Malaysia Tanah Airku....

June 28, 2011

Sejarah telah berubah : pejuang melayu kini a.k.a komunis?




Sudah sangat jarang saya membuat posting-posting baru, walaupun ada keinginan untuk menulis tetapi akibat kesihatan yang tidak mengizinkan telah menyebabkan saya mengalami sindrom kelumpuhan kerajinan a.k.a. malasss...... ;-)

Tapi disebabkan semalam saya berjumpa kenalan melayu yang sayangkan komunis maka terpaksalah juga saya gagahkan diri untuk menulis, hanya ini sahaja yang saya mampu... ;-0

...Minggu ini kita telah disumbatkan dengan isu perhimpunan BERSIH 2.0....banyak pro dan kontra yang kita dengar, tetapi bagi saya.....ada yang lebih menarik untuk kita fikirkan....yang pasti jalan mesti "jammed" gila....menyampah aku....nak sampaikan memorandum sampai hendak berarak ....buat apa....? Menyusahkan orang nak bergerak.... Bengooonggg..!!!

Dahulu saya bertanya-tanya juga apakah motif pertubuhan haram HINDRAF, sering berarak membawa gambar-gambar kesatria baja hitam import (racistnya aku... ;-))...? Sedangkan mereka mengaku sebagai seorang rakyat Malaysia...apakah motif sebenar mereka?....

Tetapi kini saya tahu jawapan nya...kerana mereka ini lebih kiasu dan rasisct...inilah yang di namakan perjuangan bertunjangkan ultra racist dan ultra kiasu yang tidak sedar di untung dan merbahayakan keselamatan negara....elok buang negara sahaja mereka ini.....tidak tahu dimana bumi dipijak dan langit yang dijunjung...(agaknya mu tahukah maknanya ni...)

Menambahkan kebimbangan... apabila beberapa hari lalu...pihak polis telah menemui beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah dari 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan.

Hilang akalkah mereka ini.... ? tahukah mereka siapa itu.. KOMUNIS ?...Tahukah mereka, berapa banyak darah dan air mata telah basah ke bumi semata-mata untuk memastikan bumi Malaysia ini bersih dari ancaman komunis, mereka lebih senang mengagong-agongkan kepimpinan komunis dari pejuang-pejuang bangsa ....

Matlamat perjuangan komunis hanya satu, iaitu untuk "mengkomuniskan" negara tercinta ini dan rakyatnya. Jika Negara ini jatuh ke tangan Komunis, maka jadilah Negara ini Negara komunis dan rakyat pula menjadi komunis. Bak kata Vladimir Lenin,"The goal of socialism is communism.".........dah tu hang nak ikut juga ker..labuuuu..bengong betui...

Malah kini di kalangan rakan-rakan di sebelah Kepimpinan PKR & PAS (DAP, bak kata Tun ..dah lama dah...)juga telah menggangap perjuangan Parti komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu adalah untuk KEMERDEKAAN dan KEBEBASAN. Mereka anggap ahli-ahli PKM dulu sebagai patriot yang berjuang melawan British....Kenapa kita harus menukar sejarah semata-mata untuk menghalalkan cara....? Kesian pada anak-anak kita pada masa depan.....

Kebetulan semalam saya berjumpa dengan seorang kenalan... "Gedebe" a.k.a. "OTAI" (B) Kuala Lumpur yang pernah merasa zaman komunis dan 13 Mei....malah dia merupakan seorang penyokong tegar PKR dan PAS....

Apa kata dia...?

Katanya dia menyokong pembangkang..... tetapi tidak menyokong perhimpunan haram...kerana ..katanya...menyusahkan aku hendak bergerak sahaja...

Tersenyum saya mendengarnya, ingatkan saya menang....rupanya....

Dia berkata lagi.....

"Sebenarnya....pejuang-pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut, Tok Gajah...mereka semua itu sebenarnya..adalah seorang komunis....!!!!"

Sebabnya..mereka menentang pemerintah dan pemerintah memburu mereka...dan komunis juga menentang pemerintah dan pemerintah memburu mereka....jadi samalah...maka tidak salah kita menyokong komunis.....!!!"

Aduhhh..!!!!..sebak saya mendengar hujah dangkal, beliau yang telah berumur ini...adakah ini yang hendak kita ajarkan pada anak-anak kita..... Senang betul orang melayu ditipu....Tolonglah janganlah melacurkan agama, bangsa dan negara semata-mata untuk kepentingan Politik.....

Nampaknya KDN dibawah kepimpinan Dato' Seri Hishamudin kena tegas dalam hal sebegini...perkara ini merupakan ancaman besar pada kenteraman dan keselamatan negara...masa berlembut dan lemah gemalai sudah berakhir....Tolonglah Dato' Seri...jangan beri peluang pada mereka-mereka ini....semakin diberi muka semakin memijak kepala....

Tegakkan kembali Rukun Negara......

Kepada Tuhan hendaklah dipercayai....kesetiaan pada raja dan negara hendaklah pasti...muliakan perlembagaan kita...daulatkan undang-undang negara...bersopan dengan susilalah kita ...baru aman negara tercinta......baru mengaku akulah....warga Malaysia..!!!!! Bukan cakap Bahasa Kebangsaan pun tidak mampu......memalukan....patrotik konon...

p/s: Melentur buluh hendaklah dari rebungnya....Api semasa kecil menjadi kawan semasa besar..........lu fikirlah sendiri....Assalamualaikum...!!!

4 comments:

Unknown said...

bui suka word sindrom kelumpuhan kerajinan a.k.a. malas..hehehe

cing peng bodoh said...

betul-betul, tertarik dgn "perkataan sindrom kelumpuhan kerajinan" heheheh.

apapun napalah kominis juga yang disokong, xingat ker berapa ramai yang terkoban dan dikorbankan masa darurat dulu...bodoh betul

AspenMyL said...

haish!!! Mama Ya kalau bab2 anak Melayu skang lupa sejarah lupa diri memang sakit ati betulla......

Anonymous said...

tanyalah yg karat...

Blog Widget by LinkWithin