Puasa 'Asyura' dan Taasuaa' Oleh: Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha.
Terjemahan: Hj. Kamin
'Asyura' : adalah hari yang ke 10 di dalam bulan Muharam, dan Taasuaa' : adalah hari ke 9 darinya, kelihatan dari kumpulan khabaran bahawa hari Asyura' telah dikenali disisi kaum Quraish dimasa Jahiliyah, dan dikenali sebagai hari raya orang Yahudi.
Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah s.a.w. berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah s.a.w. di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :
"Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" - [Mutafaq a'laih].
Telah berkata Ibn Abbas : tatkala Nabi Muhammad s.a.w. sampai (iaitu di Madinah) maka beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura', maka baginda bersabda : "Apa ini", maka mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah s.w.t. menyelamatkan Musa a.s. dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa a.s., Maka baginda bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa a.s. daripada kamu'. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". - [Mutafaq a'laih].
Maka Nabi Muhammad s.a.w. telah memfardukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada siangnya, walaupun mereka telah makan. Tatkala difardukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefarduan ini (puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.
Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].
Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari 10, agar dapat membezakan di antara puasa mereka dan puasa ahli kitab.
Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :- "'Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud].
Tidak didatangkan apa2 perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak ada asalnya di dalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.
Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang-orang syiah yang mengambil hari tersebut sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul-mukul dada, menampar-nampar pipi mereka, mengoyak-ngoyakkan pakaian mereka, bagi mengingatkan mereka tragedi syahid yang dizalim, Hussein bin Ali ra. Kedua2nya tidak benar, dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w..
Berkata Imam Ibn Qayyim : "Hadith-hadith mengenai penggunaan celak pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2 yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith pun, dan tidak datang dari Nabi Muhammad s.a.w. apa-apa darinya, selain dari hadith2 puasanya, dan menganggapnya bathil, misalnya :
"Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari 'Asyura', Allah s.w.t. akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah. Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari buatan pendusta, dan orang-orang yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua-dua golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah wal jamaah.
Ahli al-sunnah wal jamaah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).
Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara', apakah ia datang dari Nabi Muhammad s.a.w. dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih mengenainya, apakah mereka yang melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak-ngoyakkan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?
Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa-apa dari hadith Nabi Muhammad s.a.w. , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam-imam Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada di dalam riwayat oleh pencatat-pencatat kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi Muhammad s.a.w., tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa-apa mengenai hadith-hadith ini dari abad-abad yang penting. Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada "sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya. Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam a.s. bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf a.s. kembali kepada Ya'kub a.s., Ibrahim a.s. terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail a.s.) dan sebagainya. Diriwayatkan di dalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sesunguhnya : "Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun". Semua riwayat mengenai Nabi Muhammad s.a.w. (di dalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata : "Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya (Nabi Muhammad s.a.w.) pada hari 'Asyura' maka Allah s.w.t. akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, 25/229,300].
Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah s.w.t. dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang-orang yang jahat di kalangan manusia. Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan-kumpulan yang sesat melampau, yang mana ketaatanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak-ngoyakan baju, meratap-ratap seperti kaum Jahiliyyah.
Bagi menghadapi kaum-kaum ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahagiaan dan kegembiraan di dalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dan sebagainya, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian dan berada didalam keadaan kesedihan. Semua kumpulan-kumpulan ini salah dan terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310].
p/s: Firman allah s.w.t. : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat -benar" [Surat Al-Ahzab : 70]
0 comments:
Post a Comment