Malaysia Tanah Airku....

April 26, 2009

ViVa Selangor, Juara Piala FA


VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR!

Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati,apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Dianggarkan lebih 80000 penyokong kedua-dua pasukan telah membanjiri Stadium Bukit jalil.

Juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 itu turut menambah gelaran Liga Malaysia musim 2009 ini selepas Piala Sultan Ahmad Shah, Januari lalu biarpun terpaksa mengikat Kelantan 1-1 sehingga 30 minit masa tambahan setelah kedua-duanya buntu jaringan dalam permainan sebenar 90 minit.

Skuad Kelantan atau dikenali sebagai Wira Merah yang bermain dengan semangat untuk menjulang gelaran sulong selaku Juara, telah mendahului Selangor, melalui tandukan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-92 sebelum ketua pasukan Gergasi Merah, Amri Yahyah menyamakan kedudukan dengan aksi tandukan "maut" yang lebih bergaya,pada minit ke-100.

Akhirnya aksi penentuan melalui sepakan penalti terpaksa diambil apabila kedua-dua pasukan terikat dengan gol 1-1. Sepakan penentuan penalti Selangor disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar.


P/s: Tahniah Pasukan Kelantan kerana menunjukkan tahap permainan terbaik,namun nasib tidak menyebelahi mereka. Bagi saya Pasukan Kelantan telah bermain dengan lebih baik dari pemain Selangor...Apapun buat keseluruhan kem Selangor Darul Ehsan. We are the CHAMPION!........

6 comments:

Puteri said...

erm.. tak faham lah.
1-1.. sape yg menang?
macam mana kira?

de_kerinchi said...

Puteri, 1-1 tu jaringan masa permainan, kerana terikat jaringan hingga tamat perlawanan maka penentuan juara ditentukan dengan sepakan penalti, oleh itu selangor golkan 4 kali dan kelantan sekali (dua sepakan penalti kelantan tak masuk jaring) tu yang jadi 4-1...tu.. ;-)

arsaili said...

salam bro..demam bola ek..ehehe..jangan demam khinzir dh la

de_kerinchi said...

salam arsaili,

bukan apa terkenang zaman muda-muda dulu pi stadium merdeka...la ni dah pencen...heheheh

selsema babi minta dijauh dari Malaysia, tapi lagi elok babi itu sendiri tidak wujud kat mukabumi malaysia kan-kan....ialah kata doktor, hanya babi yang bersin boleh bagi selsema babi, babi mati dah jadi daging xde ape-ape..(kata die lah).. takut...woooo..

Hasrul Halid said...

DK, hang ni cerita bola ke, cerita pasai babi? kehkehkeh!

Tahniah Selangor... Aku orang Perak boleh 'nengok' ajerler..!

Puteri said...

owh..
lps komen dlm blog ni br bc dlm paper.
he.he.

jdnya byk dpt gol mlalui pnlti rpnya..

Blog Widget by LinkWithin