Semenjak-dua menjak ini, saya seperti kehilangan idea untuk menulis. Maka tidak hairanlah, ada rakan-rakan yang melawat blog ini, dok asyik komplen… “ pasai apa blog ni tidak diupdate… yer..!!!!”. Bukannya tiada isu yang hendak dibangkitkan, tetapi kebanyakan isu yang “terwujud” adalah merupakan isu-isu yang berulang ….yang sudah berbangkit sejak lama dahulu, tetapi masih berada ditakuk lama….maka bosanlah untuk diulas oleh saya dan juga dibaca oleh pembaca….
Isu mat rempit…dah bosan….
Ini bukan lagi isu terpencil, ini dah jadi isu Negara, malah dah jadi kes bunuh,,,,,.Kaedah psikologi dah tak relevan…letih….Cara Dato Aziz yang hangat-hangat tahi ayam tu juga…takda hasil….
Cadangan….
- Tangkap jer, kalau berkumpul ramai-ramai…tangkap dan caj atas tuduhan membuat perhimpunan haram… Ialah bukan berkaitan politik jer boleh kena tangkap berhimpun secara haram…
Bukan apa, mereka ni bila dah ramai mulalah berani buat kerja yang bukan-bukan…. Bak kata pepatah "api kalau dah besar akan menjadi lawan"…..Kalau sorang-sorang belum tentu lagi kejantannya...…..
- Lepas tu suruh buat kerja kemasyarakatan,..macam cat surau, sapu sampah, bersih longkang, jadi penanggah… ( inilah benda-benda anti lepak, paling boring hendak dibuat oleh mat rempit, pasti taubat ..tak nak buat lagi…) …
Dok lokap …apa kesssss….…best apa dapat makan free sambil lepak-lepak… Sekarang ni lagi pula ada macam-macam kemudahan kat lokap tu, ada baju, berus gigi, ubat gigi, sabun, towel good morning semua kerajaan supply…..(tu pun kata polis Malaysia jahat gila...aparahhhh)
-Sita motor… maka takderlah motor. Kalau hendak ambil motor balik , kena kan denda tinggi, takderlah berpelesaran tak tentu pasal kat atas jalan…..ialah pikir dua kali nak buat benda ni..lebih-lebih lagi motor yang dibeli guna duit biasiswa, duit mak bapak atau pun duit yang seangkatan dengannya….Jangan lepas ni pi curi motor dahlah...
Isu Hindraf…dah bosan….
Pada 15 Oktober 2008, Kerajaan mengisytiharkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) sebagai pertubuhan haram berikutan kegiatannya bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini, “fullstop”…… jadi, kenapa nama “HINDRAF” masih dijaja dan digunakan secara berleluasa, tanpa sebarang kekangan…? Malah media arus perdana pun turut mempromosi pertubuhan haram ini. ….
Setakat yang kita tahu sebagai rakyat Malaysia Hindraf sudah disahkan haram, jadi kenapa masih lagi menggunakan perkataan Hindraf, pengerusi hindraf, peguam hindraf dan lain-lain hindraf….ternyata pengharaman ini hanya setakat menjadi bebelan sahaja, belum ada langkah yang benar-benar konkrit bagi mengesahkan bahawa petubuhan ini benar-benar pertubuhan haram….jadi siapa yang menjadi haram sebenarnya…..!!!!
Hari ni ada pula surat khabar kata, Hindraf dok rayu agar orang tu... jangan letak jawatan....hek eleh... ada lagi Hindraf ni....Pelik bukan....!!!! Pesttt...tolong betulkan saya jika Hindraf ni dah jadi sah pula.....Kalau masih haram, maknanya akhbar ni kena juga dituduh, mempromosikan benda-banda haram....kalau haramlah..... ;-)
Isu harga ayam naik…dah bosan……
Cakap apapun harga tetap naik, pembeli kena bayar juga…..
Boikot…? Lupakan sahaja kalau kita sorang ajer boikot..tak kemananya, harga ayam tersebut tetap tak kan berganjak..…
Yang pasti ….terdapat kes-kes keracunan makanan tahap teruk, yang dialami akhir-akhir ini akibat memakan ayam KFC……jadi kuranglah makan ayam tu, bukan pasal harga naik, tetapi ayam sekarang dah tidak sihat, ayam suntik hormon, ayam super cepat besar… jadi ingat-ingatlah, takut besok yang lelaki, jadi lain pula..!!! Sekarang ni macam-macam ada....heheheheh
Selesema Babi…….bosan? errrr…..
Bukan bosan, pasal tahap bahaya ancaman selsema ini dah meningkat, tetapi bosan sebab, kita dok asyik hendak menangkan si babi-babi ni, sahaja….Kenapalah nak tukar nama pada H1N1, kan sedap nama selsema babi tu….Ahli sains pun dah cakap, bahawa babi tu banyak membawa bahaya pada kesihatan, hendak juga berkompromi dengan babi…..Apasal dulu tak kesian kat burung, kesianlah kat dia….tukarlah nama selsema burung tu, kenama lain…
Sebab apa semua ini berlaku….? Sebab takut penggusaha babi nanti rugi….
bukannya alasan, takut sebab bahayanya ancaman selsema babi ni kat manusia dan hidupan dunia…. Hek..eleh…..
Jadi humanity global letak kat belakang, yang humanity minority mesti jaga…..ada kepatut…..
Dalam berita pun siap tukar-tukar nama…Mula-mula selsema Khinzir ala-ala arabi, kemudian selsema Babi ala-ala klasik nasional, lepastu H1N1 ala Sains PPSMI lagi tu….….ergghhh.
Untung babi-babi ni …….Tak ingatker, kisah dulu-dulu kat Bukit Pelanduk, tak pasal-pasal rejemen renjer Angkatan Tentera Malaysia, dikerah untuk menembak babi …..jangan asyik kesian kat penternak babi, kesianlah juga pada askar-askar renjer kita tu dan tak lupa juga, rakyat-rakyat yang tidak suka pencemaran babi ni…….(Ingat lagi ngomelan abang ipar, yang terlibat dalam operasi bersih babi ni, kesian tau......)
Politik……………………….Bosan……………
Isu-isu politik pula…..… samada ahli-ahli politik kita semakin baik atau pun isu-isu politik itu juga berputar-putar atas isu yang sama dan menjemukan, menyebabkan ia juga tidak mengundang nafsu , saya untuk menulis…. Yang pasti sejak perubahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengosongkan kerusinya…….semakin kurang pula isu-isu bodoh, hendak diuar-uarkan….. ;-).
Letak jawatan…PRK…….
Dah takda kerja lainkah…? Kecewa …Letak Jawatan….Ingat kami pegundi ni takda kerja lain…Dah dulu kata, sanggup berkorban untuk rakyat….maka buatlah hingga ketitisan darah terakhir….ini tidak.. cepat sangat mengalah…..Jalan dah……Banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah…Jalan tak berturap juga…..!!!!
UDah…udah lahtu…alahai banyak pula aku tulis…..mengarut betul…tapi apapun fikir-fikirkan lah…..untuk kebaikan bersama.... Fullstop (ni tiru, ala-ala gaya penulisan Cik Bayan ;-) )
p/s: Ini bukan mogok sastera… ini malas namanya.... ;-)

8 comments:
YA. Bosan. Tapi itulah hidup. Balik-balik isu itu akan kita temui. Bezanya bagaimana cara kita bercakap mengenainya dan menanganginya.
Bosan tengok papan pemuka wordpress semenjak dua menjak ni. Asyik pasal politik je.
Aku ingat aku sorang aja DK yang ada penyakit BOSAN ni, rupanya kita senasib! kehkehkeh!
Betullah, sejak Pak Lah resign ni rasa mcam takdak benda dah nak tulih! ahak!
salam cik bayan,
Ermmmm, ia yang cerita yang berulang-ulang tanpa tindakan itulah yang paling membosankan..
Cerita politik, tu sebab kita sudah acapkali disogokkan dengan momokan yang berlebih-lebihan oleh media arus perdana..juga sang politikus....
Salam saudara Hasrul,
ermmm ialah bro...bosannn bebenar...hari-hari selak akhbar cerita tu juga...isu sama....
Pssstt...isu TunLah tu , ramai juga yang sedar ..hehehhe
kalu gitu nak cakap pasal apa ek? AF ker? isu AFMasuk. ;)
pasal krajaan perak. mnrik lagi.
jom2.. tak saba nk bc.. he.he =)
psl slsema h15(eh brp kodnya eh?) tu.. dh ad dkt china.. hurm.. smakin dkt nih.. tkot lak..
ngara len sume dh pakat2 nk tutop ldg khinzir.. tp kt tmpt kita ni mcm brlumba2 plak nk bukak..
isk3
kan dah kate hidup cam rode sat bawah sat atei, cam tu gaks peristiwa dunia asyik asyik berulang mende yg sama...
raser cam nak kena mengundi semula...
Salam maksu,
hahaah AF dah tak masuk...pening adeler...
Salam puteri,
Perak tu memang menarik, dia punya moral adalah, hendaklah kita bersabar jangan pakai rembat jer...nilah akibatnya...tapi sebenarnya PR masih tak boleh bertepuk tangan kerana ada agenda yang akan terus dijalankan selepas ini...lagipun PR perlu menghadapi Majoroti BN.....Kerana kerajaan yang ditubuhkan tanpa majaroti tidak mampu untuk menyokong usul, melainkan ia menjadi majaroti...
Macam kes nak lenyapkan babi, kalau nak lenyapkan babi, mesti ada sokongan kalau takda sokongan tak bolehlah alih...so sokonglah mereka yang tak mahu babi... jadi nampak tak konflik yang bakal dihadapi oleh Nizar...melainkan ada PRK baru...;-)
Salam noorlara,
tulah roda ni kalau tak bergerak takpe, ni ashik bergerak tak duduk diam....selut pun dia balun...
PRK dah pasti melainkan ada yang menang tanpa bertanding..;-)
kasihan...
Post a Comment