Malaysia Tanah Airku....

Islam zaman anak ku.......?




Satu hari , di dalam dunia yang tidak kekal ini......

Episod 1 :

PEGUAM : Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?

SAKSI : Tidak boleh tanpa tauliah....

PEGUAM : Adakah itu kehendak islam ?

SAKSI : Tidak......, tetapi ia udang-undang berdasarkan islam.... (Dah cakap tidak, lepas tu pusing pulak untuk mengiyakanya...siapa yang munafik?)


Episod 2 :

PEGUAM : Saya katakan bahawa di negeri ini hanya orang ada tauliah boleh mengajar...?

SAKSI : Ya

PEGUAM : Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca muqadam ?

SAKSI : Tidak boleh... (Adakah kamu tidak yakin akan ilmu di dada mu...? Kesian anak-anaku mu, mengajar muqadam pun kamu tidak mampu....Semoga tuhan ampunkan kamu....)

PEGUAM :
Kalau ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya di ajar solat?

SAKSI : Tidak boleh....tauliah diperlukan, untuk memastikan ajaran yang di ajar betul....dan bukan ajaran sesat dan tidak betul....(Makin payahlah para mualaf hendak mendalami ilmu..., Dahlah sekarang ni memang dianak tirikan....kesian mereka, semoga Allah s.w.t. memelihara keimanan mereka..)

PEGUAM : Selain itu...?

SAKSI : Mengelak dari ajaran sesat atau fahaman yang tidak betul...tapi itu hanya pendapat saya,...


Subhanallah, dunia sudah akhir zaman, aku tidak bisa mengajar anak ku solat dan mengaji, kerna aku tidak ada tauliah......Wahai anak ku dunia semakin keliru.... Waktu dahulu ku diajar oleh ninda dan ayah ku bersolat dan mengaji...kini zaman mu ... Aku hanya bisa membisu seribu kata...dan kau hanya boleh ku hantar ke tempat-tempat yang bertauliah sahaja, untuk menimba ilmu.....ikut sahaja cara mereka...mereka sahaja yang islam dan benar.....

"Ayah alif tendang wau bunyi nya apa.... ? "

"Maaf anak ku, kau tanyalah guru mu yang bertauliah, ayah tak bisa mengajar mu....."

"Ayah, boleh ajar saya berkaraoke...? "

"Boleh, itu tak salah mengikut undang-undang islam mereka...., nanti boleh masuk AF....."


Inilah dilema islam di negara kita, sepatutnya islam itu mudah....tidak diperpayahkan.....alangkah memalukan agama islam diadu domba di khalayak ramai ...Tidak bolehkah di muzakarahkan secara tertutup agar islam itu tidak diaibkan?.....

Lebih aib lagi perkara yang diadu domba ini hanyalah berkenaan tauliah iaitu perkara berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan bukannya kes ajaran sesat...lagi teruk bila individu yang terlibat adalah terdiri dari pendakwah yang telah diiktraf...

Tapi jangan risau wahai anakku....ayah rela dihukum, demi mendidik mu kejalan islam yang benar....Pergi jahanam semua ini, apa yang ayah harap, hanyalah pengiktirafan Allah S.W.T.....................terhadap kita sekeluarga....dan seluruh umat islam....!!!

p/s : Berat betul nasib diterima oleh pendakwah islam...maka tak hairanlah begitu ramai pendakwah agama lain boleh menyebarkan ideologinya dengan senang lenang dan mesra umat...

Yang lagi haru, makin ramai muda-mudi lebih senang membuat dan menyebarkan perkara mungkar tanpa tauliah...dari terhegeh-hegeh mendapatkan tauliah, untuk mengajar orang berbuat baik...

Atau mungkinkah ini cabaran akhir zaman yang perlu dihadapi oleh umat islam....? Tapi sememangnya pengalaman berurusan dengan Jabatan Agama negeri ini, adalah memeritkan berbanding dengan Jabatan Agama lain, maklumlah dari Kadi ke peon semuanya handal-handal belaka mengenai Islam, siapalah kita ini, di mata mereka.....walahualam

2 comments:

Mak Su said...

woah.... life is miserable

puteri said...

er.. mybe lbih sdp ayt ni

"Subhanallah, dunia sudah akhir zaman.."

kpd

"astagfirullah, duniia sudah akhir zaman.."

itu lah.. mmg dh xlama ni... yang baik dipandang jelik.. yang buruk itu dibangga-banggakan pula..

keliru aku keliru...
(baca smbil bernada mcm lgu..he.he)

Blog Widget by LinkWithin