihak berkuasa semasa melaksanakan keadilan kepada seseorang individu itu. Lebih membimbangkan apabila hak seorang individu yang tidak bersalah, juga turut dilanda musibah hak asasi yang tidak terbela.

Hari ini saya tidak mahu membicaraan, tentang hak-hak seorang tertuduh, kerana memang banyak ketidakadilan yang wujud dalam melaksanakan perintah dan undang-undang itu di Malaysia. Saya juga tidak mahu membicarakan “hak kebebasan” ini menurut undang-undang kerana saya bukanlah seorang peguam.

Saya hanya akan membicarakan kes "perlindungan saksi", dari sudut pandangan rakyat biasa yang tidak punya apa, sebagai panduan untuk kita fikir-fikirkan. Dewasa ini kita kecoh dengan isu perlindungan saksi hingga ada menteri yang terpaksa membuat kenyataan dua kali bagi membetulkan apa yang dikatakan oleh beliau salah anggapan. Ternyata bukan isu salah cakap sahaja yang perlu kita ambil perhatian tetapi kenyataan ini “

“Rang Undang-undang Perlindungan Saksi masih lagi dalam proses penggubalan. Yang sedia wujud ialah mekanisme perlindungan polis (kepada saksi).”

Oleh itu ternyata seorang saksi, amat berat risiko yang akan ditempuhinya Maka tidak hairanlah kenapa ramai orang tidak mahu menjadi seorang saksi, kerana mereka pasti dilayan sebagai seorang yang tertuduh. Apa bukti nya …? Saya bercakap berdasarkan pengalaman, seorang sahabat yang dipanggil menjadi saksi. Tahukah kita, apa itu "sapina" ? Setelah puas saya mencari, ternyata tiada perkataan sapina yang boleh dirujuk di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, yang ada ialah perkataan “saman” yang membawa erti

“perintah rasmi yg menuntut seseorang hadir ke mahkamah utk didakwa, (surat) panggilan utk diadili)”

Sapina di dalam bahasa inggeris nya dipanggil Subpoena” yang membawa maksud "a command to appear at a certain time and place to give testimony upon a certain matter” atau dalam bahasa Malaysia nya berbunyi “perintah untuk menghadirkan diri di tempat dan masa yang ditetapkan untuk memberi kenyataan tentang sesuatu perkara”

Satu lagi istilah perundangan yang dijumpai, telah memberi maksud, "saman" iaitu termasuklah suatu sapina atau lain2 proses bagi menghendaki seorang saksi hadir dalam suatu pembicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau lain pembicaraan jenayah di-bawah Kanun Acara Jenayah …….

Malah di dalam sapina itu sendiri tertulis perkataan “Saman Kepada Saksi”, yang mana rata-rata penduduk kampong macam saya, akan mengertikan perkataan “saman” itu adalah sesuatu yang tidak elok ( Walaupun para bijak pandai undang-undang mengandaikan ia sesuatu yang kena pada tempatnya…tetapi siapa yang kisah…?). Jadi awal-awal lagi saksi telah diberi tekanan pusingan pertama oleh masyarakat setempat.

Mari kita lihat pula kandungan amaran yang tertera di perenggan akhir sapina tersebut, ia amat jelas tertulis amaran berikut :

“ Dan kamu adalah dengan ini diberi amaran bahawa jika kamu cuai atau enggan hadir pada tarikh yang tersebut tanpa sebab yang berpatutan, suatu waran akan dikeluarkan bagi memaksa kehadiran kamu.”

Ternyata sekali lagi saksi telah dimomokkan dengan tekanan untuk pusingan yang kedua pula……malah memburukkan keadaan apabila ia disertakan amaran keras oleh pegawai yang menyampaikan waran yang mendakwa bahawa saksi ini akan diberi waran tangkap dan didakwa di mahkamah sekiranya beliau tidak hadir ke mahkamah pada masa yang ditetapkan…..maka bertambah takutlah hati kecil seorang saksi…adilkah begitu? Siapakah, sebenar nya yang dibicarakan ?

Mari kita lihat pula senario berikut, di Mahkamah pada hari pembicaraan, sekali lagi saksi bakal menghadapi tekanan yang maha hebat, tanpa persiapan rapi dan maklumat secukup dari pegawai pendakwa, saksi dibawa masuk untuk diserang bertubi-tubi oleh peguambela tertuduh bagaikan kita inilah yang bersalah...mampukah kita menerima tekanan ini…? apatah lagi kita hanya seorang rakyat biasa…..yang tidak mempunyai wang ringgit…untuk mempertahankan maruah seorang saksi…. Harus kita ingat seorang saksi amat berisiko untuk menjadi seorang yang tertuduh..!!! .

Kalau bernasib baik, maka tekanan seorang saksi, akan dapat diredakan, buat sementara waktu sekiranya perbicaraan ditangguhkan….Adakah itu benar…? Ternyata anggapan itu hanya 50% benar, kerana 50% lagi akan menyumbang kepada tambahan peningkatan tekanan kepada seorang saksi, kenapa ?

1) Seorang saksi akan tidak bebas hidup nya, kerana sentiasa menunggu tarikh perbicaraan yang seterus nya. Malah kemungkinan ia, akan ditangguh bertahun-tahun lagi adalah ditahap 90%.

2) Seorang saksi akan terjejas mata pencarian nya, kerana bukan semua majikan yang memahami nasib seorang saksi….Kebarangkali seseorang saksi putus nafkah nya atau bahasa kasar nya dipecat adalah amat tinggi.

3) Seorang saksi tidak akan terlepas pandang untuk memikirkan kos-kos perjalan dan masa yang terpaksa ditanggungnya…. Pasti ada orang berkata ..”alaa…elaun saksikan ada…” Tapi tahukah anda, berapa lama agak nya seorang saksi akan mendapatkan kembali apa yang dibelanjakan nya untuk menghadiri perbicaraan? Kadang-kadang sudah lima kali perbicaraan ditangguhkan dan memakan masa empat tahun, baru sekali elaun saksi dapat dinikmati. Malah adakala nya kos perbelanjaan yang dikeluarkan amat tidak berbaloi dengan usaha dan kudrat untuk membantu pihak berkuasa. Adilkah undang-undang ciptaan manusia ini?

4) Bertapa sukar nya saksi, untuk menuntut elaun menghadiri diri ke mahkamah, akibat karenah birokrasi, malah terpaksa bergerak sendirian untuk menuntut apa yang didakwa kebanyakan orang “hak” sebagai seorang saksi.

5) Kos-kos menghadiri diri ke Mahkamah juga akan terus bertambah sekira nya, sapina tidak diserahkan kepada saksi (walaupun ia boleh dihubungi). Terdapat kes-kes yang arahan panggil ke mahkamah (bukan “sapina”) dibuat melalui panggilan telefon..dan lebih memburukkan keadaan apabila “esok hendak bicara malam ini baru hendak telefon”. Cuba kita bayangkan kesukaran yang dihadapi seorang saksi untuk menghadirkan diri ke Mahkamah itu pada esok hari…. Tidak terfikirkah…bagaimana dia, dapat memaklumkan majikan nya untuk bercuti …? bagaimanakah dia menguruskan kehidupan nya…? bagaimanakah dia mengguruskan perjalanan dan pengangkutan nya? bagaimana dia memperuntukkan kewangan nya …?

6) Akibat kes yang ditangguh bertahun-tahun, menyebabkan banyak “fakta” kes telah hilang dari ingatan….malah barang kes juga ada yang telah hilang dan tidak boleh di “akses”…..Cuba kita bayangkan tekanan yang dihadapi oleh saksi untuk menghadapi peguam yang petah berbicara walau pun berkemungkinan dia adalah seorang peguam yang tahu …dosa dan pahala…?

Rasa nya setakat ini "sebahagian" dari catatan saya untuk kali ini......, sebagai gambaran, betapa sukar nya kehidupan yang bakal dihadapi seorang saksi dalam menunggu hari-hari dia akan “dibicarakan”….Kalau kita ambil contoh kes-kes berprofail tinggi, pun akan ada masalah “perlindungan" saksi inikan pula kita rakyat biasa….Oleh itu harapan saya, agar kenyataan Perdana menteri kita "Pak Lah" yang mendakwa kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius penggubalan Akta Perlindungan Saksi bagi menjamin keselamatan mereka yang memberi maklumat dan keterangan haruslah turut mencakupi dari sudut “hak-hak kebebasan" dan “kebajikan” seorang saksi.

p/s: Bertapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul….ingatlah para pemimpin dan penjunjung undang-undang , setiap tidak tanduk kita akan memberi kesan dikemudian hari…..

15 comments:

Ungku Nor said...

hmm..ni baru cerita saksi kat atas dunia.

saksi kat 'sana' besok..

de_kerinchi said...

salam ungu nor,

ya kalau saksi kat sana, takut tak terkata..

Anonymous said...

saksi dalam filem-filem di luar negara banyak yang kena bunuh.

kat malaysia? banyak yang kena suap kot?

Mak Su said...

terlalu menakutkan

de_kerinchi said...

Salam Bayan,

Yang kena suap pun...kalau pendakwa nak sapina pun kena mengadap mahkamah juga...cuma dia untung sikit dapat duit poket...

Yang tak kena suap pun ramai....tapi dilayan seperti pesalah...tu yang buat tak ramai,
sukarela jadi saksi...

Salam maksu,

Memang menakutkan, bayangkan kalau ditakdirkan kita menjadi saksi...

rapat_umum said...

Bro, pasal tu ramai tak mahu jadi saksi, kerana kebajikan tak terjaga.silap-silap boleh jadi yang tertuduh.

tokasid said...

Salam de_kerinchi:

Selain dari itu, sebagai saksi, adakah kita di beri perlindungan dari penjenayah? Contohnya jika jenayah oleh kumpulan ganster,jika seorang ahli dihadap ke mahkamah dgn kita menjadi saksi dan penjenayah di sabitkan dgn pertuduhan lalu di hukum. bagaimana jika ahli kumpulan mahu membalas dendam ke atas saksi?Ada police protection atau tidak?

Dan jika sewaktu perbicaraan di jalankan, bagaimana jika kita di gangu oleh org2 pihak tertuduh?

de_kerinchi said...

Salam dr. tokasid

Seperti yang si Nazri cakap yang ada hanya "mekanisme perlindungan polis (kepada saksi)". Tetapi secara logik nya perlindungan itu takkan sampai bila-bila....Itu risiko yang perlu diambil.

Apa yang diperhatikan di Malaysia, selalunya saksi berada di dalam ruang yang terbuka di sekitar mahkamah dan terdedah kepada risiko...Tetapi kalau tak salah saya saksi boleh memohon kepada mahkamah untuk menempatkan saksi dikawasan yang berasingan sekiran nya saksi merasa tidak selamat atau takut diganggu.

cakapaje said...

Salam,

Nampaknya tulisan ni dah tersebar luas kat internet. Rasanya, bertambah terkenal lah tuan rumah ini ye :)

de_kerinchi said...

salam abang shah cakapaje,

Sekadar menyampaikan keluh kesah dan kebimbangan...inilah sahaja yang termampu...

Terima kasih...

ayamsabung said...

Betul apa yang ditulis diatas. selalunya hanya orang yang melalui nya sahaja yag tahu betapa perit nya menjadi seorang saksi.

Tapi rasa nya kalau kita fikir secara logik pun,memang dah dapat agak apa yang akan berlaku.

Anonymous said...

if baca pasal ni teringat i naik mahkamah dulu. hehehe.

de_kerinchi said...

salam ayam sabung

benar lebih berat mata memandang berat lagi bahu memikul.


salam ladymariah,

rasanya ladymariah lebih faham kesukaran nya kan ..

saya tertarik dengan panduan apa yang perlu dibuat bila anda ditahan oleh polis...terbitan menjelang perhimpunana bersih nanti.

Ain bintu Amir said...

penat mencari2 ape makne sapina(lepas tbaca kat paper psl Tun Mahathir kene sapina etc).
try tnye ayh, die suroh rujuk kamus.
tp, tgh surf ni pegi la try google.
then, tadaa tjumpe lak artikel ni.
totally beneficial for me :)

de_kerinchi said...

salam topan,

terima kasih kerana membaca, saya gembira artikel ini boleh dimanfaatkan...


anjunglarik
intechclan

Blog Widget by LinkWithin