PERHATIAN : Posting ini hanya untuk mereka yang tidak bersalah sahaja...., sekiranya anda memang seorang pesalah anda sepatutnya menerima hukuman yang setimpal, tetapi sekiranya anda ingin membaca, tiada notis kompaun yang akan dikeluarkan...harap maklum
Sebenarnya saya malas nak berbicara pasal soal saman trafik ni....tapi disebabkan rata-rata blog, forum, twiter , facebook atau apajua debat bicara di ruang maya, bila diajak berbincang sahaja, timbul soal politik....sehingga perkara pokok yang diperjuangkan tercicir merata-rata tanpa ada jawapan dan nokhtahnya....
Kalau berbicara bab saman, kalau memang salah, silalah bayar.....
Anda yang bersalah memang patut dikenakan tindakan yang tegas .... ini melibatkan displin pengguna jalan raya dan keselamatan orang lain ... sudahlah dok..."beam" orang suruh ketepi, kemudian memandu melebihi hadlaju, lepas tu kena saman nak komplen pulak....
Ada pulak yang dok kata, dengan bongkak... dah tahu slow pi lah ketepi...kereta aku ni besar dan mahal serba laju.. aku nak lalu...kau tu, 110 km/j jer... aku ni minimum pun 180 km/j jadi tolonglah tepi sikit....... (takpa dalam dunia ni hang lah raja...)
Kalau tang bas , trellar atau kenderaan berat.. pula , bila memandu laju.. tak ingat dunia....kenderaan orang lain dok di cucuk-cucuk....potong kanan, potong kiri..... kalau dah ada kemalangan pun dok tak mengaku, inikan pula dikenakan saman, apa adahal kan.......hipokrit sungguh....
Kalau bicara pasal saman, ada orang kata kalau kenal orang besar a.k.a. orang dalam bolehlah dapat diskaun yang mengembirakan...maklumlah saman pun berpuloh-puloh helai bisa mencecah ribuan ringgit....dapat bayar RM 600.00 pun okeylah tu....
Itupun, kalau kenal orang pangkat besar-besar....tapi kalau macam aku ni, si penoreh getah, kenal ker orang-orang besar tu.....jadi orang kaya bertambah kaya....orang miskin, sendiri mahu ingatlah... kau kenalah bayar saman juga yer...
BAB SAMAN TAK KENA TEMPAT : Ini bicara saman tak mengenal tuan....ataupun kes tersalah saman....
Tahun lepas, bulan 10, saya pi check saman, tahu-tahu ada lima saman.....2 saman ekor 3 saman bertulis......tupun baru muncul tahun 2010...sedangkan saman tu tahun 2004...bayangkan, nasi tu kalau dimakan dah jadi tahi, tahi dah jadi baja..tanam padi jadi beras, jadi nasi makan balik....dan seterusnya......huh tak ke menganiya orang awam namanya tu....macam mana nak dapat diskaun ?, sebab dah "sure" punya kelayakan diskaun dah luput (mengikut kadar baru..kalau bayar 15 hari diskaun 50%, kalau bayar 16-30 hari diskaun 30%)...kalau kes bertahun-tahun tu, boleh ker dapat ?....adilkah ini semua...?
Yang dua saman pertama tu, memang saya dok mengaku salah sebab bawa laju (tupun 120 km/j) dan "terlanggar" lampu isyarat...apapun alasan salah tetap salah...saya dah habis bayar tu...tapi yang ralat nya...takda diskaun...dah bayar baru kerajaan umum diskaun....adilkah macam tu...? macammana rakyat nak bayar cepat...lambat laun, mesti ada diskaun punya.... ;-)
Tapi yang tiga saman lagi ni dok saya musykil...Seumur hidup saya tak pernah kena saman bertulis, tapi wujud juga saman ni....pelik ni..tapi kes ni kira selesai sebab Polis dah tarik balik serta merta..kerana memang jelas IC dan nombor roadtax nya berlainan...hanya nombor plate jer yang sama...terima kasih polis trafik... ;-)
Kalau kes yang kena saman ekor pasal memandu laju, saya pi tanya kawan polis trafik, dia cakap kalau nak check, kena beli gambar speeding itu dengan harga RM10 di IPD negeri yang mengeluarkan saman. Jadi bolehlah polis membandingkan maklumat di Registration Card kenderaan, jenama, model dan warna dan nombor plate sama atau tidak...
Kalau berlainan, sah kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu, jadi lepaslah kita.....tapi yang tak lepasnya....duit RM10.00 satu gambar (tu kalau satu gambar...), kos perjalanan, kos telefon, kos suara, kos emosi dan kos masa...siapa yang nak tanggung? tak ker, kita ni yang tanggung juga...jadi sekarang, yang tak bersalah pun memang kena bayar....adilkah itu.....?
JANGAN BAYAR SAMAN : Dato' Mahfuz Omar pengerusi jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini- Link.
Yang silapnya, ada segelintir penyokong UMNO bila dengar pembangkang bercakap terus chop salah (penyokong PAS, DAP dan PKR pun sama....)....tu yang aku kesian kat rakan-rakan aku ni ...sebenarnya bukan semua yang pembangkang cakap tu salah....ada juga yang betul...jadi timbang-timbangkanlah sedikit, agar dapat memperbaiki kesengsaraan rakyat yang tak bersalah....
KETAHUI HAK ANDA, BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH : Ceh...poyo...jer slogan tu.. ;-) ..Menurut, Zulhazmi Shariff, Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah. Melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta.
Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda.
Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu dan tiada saman tertunggak.
Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu dan tiada saman tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan, maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju.
Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.
Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak andaĆ… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak.
Sudah dibuktikan di mahakamah atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam.
Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
KETAHUI HAK ANDA : Kalau mengikut apa yang dibicarakan menurut undang-undang, sekali pandang memang seronok.....tapi dua kali pandang......ermmmm tuhan sahajalah yang tahu....
Pendapat ini dibuat mengikut pandangan rakyat yang tidak banyak duitnya.
Pertama : Kalau kita mampu buat pun setakat, minta alasan bertulis dari JPJ....
Kedua : Kalau JPJ nak buat, alasan bertulis dah tentu memakan masa, confirm dia orang cakap datang lagi esok, lusa , tulat atau minggu depan atau bulan depan....banyak notis woooo nak tulis dan sign.... ;-) ....jadi kena ada pula piagam baru, "alasan bertulis hendaklah dikeluarkan dalam tempoh 24jam"....wahhh bunyi macam menyeronokkan...tapi selama ini kerap kali kah kita tenggok piagam pelanggan yang ditampal dengan cantik kat pejabat kerajaan itu diikuti ?
Ketiga : Kalau JPJ enggan buat apa-apa.....kita boleh bawa kes pi mahkamah pula......aduh...kes-kes sedia ada pun berlambak-lambak....agaknya macamana pihak mahkamah nak atur kan schedule kan....?. Itu satu kes...kalau nak pi mahkamah, mestilah menggunakan duit, ....tu belum lagi kos-kos lain....sapa nak tanggung....? Kalau samannya 1, 2,3 hatta 4 sekalipun berbaloikah kes-kes ini dibawa ke mahkamah ...? Adakah kami ini berduit? saya rasa kalau ada duit , saman dah pun bayar...lama dah.....!!!!
Keempat : Nak tunggu Mahkamah panggil secara "sukarela" (sapina... ;-) ) , bila agaknya kenderaan kita nak ada cukai jalan ya.... payah macam ni...;-)
Jadi sebenarnya yang disuakan masalah ini adalah pada rakyat.....umpama orang boleh bercakap apa sahaja....tapi yang nak kehadapan tu siapa....? kita juga yang susah....oleh itu pemimpin juga patut memainkan peranan agar undang-undang tidak dipermainkan dan diletakkan bebannya dibahu rakyat semata-mata...tidak kiralah pimpinan tu dari BN ke, PKR ke, PAS ke...DAP ker........ yang penting mesti adil...selalunya ramai yang, tidak sanggup untuk kehadapan....tapi tukang tolong cakap memang ramai...itulah salahnya orang-orang kita.....
Bayar atau tidak bayar.....? tepuk dada...tanya kerajaan...
P/S : Hari ni, tempoh menjelaskan saman sudah berakhir, kita tunggu apa lagi nak terjadi....kalau apa yang dikatakan oleh peguam KASE tu benar atau sebaliknya, silalah Kerajaan beri penjelasan.....kesian rakyat yang tidak bersalah ni.

8 comments:
saman terbang~ =_="
sekarang ne ada saman ekor lg ke... rasenye xde kn :)
saman ekor masih ada...sebab resit kesalahan untuk dec 2010 seudah keluar
malas nak semak, kalu dorang nak hanto je baru gi bayo
takde saman..sbb moto takde,kete pun takde...hahaa
rini saman ekor
esok2 sman kpala/bdn pula
Assalamualaikum encik hadek,
Alhamdulillahle hakak tak kena saman sebab jarang drive kalu drivepun tak lebih 120 kmj sebab org kata kelajuan tu bisa jimatkan petrol. Apapun kalu memang dah sondol undang-undang lalulintas maka bayarlah namun kalu kena saman ekor dan dpt buktikan kita tak bersalah maka apa salahnya menuntut keadilan.
Sepatutnya semua pemandu bas dan lori disaring air kencing tengok penagih dadah atau tak.
Post a Comment