Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini....diam tak diam sudah hampir setahun lebih saya meninggalkan arena berblog ini. Sejak posting terakhir saya bertarikh Jan 26, 2012 tiada lagi posting-posting baru muncul.....bukan tiada bahan untuk ditulis tetapi masaalah kesihatan tidak mengizinkan saya untuk menulis....
Pada penulisan yang lalu, memang saya ada berjanji untuk menulis pengalaman saya, menghadapi ujian Allah s.w.t. yakni serangan halus yang sukar dimengertikan oleh dunia moden. Malah doktor yang memeriksa saya pun turut mengesyorkan saya berubat secara batin atau bahasa kampung nya "pi berubat kampong".
Sesungguhnya kesakitan dan ujian yang saya alami ini rupa-rupanya penuh nikmat dan hikmah yang Allah s.w.t. limpahkan... Pelbagai pengetahuan ilmiah dan pemurnian iman dapat saya kecapi....Alhamdullillah.....
Untuk kali ini saya tidak bercadang untuk memulakan langkah penulisan semula saya mengenai perkara mistik di atas....tapi saya rasa bertanggungjawab untuk menulis dan memperingati kawan-kawan seagama yang saya lihat akhir-akhir ini sering sangat memetik kisah dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. secara sembrono dan tiada pucuk pangkal kesahihanya...dalam bahasa pendek nya "hadis palsu"... ketahuilah berapa banyak kita kongsi dosa bila kita mempopularkan hadis-hadis palsu ini diruang-ruang blog, tweeter dan paling hebat di facebook. Masing-masing berlumba-lumba berdakwah.....memang dakwah itu kerja mulia tetapi bahan dakwah itu jika terpesong buruk padahnya....
Dari Mughirah r.a katanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadithku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka.” (Bukhari)
Insyallah jika dizinkan Allah s.w.t....saya akan memulakan siri-siri postingan hadis-hadis palsu..untuk kali ini saya ingin berkongsi satu hadis palsu yang amat popular dikalangan blogger dan facebooker.
Didakwa ada sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, di dapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Hadis di atas amat popular di blog-blog dan facebook-facebook...tidak percaya cuba google.pasti anda jumpa betapa banyaknya sebaran telah dibuat mengenai hadis palsu ini...nauzubillah...
Ibnu `Iraq Al-Kananiy telah menyebut hadis ini dalam Tanzih Asy-Syari`ah (2/375) begitu juga Muhammad bin Tahir Al-Fataniy telah menyebut dalam Tazkiratu l-Mawdhu`at (1/214), bahawa hadis di atas merupakan salah satu hadis palsu. Kedua-dua kitab merupakan kitab yang mengumpulkan rangkaian hadis-hadis mawdhu` (rekaan).
Hadis palsu ini juga ada dirangkumkan dalam Musnad Al-Firdaws tulisan Ad-Daylamiy pada bilangan 894. Dimana Kitab ini juga merupakan himpunan hadis-hadis dha`if dan mawdhu`.
p/s: Sesungguhnya menyebarkan hadis palsu ini ialah suatu pendustaan ke atas Nabi.Muhammad s.a.w.

2 comments:
makasih banyak informasinya mas, oya salam kenal jangan lupa mampir ya ke blog sederhana saya
makasih banyak infonya salam kenal dari blog info olahraga lompat jauh
Post a Comment