Catatan ini harus dibaca dari sudut rakyat biasa, yang tidak dilabelkan kaya....juga bukan sebagai pengampu mana-mana pihak....ia hanyalah sebagai renungan..... ;-)
Assalamualaikum w.b.t, disebabkan saya kesuntukan masa, akibat tuntutan kerja yang menggila dihujung-hujung tahun ini menyebabkan blog anjunglarik kelihatan seperti terbiar...walauapapun insyallah dengan masa yang sedikit ini saya akan cuba untuk membuat update....
Ada kawan saya sering bertanya....adakah Kerajaan Najib ini dapat menarik kembali sokongan rakyat kepada BN....? Jawab saya saya masih ragu-ragu untuk memberi tanda bagus pada dia....walaupun dilihat kepimpinan Najib lebih molek dari kepimpinan Paklah, tetapi perjalanan Najib masih banyak likunya.....
Apatah lagi kalau dari hari ke sehari ada sahaja perkara yang akan membuatkan rakyat menjadi tertekan akibat ditekan oleh perkara-perkara yang seolah-olah mesra rakyat, tetapi kesannya adalah sebaliknya...
Perkara-perkara yang wujud ini dilihat, bakal menjadi pemangkin kepada beralihnya undi rakyat dari memilih Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat..... Diulang, perkara-perkara yang nampak elok ini, akan memberi kesan atas sokongan rakyat kepada BN, noktah.
Walaupun mungkin kerajaan pimpinan Najib melihat ia adalah sesuatu perkara kecil, dan boleh diserap rakyat..tetapi sebenarnya impaknya (dibaca sebagai impak maksima) boleh menjadi sebaliknya,....
1) Caj RM50 atas kad kredit memang nyata akan menjerut rakyat yang mempunyai jumlah kad kredit yang banyak.....Ada kawan berkata "padanlah muka mereka itu semua, pasai apa ambik kad kredit banyak-banyak...."
Tetapi dulu-dulu bank kata ambiklah kad kredit ni free takada caj tahunan...lalu mereka pun ambil....dan berbelanjalah mereka dengan kehendak mereka sendiri...
Tup...tup mai kerajaan BN dalam bajet 2010 yang berlabel "bajet rakyat"...kata, jom kenakan caj RM50 kepada pemegang-pemegang kad kredit ni...tak ke haru...kalau satu dah RM50....kalau 5 kad tak ker RM 250.00 tu belum lagi kad supplimentary RM 25.00 yang bagi kat isteri atau kad suami tu..... Dan seperti biasa kalau ditekan, maka tertekanlah rakyat....maka timbullah kebencian pada yang menekan..nak marahpun tak boleh, maka jawabnya mereka gunakanlah kuasa undi mereka, sapa yang susah....
Memanglah nak jaga rakyat supaya tak terbeban dek hutang, tapi kankah elok cari jalan tengah.... dikenakan caj tu pada permohonan baru jer....disebabkan BN dah terlajur kata...baiklah pujuk pihak Bank serapjer caj tersebut, sebagai caj saguhati....habis cerita... (1.2juta.....wah kalau ilmu hisab bodohpun....dikali terus RM50.00 tak ker berjuta-juta lemon namanya, tu belum kira yang ada kad melebihi satu lagi tu...kaya-kaya.....pakcik kaya......)
2) Tahun depan, dikhabarkan kerajaan akan memperkenalkan sistem pengurusan subsidi minyak maka subsidi minyak akan hanya diberikan kepada golongan sasaran. Inilah yang sepatutnya berlaku kerana golongan kaya juga sedang menikmati subsidi ini.....aduh pening....
Golongan sasaran...? siapa mereka......mestilah golongan berpendapatan rendah....ermmm tapi yang sederhana pun ramai juga.....yang semi kaya pun ramai juga....semua tu orang susah... Apa yang akan menjadi penanda aras pada perkataan...golongan sasaran...? ermmm tengok pada cukai yang mereka bayar...? 27%...28%.... ? Bagaimana dengan golongan peniaga...yang bayar cukai, okeylah, yang tidak bayar cukai macam manalah pula...?
Lepas tu nak beli minyak tunjuk mykad....dah tahu minyak harga berapa yang layak untuk kita...? Hebatnya........Perkara ini pastilah mendatangkan kos-kos tambahan seperti mesin, latihan, selenggara dan lain-lain, sapa yang tanggung ekkkk..... Tapi dah rakyat terima jerlah apa kerajaan nak katakan.....pandailah kerajaan nak buat lagu manapun ya tak....Kan Kerajaan sekarang mesra rakyat....
Tapi rasanya kisah tentang minyak ni memang sangat sensitif pada rakyat banyak....mereka tak kira pun, untuk apa kerajaan buat macam ni....yang mereka tahu siapa yang menyusahkan mereka akan mendapat habuanlah di kemudian hari....sapa mahu jawab...jadi pandai-pandailah Kerajaan BN menanggani isu ini dengan bijaksana...Orang kaya memang tak terkesanpun pasal minyak ni..yalah curut pun dekat RM100.00, dok bakar...dan jadi asap.... Tapi golongan sasar yang tersasar ni sapa nak jawab....makan asap jerlah
3) Belum lagi kisah minyak habis lagi, hari ni kat muka 2 sebuah akhbar tempatan, terpapar kisah(tahu pulak nak sorok kat muka belakang...)...., Kereta lama yang lebih lima belas tahun (dibaca sebagai 15), wajib hantar pi hospital.....buat medical check-up....
Walaupun memang baguslah saranan ini, ialah demi untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.....tapi pastilah ia akan menjadi beban kepada rakyat ramai....lebih-lebih lagi yang dok kat kampong-kampong.....
Aduhhh nak pi PUSPAKOM lah pulak...ladang dan ternakan nak kena tinggal lah pula.....Keluar duit lagi RM50.00 (ni kalau caj yang sekarang ni untuk permeriksaan sulkarela...) ...?Beratur panjang...masa...orang tengah boleh guna ker.....tertekan-tertekan...tertekan.....
Ni Pakcik kaya...lah jugak....kaya-kaya-kaya..RM50 x 2juta, bayangkan kalau kalau tukar ke rupiah tu.... fuyohhhh!!!....erm..BN ke PR...Bn Ker PR......
4) Adalagi, sekarang ni kalau nak renew roadtax third party, banyak dah syarikat insuran tutup pintu.....paling minimum kena ambil perlindungan RM10,000.00 cajnya lebih kurang RM400.00...ermmmm maknanya kalau hendak caj RM100.00 kebawah tu kirim salam jerlah....tinggal berapa kerat jerlah syarikat insuran yang sanggup tanggung, lepas ni pasti dah tiada syarikat yang sudi pada insuran third-party (agennya pun pandang sebelah matajer rakyat yang miskin pakai insuran thirt-party...sakit hati betul...)......maknanya yang ada kereta lama tu sendiri mahu ingatlah.....nampaknya kedua-dua isu ini bagaikan kerajaan hendak menghapuskan penggunaan kereta lama jer, lepas ni nak kereta murah lupakan saja....ermmm.....Pr...PR...PR...boleh kah...?
Lepas tu Kakitangan Kerajaan..takdak bonos,...!!!!! Alamak......Nampaknya tahun mendatang ni harus...PR..PR...PR...., erm manalah tahu PR akan bayar bonus kan, janji kita cuba pangkah PR dahulu.....lagipun BN dah lama dah....kasi rehat dulu....ada berani ..hehehehe..(bukan cadangan tetapi untuk renungan...)
Ye ker, boleh jadi begini....? Sejarah sudah pun tercatat bahawa, ia pernah berlaku....dan seharusnya Kerajaan BN, mesti dok bacalah buku sejarah (dibaca tawarikh) yang lalu tu....buat jadi sempadan...nanti dah tersungkur payah nak bangun...
Eeehhh, menyelitlah pulak Skim Proton Xchange....Skim biar papa asal bergaya......orang lagi taknak buat hutang dia dok jolok skim lagu ni....apa ke hal...... (baca sebagai apa kejadahnya...)..Agaknya lepas dapat diskaun RM 5,000 tu boleh lah ambik kereta yar...? Bulan-bulan tak kena bayar ker...? Macammana dengan bank pulak...? Boleh ke loan lulus...? Orang pencen macam saya ni boleh ker terlibat sama....manalah tahu skim ni mesra rakyat..hehehehehe....
Tukar kereta baru kereta lama hapus.....ohh memang sah kereta lama tak berguna lagi....maka rakyat kena buat hutang baru demi membeli kereta baru (dibaca sebagai keperluan)....
p/s : Aduh kalaulah nak cover duit, untuk tampung projek-projek ransangan (baca sebagai teransang) tempohhari tu, janganlah dok kutip duit lagu ni..... buat naya kawan (baca sebagai mesra rakyat) jerlah....

2 comments:
KUALA LUMPUR - Hanya selepas sembilan hari diumumkan, kerajaan semalam akhirnya menarik balik cadangan melaksanakan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) yang sepatutnya bermula tahun depan ekoran bantahan ramai.
Dasar itu mewajibkan semua kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas menjalani pemeriksaan di Puspakom Sd n. Bhd. sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Kos pemeriksaan itu yang sebanyak RM50 didakwa membebankan golongan berpendapatan rendah selain kesulitan menghantar kenderaan ke Puspakom bagi penduduk di luar bandar.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas negatif mengenai pelaksanaan ELV.
"Langkah itu (ELV) jelas tidak popular. Kita prihatin kepada masalah rakyat khususnya penduduk kampung yang ada kereta lama dan sebab itulah kita batalkan,'' ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Malaysian Bussiness-CIMA Enterprise Governance Awards 2009 di sini semalam.
alhamdulilah..terselamat kereta pak jaga ni masuk puspakom...
KUALA LUMPUR:11/11/09- 'Muktamad, tiada bonus tahun ini'. Keputusan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ketika mesyuarat tertutup hampir sejam di bangunan Parlimen, semalam.
Meskipun tiada bonus, pertemuan itu tetap memberi berita gembira apabila Najib mempertimbangkan tuntutan kakitangan awam Gred Satu hingga 54 yang memohon bantuan khas kewangan tambahan RM500 selain penghapusan cukai pendapatan 30 peratus bagi Gred Jusa.
hehehehe.....pertimbangkan juga...alhamdullillah
Post a Comment