Malaysia Tanah Airku....

July 17, 2009

Kematian Teoh Beng Hock dari sudut seorang saksi



Assalamuaikum w.b.t. seperti biasa, saya baru nak mengupdated blog, kerana terlalu sibuk. Tetapi berita kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat menjentik perasaan saya. Apatah lagi Ean Yong adalah berstatus seorang saksi penting.

Pelbagai teori dan desas-desus wujud, ekoran kematian Teoh Beng Hock dan seperti biasa saya berpendirian bahawa kesemua desas-desus dan teori itu semuanya masih boleh dipakai dan siasatan harus dilakukan dari segenap sudut.

Apapun...teori-teori dan desas-desus yang mengatakan pembunuhan telah dilakukan oleh si penyiasat atau teori ia dibunuh oleh yang di siasat atau teori saksi membunuh diri, untuk masa ini hanyalah boleh dijadikan sebagai satu teori sahaja..disebabkan masih tiada kesahihan dari segi bukti...kerana mahkamah dunia memerlukan bukti sahih dan tidak sahih untuk dijadikan sandaran, maklumlah kita hanya manusia biasa.

Cuma, saya ingin mengajak pembaca menimbangkan dan memikirkan perkara-perkara yang berikut dari sudut pandangan seorang saksi :

1) Bukti...boleh wujud dari sumber yang sebenar dan ia juga boleh datang dari bukti yang diwujudkan....jadi sebelum ia terjadi kenalah berhati-hati....tapi kalaulah mentimun tetap akan kalah dengan durian, kalau durian mahu menunjukkan kuasa nya...

2) Secara hukum akal, saksi merupakan aset kepada yang menyiasat dan liabiliti kepada yang kena siasat....tetapi ia juga sebenarnya boleh menjadi perkara yang sebaliknya....

3) Saksi walaupun ia merupakan aset penting sekalipun bagi yang menyiasat....ia masih tidak dapat mengecapi hak-hak sebagai saksi. Seorang saksi masih boleh diugut, ditumbuk, disiksa, dipaksa atau apa saja perkara yang boleh mengeluarkan bukti penyaksian atau melupuskan bukti tersebut....oleh yang menyiasat dan yang disiasat...

4) Kelihatan saksi bagaikan tidak mempunyai erti kepada yang menyiasat, kerana ia hanya diperlukan sebagai sumber saksi semata-mata..lain-lain perkara tanggung sendiri... bagaikan habis madu sepah dibuang....

Jadi perlindungan saksi nampaknya hanya dianggap perkara remeh...Maka jelas disini, masih ada kelemahan dalam menjaga kebajikan seorang saksi....apa lagi kalau kejadian kematian atau dimatikan atau mematikan diri berlaku di kawasan yang dianggap sebagai kawasan selamat bagi saksi...

Kalau teori mengatakan ia dibunuh oleh yang kena siasat, maka yang menyiasat masih boleh dipersoalkan kerana ia berlaku di dalam kawasan yang menyiasat...maka yang menyiasat harus juga disiasat.

Kalau teori mengatakan ia membunuh diri, juga boleh dipersoalkan kerana ia berlaku di dalam kawasan dan kawalan yang menyiasat......maka yang menyiasat harus juga disiasat.

Kalau teori mengatakan ia dibunuh oleh yang menyiasat .....ermmmm....di mana kawasan masih di bawah pengawasan yang menyiasat....maka teori ini nampak sedikit ekstrim dan agak sukar diterima, apatah lagi pihak si penyiasat masih dianggap bersih oleh kebanyakan pihak....

Kalau mengikut teori...ia diugut lalu menimbulkan tekanan kepada saksi, lalu terjadi hal yang di luar jangkaan ataupun di dalam jangkaan, maka kematian yang tidak di sangka, masih logik untuk ia berlaku... apatah lagi ia berlaku di premis selamat si penyiasat....maka yang menyiasat harus juga disiasat.

5) Pihak yang dianggap pelindung belum tentu baik dan pihak yang dianggap pemusnah belum tentu jahatnya....jadi jangan kita hanyut dalam anggapan semata-mata....bukalah mata luas-luas...gerakkan minda cerdas-cerdas....pengalaman mengajar erti kehidupan yang sebenar...

Kekecohan ini wujud akibat kejadian ini berlaku di dalam kawasan si penyiasat...maka itu timbul keraguan dalam kes ini...Kalau ia terjadi di luar kawasan si penyiasat ia sudah menjadi isu lain....

Apapun di dalam negara kita sekarang ini banyak perkara yang tidak boleh dipercayai dan boleh diterima bulat-bulat......cuma yang baik dijadikan teladan , yang buruk dijadikan sempadan....apapun kita masih boleh bersyukur, kerana negara kita masih lagi aman dan tenteram....Jadi tugas kitalah, untuk menjernihkan Malaysia, dari perkara bukan-bukan yang boleh merosakkan keharmoniannya.....

p/s: Maaf dipinta kerana ada ramai kawan-kawan yang agak tidak setuju dengan pandangan saya....tapi yang diluahkan adalah kepada perkara pokok, iaitu hak-hak sebagai saksi....samada kes ini kes bunuh atau membunuh diri , Ia bergantung kepada siasatan pihak berwajib....pandangan ini merupakan satu pandangan dari sudut kemanusiaan.

2 comments:

en_me said...

me lompat lompat blog .. volleee, ehehe, salammm

kanishk said...

good article..


Work from home

Blog Widget by LinkWithin