Rasanya macam tidak cukup masa, nak pusing-pusing, menjengah kesemua gerai buku di KLIBF 2011, Kuala Lumpur International Book Fair 2011 atau dalam bahasa melayu nya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011,atau pun kependekan katanya KLBIF 2011... ;-), yang diadakan dari 22.04.2011 sehingga 01.05.2011
Akibat kesibukan dengan tugas harian, saya hanya berkesempatan untuk pergi ke KLBIF 2011, pada hari terakhir pameran. Pukul 8.00 pagi lagi saya dah terpacak di PWTC, dan yang penting dapat parking yang selesa... ;-)
Walaupun lama hendak menunggu pameran dibuka (pukul 10.00 pagi), saya agak terhibur juga dengan gelagat pengunjung yang juga telah ramai datang memenuhi ruang ceruk di PWTC, hinggakan tempat-tempat untuk minum pagi pun agak terhad.... Jadi kena rebut mejalah, gayanya....
Menjelang pukul 10.00 pagi, peminat-peminat buku (ada juga yang datang bersantai... ;-) ) telah berpusu-pusu masuk ke PWTC, menyebabkan keadaan amat sesak sekali, sukar untuk bergerak dan menilik buku-buku yang ada sebelum membeli.....
Akibat terlalu sesak saya , telah mengambil keputusan untuk menggunakan gaya hit & run...heheehehe...apa bendanya tu... ?....
Maknanya saya terpaksa memastikan apa jenis buku yang hendak dibeli, kemudian mencari gerai penerbit atau pengedar yang terbabit.....bayar... dan lari...( buka lari jer tau...bayar dulu....)....
Dengan kawasan pameran yang amat luas dan bertingkat-tingkat menyebabkan tidak kesemua gerai pameran dapat dikunjungi...dan saya akhirnya pulang ke rumah tepat pukul 1.00 tengahari, setelah tidak sanggup lagi menempuhi kesesakan "manusia" di PWTC....dan sebelum keluar dan lari saya sekali lagi membayar , yuran parking sebanyak RM 15.00....sendiri mahu ingatlah...heheheh
p/s: KLBIF tahun depan pasti saya akan datang awal...... ;-)

2 comments:
Kandungan blog nie menarik, gaya pencertaan pun bagus senang nak ikuti... tapi semak sangat iklan dan gejet bersepah....
Terima kasih atas komen...sebenarnya saya dah banyak terima teguran sebegini...insyallah saya akan remove iklan yang bersepah tu...tunggu abis kontrak.. ;-)
jadi terpaksalah saya menolak permintaan iklan dari lain yer...., sebab saya rasa blog ni semakin berat...
Post a Comment