Hari ini saya ingin berbicara pasal novel....diam tak diam rupanya rakan blogger saya, Elviza Michele telah menghasilkan karya seninya bertajuk "Kerana Terpaksa". Beliau yang memakai nama pena "Ilham Kalsom" telah menghasilkan sebuah novel buku prima setebal 540 mukasurat, terbitan dan edaran oleh Group Buku Karangkraf.
Dengan harga hanya 19.90, kita sudah boleh memiliki karya seni ini sebagai koleksi yang amat berharga. Sedikit tentang Elviza, beliau merupakan seorang peguam dan juga kolumnis di beberapa akhbar tempatan termaksuk akhbar maya seperti Sinar Harian, malaymail dan banyak lagi.
Dengan kecintaan yang tinggi pada bahan-bahan bacaan, telah mendorong beliau menjana minda, bagi menghasilkan tulisan-tulisan yang bermutu tinggi dan Novel "Kerana Terpaksa" merupakan salah satu lontaran ilham beliau , yang ingin dikongsikan bersama para pembaca dan pencinta buku.
Antara prolog nya di dalam novel ini yang amat menyentuh hati, berbunyi.....
" Cerita ini cerita hati, cerita rasa. Mungkin tidak banyak bezanya dari fiksi atau dongeng yang lumrah kita dengar, tetapi fitrahnya berbeza ...........................................................Sekiranya kesempurnaan yang dicari dalam garapan jalan cerita, aku janjikan kau kecewa.
Sekiranya yang dihajati adalah seorang protagonis yang maksum, sila letakkan kembali buku ini ke atas rak, agar masa mu tidak terbuang, bakat sederhana ku juga tidak tercabar.
Namun, sekiranya iktibar yang diharapkan, dengan nama TUHAN akan aku kalamkan satu-persatu diatas holograf ini."
Indah bukan...., jadi sesiapa yang ingin mendapatkan buku dan menyelami karya beliau, bolehlah menghubungi penulis atau dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran..... ;-)
p/s: Buya Dr. Hamka pernah berkata, jika sesorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.......jadi marilah kita membaca.... ;-)

1 comments:
Hi ..Elviza is also my kawan blogger. Saya baru aje terima buku dia tengahari tadi.
Post a Comment