Malaysia Tanah Airku....

May 25, 2011

Subsidi+GST=UNDI




Sekarang ni... kebanyakan media cetak dan media elektronik sibuk mempromosikan budaya tanpa subsidi…..hinggakan timbul rasa bosan, tertekan dan meluat yang “meluap-luap”….

Tanya sahaja pada ramai orang, siapa yang mahu bayar lebih….? Tanya orang BN pun mesti taknak hapus subsidi punya….Cuma bila depan pemimpin besar...kasi lakon sikit, kasi sokong biar gempak sikit…ye..tak… kalau tak nanti dichop penghianat lah pula…;-)

Cukup-cukuplah membandingkan Negara kita dengan Negara orang…….Orang tua-tua ada berkata hujan emas di negeri orang, adalah lebih baik hujan batu di negeri sendiri……maknanya, biarlah harga negeri orang tu melambong-lambong tinggi macam emas, asalkan negeri aku, harga nya tetap rendah macam sebiji batu kelikir….janji aku boleh bernafas dengan selesa tanpa tekanan yang mendesak cukuplah...

Kalau di tanya hal ini pada orang yang ada belajar, mestilah mereka akan bercerita betapa bagusnya hilangkan subsidi, lagi elok lepas tu kenakan GST (Good & Services Tax)..lepas tu cerita pula fasal ekonomi, defisit, inflasi…bla…bla…bla…..

Berapa ramai orang luar bandar tu dok tahu pasal bahasa tinggi ni yer......?

Samalah dengan beberapa rakan tegar UMNO saya, beriya-iya dok mempertahankan polisi hapus subsidi, ambil GST…..tapi di akhir bicara, masih berharap harga barangan tidak naik….hipokrit betul….

Sebenarnya penghapusan subsidi bermakna harga perkhidmatan dan barangan akan naik…lepas tu di kenakan pula cukai GST, ini akan menyebabkan harga perkhidmatan dan barangan bertambah naik…..jadi disini bermakna pengguna bakal kena bedal, sebanyak dua kali…..

Semalam ada satu temubual selingan... berbicara tentang subsidi di dalam arca kepenggunaan elektrik….. Sememang nya dalam bicara sang bijak tu, ada benarnya....bila beliau menyebut bahawa pengunaan elektrik yang banyak atau pembaziran elektrik akan menyebabkan kadar kos penjanaan elektrik dan kos tanggungan subsidi kerajaan akan meningkat ……apa yang di katakan itu memang fakta dan tidak boleh disangkalkan lagi…

Tetapi yang salahnya bila ia cuba mengalihkan kesalahan itu kepada orang ramai terutamanya pengguna domestik….yang dikatakan membazir dan langkah untuk mengawalnya ialah hapuskan subsidi, maka tarif elektrik akan naik dan penggunakan akan berjimat cermat dan berhemah dalam menggunakan tenaga elektrik….wah, macam sedap jer bunyi nya kan…sedap mulutjer kau..kata aku ni salah seorang yang menyumbang pembaziran tenaga elektrik...saman kanng...nasib baik aku miskin, tak mampu bayar lawyer...hehehe

Sedap betul kau cakap yer... cuba salahkan orang ramai, .... pasal orang ramai membazirlah , kita kena kawal mereka dengan kenakan tarif tinggi …bijak-bijak....tak pasal-pasal semua orang terjebak... kena pancung sekali....Sudin pernah berkata.... "woiiii pasal belacan pun nak memancung...buat lah cerita lain, pasal cerita emas ka .. cerita ayam ka.. cerita ikan belaga ka ..cerita kumbang terbang ka.. tak boleh ?" ;-)

Sedarkah kita,…bahawa...adakah orang ramai yang dok rumah setinggan, rumah kampong, flat, rumah teres, rumah kos rendah, rumah kos sederhana …tu dok membazir…..?

Rasanya rumah siapakah atau jenis apakah ?... yang dok ada sistem penghawa dingin, alarm sistem, LCD TV, Mini Panggung, cctv, hatta lif sekalipun di rumah-rumah mereka…?

Jadi…. jawablah sendiri…..? Adakah patut kesalahan ini di hamburkan, semuanya pada orang ramai….?

Nasib baik semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad dengan selamba berkata, “ yang guna banyak pun, rumah orang kaya, ya tak…”… ;-)

Dr. Khir toyo, mengatakan bahawa “jika kita kata petrol dan gula kita murah berbanding negara jiran. Tapi di negara jiran kita pula harga beras, ikan dan sayur-sayuran jauh lebih murah dari negara ini. Kalau kerajaan nak hapuskan subsidi kenalah juga hapuskan dasar mengawal harga untuk barangan lain yang boleh didapati murah dari negara jiran. Tidak bolehlah satu keadaan kita hendak kurangkan subsidi hingga menyebabkan barangan jadi mahal, tapi ada barangan kita boleh dapat dengan murah dari luar, kerajaan pula kawal. Memang benar kerajaan perlu lindungi industri tempatan. orang ramai boleh faham jika hak mereka juga dilindungi melalui skim subsidi sedia ada. Yang rakyat tidak faham ialah kerajaan tidak mahu beri subsidi untuk barang mahal tapi kawal barang murah sehingga jadi mahal. Sepatutnya makmal rasionalisasi subsidi buat polisi mengurangkan subsidi yang rasional kepada rakyat. Tapi yang terjadi hari ini ialah makmal ini buat pengurangan subsidi ikut rasional mereka sahaja.”

Nampak tak ...? apa kata Dr. Khir Toyo,... tapi sayangnya pandangan beliau bernas pada akhir-akhir ini....hanya setelah beliau tersingkir dari Kerajaan negeri Selangor dan menjadi seorang pembangkang...tapi ini mungkin ada hikmahnya...beliau boleh nampak apa yang tersurat dan apa yang tersirat... ;-)

Jadi kita serah kan sahaja kepada Rakyat Negeri Selangor untuk, “mengampunkan” nya atau terus "mempeti aiskan" beliau… ;-)

Sekarang ni kalau kita lihat, ada berita kenaikan barangan, pasti ia akan wujud di kolum-kolum bahagian dalam akhbar, kononnya tersorok dan orang ramai takkan terperanjat…..tapi tahukah anda...lama-lama…bila dah selalu buat….akan kantoi juga…..makin bertambah meluatlah orang ramai yang rasa diri mereka akan teraniya dan seolah-olah di perbodoh-bodohkan…..kenapa tidak letak di muka hadapan macam dahulukala…? Adakah kerajaan dahulu lebih berani dari kerajaan sekarang? Atau Kerajaan takut hilang Populariti? Dan akhirnya hilang Undi… ;-)

Macam kata Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, bahawa Kerajaan memang ingin populariti tetapi pada masa yang sama inginkan memastikan keselesaan orang ramai pada masa hadapan…

Wah…Nampak berhati-hati dan berhemah sekali tutur kata YB kan….

Tetapi ketahuilah bahawa sekarang ini, ramai yang pentingkan diri sendiri…tidak kira apapun perkara yang akan berlaku pada masa hadapan….mereka akan tetap, meletakkan tahap keselesaan kehidupan berada ditahap paling atas dan menyebelahi diri mereka….

Lagi satu taktik....hari ni jamin harga tidak naik...lepas dua tiga hari..harga tetap naik ...tu baik ...jangan diamalkan....buat sakit hati jer....macam memperbodohkan orang ramai....

Dalam erti kata lain, sekiranya parti pembangkang , ingin menang dalam PRU akan datang, maka senjatanya adalah tentang “Subsidi” dan “GST”…. atau bahasa kampong nya…tawarkan sahaja kesenangan yang bakal dimiliki oleh orang ramai, jika mereka memerintah…..kan buktinya sudah ada…..Dengan tawaran yang manis-manis dalam PRU lepas , Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sudah ada di genggaman Pembangkang… Perak tu kasi tolak tepi, nasib tak baik jer... lepas balik ke tangan BN….tupun sebab salah congak strategi…senjata makan tuan.... ;-)

Walaupun di lihat, kepimpinan Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan pengenalan konsep 1Malaysia, dapat meraih kembali undi rakyat, tetapi tidak mustahil beliau, bakal kehilangan undi itu kembali, sekiranya isu “Subsidi” dan “GST”…. Tidak ditangani dengan betul dan berhemah……………….

Cuma sekarang ini, senjata yang agak ampuh dan boleh menahan undi-undi dari beralih arah ke parti pembangkang atau sekurang-kurangnya dok "atas pagar" ialah, tentang isu-isu sensitif tentang agama islam , raja-raja melayu dan hak-hak peribumi yang dilihat akhir-akhir ini sering menghimpit dan mengguris hati bumiputra……jadi pihak pembangkang tu cuba-cubalah jaga hati pribumi juga…ya….

Tapi kita harus ingat bila orang ramai, sudah terhimpit, terdesak dan susah untuk menyara diri mereka dan keluarga….banyak kemungkinan akan berlaku……dan undi mereka yang tertindas juga akan menjadi hak mutlak mereka, untuk dihalakan kepada kepimpinan yang boleh menjanjikan kebahagiaan pada masa depan, walaupun kenyataannya , masih belum terbukti….. ;-)

Lari topik sikit, tapi masih tetap relevan....…. awatlah Dato' Seri Anwar Ibrahim tak pi bersumpah, jika beliau benar… pilah bersumpah, apa nak ditakutkan… orang melayu islam ni, kalau bab-bab dok bersumpah ni….apatah lagi dengan nama Allah s.w.t. , sedikit sebanyak akan tergerak hati mereka….bahawa kemungkinan besar Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah… dan ini akan menjadi bonus kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim….tapi yang pelik nya kenapa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah….bukan rugi apapun….malah akan disayangi dan diberkati Allah s.w.t. kiranya kita benar….

P/S: Hendak undi BN ker…hendak undi Pembangkang ? errmmm …. ditelan mati emak , diluah mati bapa…. Dua-dua ada pro dan kontra…tapi kelebihan masih ada di sebelah kem Dato' Sri Haji Mohd Najib…tapi kedudukan itu tidaklah… selesa sangat kan?…yang nyata PRU akan datang, setakat hari ini BN, dilihat masih tercungap-cungap mencari rentak…… ;-)

4 comments:

Faz Fazrin said...

tak naik la konon..

bro@stokisonline said...

makin lama makin susah nak hidup kt dunia ni...so kita kena la bersatu dlm waktu2 yg sukar camni

Puteri said...

bila dah banyak sangat yang dipamerkan di kaca2 tv, corong2 radio di sini baik, di sana buruk, di sini bagus, di sana habuk

itu alamat

pilihanraya makin hampir

Wake UP! said...

Subsidi kurang adil sebab kalau yang kaya terutamanya ultra kiasu, mereka pun dapat subsidi jugak.

Blog Widget by LinkWithin