Malaysia Tanah Airku....

August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t hampir tiga minggu anjunglarik tidak beroperasi..... Alhamdullillah saya dan keluarga baru sahaja sembuh... Berkat bulan Ramadhan ini, maka mampulah saya dan keluarga berpuasa dengan kesihatan yang baik.....Sepanjang tempoh bertenang... (cutilah tu... ;-) ), saya merasa amat bosan sekali kerana berkurung di rumah dengan talian internet yang tidak stabil....membuatkan fikiran saya pun menjadi tidak stabil.

Namun buat pertama kalinya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan berpuas hati dengan pihak TM yang telahpun menyelesaikan masalah streamyx yang saya hadapi sejak bulan dua lagi (talian streamyx sering terputus dari jam 7.00 malam hingga 1.00 pagi).

Nampaknya talian saya tidak lagi putus-putus setelah TM menggantikan Port dan modem saya. Walaupun begitu, saya terpaksa menggunakan jalan yang berliku untuk memastikan wang yang saya bayar untuk talian streamyx berbaloi digunakan. Apakah tidak nya saya rasa himpunan report yang saya buat di talian 100 pasti amat meriah sekali. Akhirnya akibat bosan dikuarantin dan banyak masa terluang, sayapun gatal tangan membuat aduan rasmi melalui email ke pusat aduan TM dan hasilnya dengan serta-merta kes saya diambil perhatian.

Dan sepanjang tempoh itu saya membuat trouble shooting melalui bantuan teknikal talian 100. Tapi ada perkara kurang enak yang saya dapat...nampaknya ada segelintir kakitangan bahagian teknikal tersebut amat kurang pengetahuannya mengenai komputer dan agaknya hanya mengikut skrip troubleshooting standard yang disediakan. Malah apabila masuk sahaja bab windows vista makin binggung jadinya..... ;-)

Saya telah diarahkan untuk memantau sambungan talian internet saya dan melaporkan apa masalah yang timbul, kerana ikut kata mereka port yang diganti merupakan produk baru yang hendak diuji keberkesanannya. Sekali lagi saya diuji apabila, saya menelefon talian 100 pada 14hb., kakitangan teknikal memberitahu report saya telah ditutup sedangkan talian streamyx saya masih belum stabil. Mengikut kakitangan tersebut report saya telah ditutup pada 04hb lagi.

Apalagi saya yang dah memang lama bersabar, mula meninggikan suara...saya kata bagaimana report dah tutup..sedangkan masalah belum selesai...!!!....

Kakitangan TM kata, "Tidak apa, mereka akan buat report baru, dan masa menungggu nya adalah dua tiga hari berkerja......."

Saya yang masih tidak puas hati terus bertanya...macammana boleh tutup sedangkan dari 04hb sehingga 11hb saya sentiasa menghubungi TM menggunakan report yang sama, tidakpun dimaklumkan report saya ditutup...malah pada 11hb. saya sudah dimaklumkan oleh kakitangan teknikal bahawa mereka telah mebuat catatan yang meminta juruteknik TM terus menghubungi saya....Lepas tu awak minta saya buat report baru, dan tunggu dua tiga hari lagi.....apa jadi pantauan yang dah berminggu-minggu tu...? Bagaimana pula, dengan pegawai teknik yang hendak menghubungi saya tu...?...Bla..Bla....Bla...

Akibat banyak masa... ;-), saya terus bertanya dan bertanya, sehinggalah kakitangan itu terpasa mengalah dan merujuk terus masalah saya kepada pihak atasan....dan keesokan harinya teknisyen TM datang dan menyelesaikan masalah saya dengan jayanya...habis cerita...

Habis tenaga, penat minda......baru selesai....apakehal...

Untuk TM, saya harap perkasakan lagi pengetahuan kakitangan teknikal di talian 100, kerana ada dari mereka amat perihatin, tetapi ada segelintir amat menyakitkan hati.....Pujian dan kredit saya berikan kepada Pegawai Teknik TM yang hadir di rumah saya cukup berhemah dan tahu apa yang hendak dibuat....begitu juga sikap diplomasi dari pegawai atasan TM, En. Hafiz (kalau tak salah saya) yang berbudi bahasa sepanjang tempoh trobleshooting tersebut....

Apapun SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA kepada semua umat islam, semoga ibadah kita kali ini diberkati dan diterima oleh Allah S.W.T. Aminnnn........

p/s: Buat maksu selamat berpuasa dan berehat dari dunia blogging, mungkin satu hari nanti akan menyambung kembali penulisan maksu di alam maya ini......Sayapun tidak tahu berapa lama lagi saya akan wujud di dunia maya ini...entah esok atau lusa, kalau tiba-tiba dijemput Ilahi pasti terhenti segala tutur dan kata....maka terhentilah segala aktiviti duniawi.....wasalam....

6 comments:

mae said...

lama x singgah sini..
nak ucapkan salam Ramadhan buat Dekerinci dan sekeluarga..smoga ramadhan ni mmberikan yg lbih baik..

Intan Hanina said...

wsalam.. happy ramadhan to you too :D

noorlara said...

semoga Ramadhan ini meningkatkan semangat untuk terus berkarya dan beribadat

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat 'menyempurnakan' ibadah puasa bro'...

Puteri said...

selamat berpuasa juga!! ;-)

SHIMI said...

Salam. Salam Ramadhan dan Salam Aidil Fitri juga buat kamu

Blog Widget by LinkWithin