Malaysia Tanah Airku....

MISTIK ALAM DUNIA : Perjalan Rohani



SIRI 1 

Masih ku ingat, semasa membuat pemeriksaan kesihatan di Tung Shin Hospital, Di Jalan Pudu , K. Lumpur. Hasil pemeriksaan doktor hampir 90% ujian adalah positif, Cuma ada yang menghairankan di dalam paru-paru ku penuh kabus seakan-akan asap. Sudah pastinya soalan pertama yang ditanya oleh Puan doktor adalah, “Adakah aku merokok?”. Sudah pasti jawab ku, “Tidak puan Doktor”, kerana aku tidak merokok sejak dari zaman sekolah lagi. Itu yang menimbulkan pertanyaan pelik yang tidak dapat disimpulkan oleh puan doktor pada hari itu.

Aku kembali bertugas seperti biasa, tanpa menghiraukan kesimpulan pelik, hasil pemeriksaan kesihatan tersebut. Hari-hari berikutnya ku lalui, rutin kehidupan, mencari rezeki seperti biasa. Sehinggalah pada satu hari aku bangun dari tidur, terasa amat sakit dan berat pada pinggang ku. Terasa sukar untuk bangun. Yang peliknya sesudah bangun dan berdiri aku tidak merasa apa-apa kesakitan. Cuma apabila kembali ke posisi duduk atau baring amatlah payah untuk aku bangun kembali, malahan terasa amat sakit sekali.


Kesakitan ini, memaksa aku untuk membuat pemeriksaan di klinik kerajaan dan aku terus dirujuk kepada pakar untuk pemeriksaan lanjut. Dalam fikiran ku, pelbagai andaian buruk berputar-putar mencari jawapan. Yang paling ku takuti.... " kerosakan buah pinggang....!!!"


Dipendekkan cerita hampir satu tahun aku berulang-alik ke klinik kerajaan membuat pemeriksaan. Pelbagai pemeriksaan telah dijalankan. Darah dan urin ku, diambil beberapa kali untuk dikaji, pemeriksaan X-ray juga diambil hampir dua kali. Ubat-ubatan juga sudah lali ku telan. Akibat dari masa yang lama, kesakitan yang ku alami menjadi semakin sebati, menyebabkan aku mampu menyerap rasa sakit di pinggang ku. Aku masih susah dan sukar untuk melakukan ibadah solat, kadang-kadang hampir merangkak untuk bangun dari sujud, “ Ya-Allah inikah ujian mu ….Ampun kan Aku Ya- Allah”. 

Akhirnya, setelah satu tahun, kesimpulannya...aku dikejutkan dengan keputusan pemeriksaan dari klinik kerajaan, mengatakan aku tidak menghadapi apa-apa masaalah kesihatan. Aku merasa sungguh pelik dengan keputusan itu, aku memang sakit, teramat sakit, tetapi Doktor kerajaan tidak mengesahkan aku sakit…gila kah aku…?. 

Dalam kebingungan aku disapa oleh salah seorang dari seorang doktor perawat, berbangsa melayu. Beliau mengsyorkan aku untuk cuba membuat rawatan cara islam. Aku, masih tidak mengendahkan saranan doktor tersebut, dan berkerja seperti biasa. Kemungkinan disebabkan masa yang lama, menyebabkan sakit di pinggang ku telah pulih seperti biasa secara semulajadi. 

Aku teramat bersyukur kerana telah pulih seperti biasa…..aku menggangap ini semua ujian dari Allah s.w.t…dan sebagai penebus dosa-dosa kecil ku…. 

Bersambung..... 

p/s :Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al-Hadid : 22)

Baca Lagi...

Ralat dalam Saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hari ni...saya disaman oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan meletak kenderaan tanpa bayaran "parking" untuk kesekian kalinya.Cuma yang membezakan keadaan saman tersebut adalah saya dapat membuktikan bahawa terdapat ralat dalam sistem saman ciptaan manusia ini.

Mesin yang baru sahaja dipasang dikawasan ini masih cantik cat nya. Dengan menggunakan kuasa solar, manakala bayaran boleh dilakukan melalui penggunaan syiling atau "Touch n Go" malah tiket tidak perlu dipamirkan di kenderaan kerana data no plat boleh di download terus ke peralatan "penyamanan" pegawai bertugas secara canggih..cukup, menyebabkan saya sebagai "anak kampungan", membuat rumusan bahawa mesin ini adalah tersangat canggih pembuatannya.

Tetapi sebagai unsur buatan manusia, ia tidak akan lari dari melakukan kesilapan."Postingan" ini tidak ingin menunding dan menyalahkan mana-mana pihak, cuma saya berkeinginan untuk berkongsi pengalaman saya ini, agar dapat menjadi panduan orang lain (sekurang-kurangnya dapat memupuk dan mengalakkan budaya suka menyimpan..."resit" bayaran") atau sekirannya pihak-pihak berkaitan sudi terbaca postingan ini dapatlah kiranya, memberi idea bagi penambahbaikan dalam  sistem-sistem kendalian tersebut agar orang awam tidak menjadi mangsa dalam pecaturan sistem-sistem ini.

Kewujudan berbagai peralatan yang memiliki sistem-sistem secanggih ini,tetap memiliki kekurangan yang akan memberi impak yang amat terkesan dikalangan pengguna awam...(bayangkan saman nya sahaja boleh mencecah RM50.00 hingga RM 100.00 mengikut kadar waktu, belum lagi risiko di "Black List" lagi..). Munkin ada berkata.."ahhh senang sahaja kalau ada bukti,  boleh terus batalkan segala saman yang berkaitan, tidak payah "dibebelkan" di media sosial..."....


Ya, mungkin..ada benarnya....tetapi selalunya orang awam mempunyai kesulitan dalam mengejar masa dan jarak, apatah lagi setiap masa dan jarak itu amat berharga sekali nilainya....  kemungkinan masa dan jarak yang terbuang atas kesilapan yang sekecil ini, adalah sangat tidak produktif dan berbaloi dan memakan berbagai kos, apatah ia lagi bukan salah sendiri........

Mesin-mesin ini biisa sahaja menimbulkan berbagai ralat yang menyesakkan fikiran antaranya, 1) Ralat masa dan tarikh boleh berlaku menyebabkan data yang dicetak pada tiket memaparkan bacaan yang tidak benar 2) Kecuaian oleh manusia yang terlepas pandang senarai nombor plat yang telah didaftar masuk kedalam mesin-mesin "penyamanan" hingga sanggup menyaman kenderaan yang tidak bersalah... ;-)

Sebelum ini saya pernah di saman walaupun , caj "parking" telah pun dibayar tetapi atas kecuaian saya resit-resit tersebut telah hilang. Ini menyebabkan saya lebih "alert", kali ini saya menyimpan resit bayaran dengan baik... ;-).  Ternyata , usaha saya tidak sia-sia, maka benarlah, saman telah dikeluarkan walaupun bayaran caj parking telah dibuat melalui mesin-mesin "solar" baru milik DBKL ini.

Saya amati masa, tarikh resit dan notis saman berkali-kali, agar saya tidak salah dan tidak menimbulkan "kemaluan" dibelakang hari...hihihhihihi...ternyata kali ini segala "eviden" semuanya adalah semata-mata benar.....

Di dalam kekusutan ini , saya merakam kan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak DBKL kerana terdapatnya sistem aduan online yang dapat memudahkan saya untuk membuat aduan, tanpa perlu saya bersusah-payah pergi ke pejabat DBKL. Lalu saya telah membuat aduan secara online di Laman Web E-Aduan DBKL . Tidak sampai 15 minit aduan saya sudah ditandai dengan peringkat "perhatian" dan keesokan harinnya dengan "mode" riang, saya mendapat jawapan yang mendukacitakan..... Aduan saya telah "DITOLAK", ini merudumkan kan kecerian saya dengan serta-merta....(sabar....sabar..).

Sebenarnya aduan ini secara dasar nya bukanlah ditolak, tetapi diminta untuk merujuk ke Bahagian Kompaun DBKL, tetapi akibat pengunaan perkataan yang tidak benar yakni "DITOLAK", amatlah kelihatan tidak selesa dan dialu-alukan. Perkataan tersebut boleh melukakan dan mematahkan hati orang awam untuk meneruskan acara, menuntut hak mereka sebagai pengguna. Mungkin perkataan yang lebih sesuai adalah "UNTUK TINDAKAN" dan bukan nya "DITOLAK".

Tanpa menghiraukan "Kepatahan Hati" yang dialami oleh saya, saya terus menghubungi Bahagian Kompaun DBKL melalui aplikasi "Whatsup" (satu langkah pemodenan yang bagus oleh Pihak DBKL). Dan jawapan yang diterima adalah sila hubungi pihak pengendali swasta yang mengendalikan mesin-mesin parking.

Mujurlah mesej "Whatsup" yang dibalas oleh pihak DBKL amat melankolik dan meruntun hati dikala berpuasa.....Dengan segera saya, menurut perintah, menghubungi pihak Syarikat Citicarpark(Citycarpark) yang merupakan pengendali sistem-sistem parking DBKL di Kuala Lumpur ini. Persedian awal sebelum membuat panggilan ialah, saya merakamkan percakapan saya, agar menjadi bukti bahawa segala komunikasi adalah semata-mata benar dan tidak berbangkit dikemudian hari.... Mujur Wanita melayu yang bercakap dengan saya, bertutur secara sopan dan anggun.....nama yang empunya diri bergelar "Afika".....segala penjelasan yang diterima amat jelas dan baik..cuma ada sikit perselisihan pendapat, bila beliau mengata kemungkinan proses akan mengambil masa sebulan atau lebih.....kerana saya bimbang tempoh yang lama akan menimbulkan kemungkinan saya dikenakan tindakan lain dari pihak DBKL ( contoh : Blacklist, Kereta ditarik dll).

Walauapapun secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi, cuma mungkin pihak yang terlibat boleh memberikan penambahbaikan perkhimatan dan tatabahasa untuk memudahkan orang awam untuk berurusan dengan agensi-agensi tersebut, tanpa "terpatah" hatinya.

P/S: Saya akan cuba untuk "update" perkembangan seterusnya nanti.

Baca Lagi...

Takkala jasad di dalam Liang Lahad, Anak mu ini akan menyambutmu wahai orang tuaku...

Assalamulaikum w.b.t....Alhamdullillah bertemu kita dalam posting pertama 2016... kihkihkih...

Hari ini saya ingin memanjangkan, satu tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz, untuk kebaikan kita bersama insyallah...sebenarnya terkesan juga sessi tazkirah tersebut...

Antara inti paling utama, ustaz berkata, sesungguhnya paling dituntut, adalah seorang anak itulah yang memandi, mengkafan, menyembahyang dan menyambut jasad ibu atau bapa kita di dalam liang lahad...janganlah kita melepaskan peluang keemasan dan terakhir kita bersama orang-orang yang tersayang...menatap tubuh jasad di depan mata, buat kali terakhir...jangan, kelak di kemudian hari, kita mengigit jari, yang tinggal hanya ingatan rindu dendam dan titipan doa sahaja yang bisa kita berikan....

Kalau kita tidak mampu untuk buat kesemuanya cukuplah salah satu darinya.....sebagai tanda ingatan dan kasih sayang seorang anak kepada kedua orang tuan nya....

Dalam sessi tazkirah tersebut ada , diberi tahu cara-cara untuk menyambut jasad kedua orang tua kita dari dalam liang lahad. Semoga perkongsian ini dapat kita praktik bukan sahaja kepada kedua ibu bapa kita tapi kepada jasad muslim-muslim yang lain.

Kata ustaz : Semasa mayat berada di liang lahad maka, diminta tiga kepal tanah,

Tanah yang pertama hendaklah  dihadapkan, "kepalan tanah" ke muka mayat dan dibaca :


Ertinya : "Dari Tanah Engkau datang"


Tanah yang kedua diletakkan, "kepalan tanah" ke belakang kepala mayat dan dibaca :



Ertinya : "Dari Tanah Engkau kembali"


Tanah yang ketiga dihadapkan, "kepalan tanah" ke sisi tulang sulbi mayat dan dibaca :


Ertinya : "Dari Tanah Engkau akan di hidupkan kembali"


p/s: "Sesunguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali..."

Baca Lagi...

Buluh Perindu Berkalimah.........

Assalamualaikum w.b.t.....ini merupakan posting pertama saya di tahun 2014, semoga saya kembali rajin untuk menulis dan terus menulis.."Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan maka posting-posting di blog ini sering tertangguh, malah posting ini sudah dibuat pada 2014 hanya mampu di "publish" pada tahun 2016.. . ;-)". Jesteru itu, hari ini saya nak buat satu posting diluar adat yang agak pelik bagi manusia, tetapi tidak bagi Allah s.w.t....

Semasa saya sakit terkena gangguan-gangguan ilmu sihir (semoga Allah s.w.t..memberi hidayah dan mengampunkan mereka yang terlibat...), banyak perkara baru yang saya alamai dan tempuhi....benarlah kesakitan itu mencuci dosa kita....hampir dua tahun saya sakit, hanya Allah s.w.t...sahaja yang tahu peritnya.

Dengan izin Allah s.w.t...saya diketemukan dengan seorang alim di Batu Pahat, bernama Tuan Haji Ismail bin Haji Saimon, yang kini menjadi salah seorang guru kerohanian saya. Disinilah segala-galanya bermula....tetapi saya tidak ingin lagi menulis tentang perkara ini secara detail buat masa ini, tetapi insyallah saya akan menitipkan catatan-catatan tersebut, pada masa akan datang.

Salah satu pemberian berharga, yang saya terima dari beliau, merupakan empat batang pokok buluh perindu dari jenis cenuai. Menurut cerita tuan guru, dia mendapatkan buluh perindu itu di hutan Pahang, semasa beradu batin dengan seorang petapa disana, yang menurut ceritanya pertapa tersebut berguru pula dengan 7 orang asli dan dipendekkan cerita, hasil dari sayembara itu maka beliau telah diberi hadiah serumpun buluh perindu, untuk di bawa balik.

Selalunya, bukan semua orang boleh dan berjaya menanam pokok buloh perindu, hanya dengan izin Allah s.w.t...sahaja ia akan hidup dan mati.....buloh perindu sukar dibiakkan, apatah lagi selalunya pokok buloh perindu biasanya diberi dalam bentuk tiga atau empat patang pokok atau rumpun yang kecil sahaja. 

Dipendekkan cerita...pada  06/03/2014 yang lepas semua daun pokok buloh perindu yang tumbuh subur dikeliling rumah tuan guru telah membentuk kalimah Allah....subhanallah..... dan difahamkan hanya empat orang murid yang pernah menerima anak pokok buloh perindu tersebut , mendapat bukti yang sama..termasuk saya..Subhanallah..Alhamdullillah ..Allahuakbar...Selawat dan salam kepada junjungan Muhammad Rasullullah s.a.w.....dan sejah tera hendaknya sekalian guru-guru dan ahli salasilah....

p/s: Diakhir zaman ini banyak perkara berlaku dan nyata di mata zahir....jadi jangan dipekakkan telinga , dibutakan mata, ditutupkan pintu hati....ada yang tersurat dan tersirat.

Baca Lagi...

Blog Widget by LinkWithin