Assalamualikum w.bt....nampaknya bulan ini penuh dengan dugaan....selepas terlibat dengan kemalangan, anak saya menghadapi demam panas, kemudian saya pula menghadapi demam yang sama. Selepas kedua-duanya pulih...isteri saya pula di masukkan ke wad akibat demam denggi........maka sebab itulah blog ini nampak terbiar buat semantara waktu... ;-)
Saya amat bersetuju dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican untuk menyoal siasat para pengamal perubatan yang tidak mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan bagi mengesan jangkitan Selsema Babi adalah amat bertepatan sekali. Ini kerana di dapati kebanyakan klinik-klinik swasta seperti tidak memberi respon yang sewajarnya kepada gejala jangkitan ini.
Kes tidak mematuhi garis panduan ini jelas berlaku kepada isteri saya...Pada hari Isnin lepas, isteri saya telah pergi ke klinik swasta yang berdekatan, untuk mendapat rawatan demam panasnya... dan setelah diperiksa ala kadar, doktor telah memberikan ubat demam dan sakit tekak sahaja kepada isteri saya....kemudian pada hari Selasa, isteri saya bertugas seperti biasa, walaupun masih demam.
Pada hari Rabu berikutnya, beliau didapati masih kurang sihat, dan sekali lagi beliau pergi ke klinik yang sama, untuk mendapatkan rawatan susulan.....Akhirnya doktor yang bertugas telah mengambil sampel darah isteri saya dan mengesahkan darah isteri saya mengandungi virus dan menjadi pekat. Yang menghairankan doktor tersebut, hanya memberikan ubat dan mengarahkan isteri saya pulang dan berehat.Virus itupun taktau apakah namanya...!!!!
Akibat merasa tidak sedap hati, saya dan isteri berpakat untuk mengunjungi pusat perubatan Kerajaan, dan agakkan saya tepat, memang isteri saya menghadapi jangkitan serius...walaupun bukan jangkitan Selsema Babi...Demam Denggi juga menjadi ancaman utama negara pada masa ini....!!
Isteri saya serta-merta ditahan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. dengan ambulan....Apa yang saya kesalkan ialah kenapa doktor swasta tersebut tidak begitu "alert" dengan tugas sebenar mereka..!! apatah lagi sekarang ini negara dilanda wabak Selsema Babi dan Demam Denggi yang serius dan boleh membawa maut.
Mujurlah saya dan isteri tergerak hati untuk membuat pemeriksaan lanjutan di Hospital Kerajaan...Bayangkan kalau kami hanya bergantung kepada nasihat para doktor-doktor yang tidak "alert" sebegini..???
Saya juga amat keliru dengan jaminan dari Kementerian Kesihatan yang jangkitan selsema babi dalam negara adalah terkawal....Apa yang saya lihat nampaknya berlawanan dari jaminan tersebut...!!! Di klinik Kerajaan di Klang sahaja saya sudah melihat bertapa ramainya pesakit yang mendapat rawatan saringan akibat demam panas dan menunjukkan gejala Selsema Babi....apatah lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah....Begitu juga dengan jangkitan oleh Denggi yang kelihatannya agak setaraf dengan jagkitan akibat Selsema Babi...(Carta rujukan juga turut ditampal, jadi ini bukan omongan kosong...;-))...
Nampaknya penghuni kawasan kuarantin kelihatan agak sesak, malah semasa isteri saya masuk ke wad kuarantin terdapat empat kes baru menghidapi Demam Denggi yang sama....belum lagi dikira mereka yang di kuarantin akibat Selsema Babi...Malah Arahan dan Amaran, bagi menghalang atau menghadkan lawatan disekitar kawasan wad kuarantin... amat jelas tertampal....
Lagi menghairankan kenapa wad kuarantin Selsema Babi berdekatan dengan wad kuarantin Demam Denggi...??? Adakakah pengidap Selsema Babi tidak akan dijangkiti Demam Denggi? Atau Pesakit Demam Denggi kebal dari Kuman Selsema Babi..?? Kalau perkara di atas adalah tidak tepat, cuba kita bayangkan sekiranya kedua-dua jenis penyakit ini bergabung...tidakkah ia akan menjadi lebih serius lagi...?
Saya rasa Kementerian Kesihatan harus mengumumkan perkara yang sebenarnya, malah alasan untuk tidak menyebabkan rakyat gelisah tidak boleh lagi digunakan....rakyat memang sedang runsing.....Pesakit yang menghadapi gejala Selsema Babi dan Demam Denggi makin meningkat dari hari kesehari...Malah kes kematian juga telah pun berlaku....
Teringat saya satu artikel yang pernah saya "terbaca" di akhbar tempatan mengenai bertapa tidak "alert" nya rakyat Malaysia kepada gejala Selsema Babi...bilamana, Rakyat Malaysia semasa dilanda jerebu, masing-masing sibuk membeli penutup mulut...tetapi semasa Selsema Babi melanda, kita buat bodoh sahaja....Rasanya bukan semua rakyat Malaysia begitu dan tulisan itu agak tidak tepat juga...seingat saya Kementerian Pelajaran juga pernah mengarahkan penutup mulut ditanggalkan apabila pihak PIBG sebuah sekolah mengambil inisiatif untuk mengedarkan penutup mulut kepada warga nya....atas alasan jangan buat gempar.....
Agaknya kalau kakitangan kerajaan memakai penutup mulut apa agaknya "feedback" yang akan diterima dari boss-boss mereka...apatah lagi di sektor swasta yang terikat kepada undang-undang tersendiri...kalau di satu tempat, kita memakainya dan di satu tempat yang lain pula dilarang pemakaiannya, agaknya bolehkah virus-virus ini disekat dengan efektif..? Kecuali kerajaan mewartakan sahaja arahan mewajibkan pemakaian penutup mulut di tempat-tempat awam....tanpa ada lagi kebimbangan akan terjadi huru-hara dikalangan rakyat...noktah....
p/s : Pemeriksaan kesihatan sekarang ini rasanya tidak boleh sekadar pandang dah tahu penyakit, sedangkan dah ambil darah pun masih tak alert lagi...jadi pemeriksaan yang teliti harus dijalankan agar sama-sama puashati....pesakit sihat , doktor pun dapat duit halal....wallahualam...

7 comments:
salam..moga anda sekeluarga cepat sembuh ya...
Saya pun agak terkilan dengan rawatan klinik swasta(bukan semua)yg memang membuat rawatan sambil lewa...bila demam jer dia terus bagi ubat...kekadang tak periksa pun. Di Malaysia, yg mempunyai demam denggi, kalau berlaku demam dikalangan pesakit jgn ambil ringan sebab kemungkinan denggi..kalau dh demam berlarutan few days..kena buat further check up...kat clinic swasta biasanya tiada la dia nak buat further check..saya dapati hospital swasta yg establish baru la pelbagai test dilakukan...banyak sebenarnya kelemahan sistem perubatan di negara kita...pengurusan klinik swasta yg tidak di pantau dan tiada standard piawai yg kukuh menyebabkan service kurang sempurna
salam arsaili...
terima kasih atas doa anda...
...pengalaman saya semasa di JB, selalunya kalau sesebuah klinik itu tidak mampu mengendalikan sesuatu kes, ia akan dirujuk ke Hospital Kerajaan....tetapi dalam kes ini simptom denggi telah wujud tetapi klinik ini masih lagi berada dalam keadaan bertenang... ;-)
hahahahha macam le tak tau selama ni kebanyakan klinik swasta (kejaanpun sama) asal demam bagik panadol, ubat batuk dan ubat selsema dan antibiotik, lepas dua hari datang dibagi ubat yg fungsinye sama tapi dos lebih sikit, stendert le tuh!
very interest of your blog
http://dprograms.blogspot.com/
salam kak noorlara
tulah masalahnya, bila tanggungjawab dan kemanusiaan makin hilang di hati manusia......
maksu dah inform de_kerinchi ke belum agaknya..maksu sendiri pun terlupa, maksu nak berehat dari blogging, semoga de_kerinchi dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah swt hendaknya, aminnn
salam maksu,
sedih rasanya, bila satu demi satu rakan-rakan bloggers hendak gantung keyboard....ermm apapun selamat berehat..mana tahu satu hari nanti, gatal tangan nak berblog lagi, insyaalah kita akan bertemu lagi di arena blog ini.. ;-) janganlah lupa melawat rakan-rakan lain yang masih belum bersara yek...
Post a Comment