Malaysia Tanah Airku....

June 23, 2008

Tenghilan ketika dahulu -Sabah siri 3

Sumandak Tenghilan - Sius Justin Misin.

Tenghilan merupakan satu pekan kecil di dalam daerah Tuaran, Sabah. Pekan yang terletak antara Kota Kinabalu dan Kota Belud, ini dikatakan dibangunkan oleh komuniti cina dan sino-Kadazan (Cina+kadazan). Dipercayai pusat perdagangan dan pemusatan ekonomi bermula di Kg. Pangalan, dimana terletaknya Sungai Pangalan yang merupakan nadi pegangkutan terpenting suatu ketika dahulu. Kebanyakan penduduk majoriti disini terdiri dari kaum kadazadusun yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai aktiviti utama kampung ini. Sekiranya hari cerah, kita boleh melihat Gunung Kinabalu, dengan amat jelas sekali dari pekan ini. Jaraknya dari Kota Kinabalu adalah sejauh 38 km memakan masa hampir 45 minit perjalanan. Manakala dari Pekan Tuaran ianya sejauh 5km yang memakan masa 15 minit perjalanan.

Diceritakan pada masa dahulu, Kampung Tenghilan merupakan sebuah petempatan penduduk yang mempunyai bentuk mukabumi tanah yang rata, dimana pohon Manggilan tumbuh di sekitar kawasan rumah penduduk disini. Pohon Manggilan merupakan sebatang pokok yang sangat besar umpama pohon balak dan mempunyai daunan rimbun yang boleh dibuat tempat berteduh.

Oleh sebab itu penduduk Tenghilan telah menjadikan kawasan sekitar pohon Manggilan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti harian seperti membuat alat menangkap ikan (bubu, gagan, siud dan gapas), nyiru (bakul untuk menampi padi), memintal tali kerbau yang dibuat dari pohon timbangan dan membuat alatan membajak sawah yang dikenali dengan nama radu (dibuat dari kayu) dan surud (dibuat dari bambu).

Selain itu mereka juga memintal benang untuk membuat binidang dan kobog (pakaian perhiasan yang digunakan semasa pesta kaamatan atau majis perkahwinan) untuk dijadikan sarung baju, membuat seluar dari tumbuhan yang dikenali sebagai lamba, perangi dan gapas, menganyam rindiog dan mencelup rindang iaitu mewarnakan kain mengunakan bahan pewarna yang dibuat daripada kulit kayu penuhu. Aktiviti kekampungan dan gotong royong seperti menumbuk padi juga turut dijalankan disekitar pohon Manggilan ini.

Sebuah Tojon (tempat menimpan padi), yang setinggi paras pinggang orang dewasa dan sebesar sepemeluk juga ditempatkan dibawah pohon Manggilan. Menurut cerita, sebelum penduduk kampung memulakan perjalanan untuk mindahu (ke kebun), mereka akan mengambil sebutir padi dari Tojon ini, dan mengembalikan butiran padi tersebut (harus dikupas kulitnya terlebih dahulu), itu ke Tojon apabila mereka kembali dari kebun.

Dan oleh kerana pohon Manggilan ini amat akrab dengan kehidupan masyarakat disitu maka terciptalah Kampung Tenghilan sempena nama pohon tersebut. Tapak tumbuhnya pohon Manggilan ini masih wujud sekarang ini, tetapi sayangnya ia hanya tinggal tunggul dimana sebahagian besar tunggul ini berada di dalam sungai dan sebahagian besar lagi telah ditimbusi pasir dan tanah.

Pantang Larang Kampung Tenghilan

Pada zaman dahulu dikatakan adat dan pantang-larang di kampung ini amatlah ketat, dijagai dan dipatuhi, antaranya:

Jodoh: jodoh anak lelaki ditentukan oleh ahli keluarga

Bertunang: Setiap pasangan tidak boleh berjumpa sebelum berkahwin.

Berzina: Sekiranya berlaku zina, sehingga perempuan itu mengandung ia dinamakan "sundal". Dikatakan sekiranya lelaki yang dituduh berzina tersebut tidak mengaku perbuatannya, maka penduduk kampung akan mengikat tangan dan kepala lelaki tersebut lalu dibenamkan kepalanya ke dalam paya dengan menggunakan toolu (antan). Sekiranya, kepala lelaki itu timbul dengan cepat bermakna ia bersalah........

Kerinda (Sumbang Mahram): Sekiranya terjadi zina hingga mengandung dengan adik-beradik atau sepupu, maka mereka akan dimasukkan kedalam sangkar yang dnamakan tugung dan diletakkan diatas rakit lalu dihanyutkan ke laut.

Rinda (Zina duapupu): Sekiranya terjadi zina dengan duapupu, maka hukumannya berpandu kepada bilangan tiang rumah si perempuan. Jika terdapat sepuluh tiangnya maka sepuloh ekor kerbau, ayam dan babi akan dikenakan sebagai denda atau disebut "berian". Tidak cukup dengan itu, pasangan tersebut perlu menyerahkan seekor kerbau pada setiap tahun untuk dimakan bersama penduduk-penduduk kampung sebagai korban.

Makanan: Antaranya dilarang memakan buah yang dinamakan liposu bersama dengan telur. Juga dilarang memakan telur bersama kulat(cendawan), umbut nibung, rebung dan lemiding (paku-pakis). Dipercayai sekiranya ada penduduk yang melanggar pantang larang tersebut maka guruh dan kilat akan terjadi dan orang yang melanggar pantang tersebut pula akan ditimpa penyakit yang dinamakan "siniadan"(sejenis penyakit merbahaya yang jarang ditemui dan hanya boleh diubat oleh orang tertentu).

Pesta Penghomatan padi: Mensalud atau Pesta Penghormatan Padi selalunya diadakan pada bulan oktober pada setiap tahun. Pesta ini diadakan sebelum padi berbuah dan ia bagi mengelakkan padi dan buahnya dari menjadi rosak.

Penyakit: Sekiranya terdapat penduduk atau haiwan ternakan ditimpa penyakit berjangkit, satu pesta dinamakan Pesta memanggil pulang Tombuli (Pepeulih do Tombuli) akan diadakan. Dikatakan apabila selesai sahaja pesta ini diadakan, penduduk kampung akan beramai-ramai berjalan kaki ke Suang Bongo untuk menghantar anak ayam yang masih kecil, telur, makanan serta minuman, dimana anak ayam tadi akan dilepaskan di dalam rakit kecil yang dibuat dari bambu.

Adapun tradisi-tradisi dan adat istiadat tersebut telah lama ditinggalkan, memandangkan kebanyakan penduduk-penduduk setempat telahpun menganut agama-agama lain dan meninggalkan adat kebiasaan lama ini, Yang tinggal hanya orang-orang tua yang masih boleh mengisahkannya kepada anak cucu mereka, sebagai tanda ingatan pada sejarah lampau mereka.....

p/s: Terima kasih kepada Jovita Kumpas dan pencerita sejarah ini Martina Mariana Sokung dari Kampung Tenghilan. Saya hanya sekadar mencatatkannya agar dapat menjadi rujukan semua .....

8 comments:

USD said...

salam,
Very interesting artikel, btambah la lagi ilmuku hari ni. Tk

arsaili said...

salam bro apa kabar

ritaemilia said...

bagus, cerita begini jarang didengar di semenanjung

de_kerinchi said...

salam ustaz said,

silakan baca...sesam berkngsi...


salam arsaili,

khabar baik saja...terima kasih..

salam ritaemilia

Ya, memang amat jarang dindengar...malah mungkin tak dengar lasung..;-)

Lindut a.k.a Carmel said...

thank you for the info.i'm from Tenghilan too but I don't know the history of Tenghilan..thank you so uch for the info..

Anonymous said...

Hello editor, I was borned in
Tenghilan and I am a Sino-Kadazan and Study in University Malaya.
According to my grandfather,the
first town in Tenghilan was located
in Kg. Pengkalan near Kg. Bunga before it was move to Tenghilan town. Tenghilan was popular because of Tenghilan rubber estate.
Because most of the population in
Tenghilan were Christian so during
the British time many British come to Tenghilan ta assist the poor...

de_kerinchi said...

tq to respond...UM, alot of memory at there... ;-)

... at above, im already write about pengalan or pengkalan....and im agreed with your grandfather...

but at above articles, im not write during a Britih time... tq to add a facts....;-)

Anonymous said...

What a nice article..
btw, I'm from Tenghilan too and also studying in University of Malaya now..

Blog Widget by LinkWithin