Malaysia Tanah Airku....

April 22, 2009

Majlis Perjumpaan dan Mesyuarat ASBUDI SMBG


Salam sejahtera, dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Sekolah Menengah bukit Gading (ASBUDI) akan mengadakan mesyuarat dan perjumpaan pada 17hb May 2009, pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang.

ASBUDI, mengalu-alukan penyertaan dari bekas-bekas guru, pekerja dan pelajar Sekolah Menengah Bukit Gading (SMBG) untuk memeriahkan Majlis pada hari tersebut. ASBUDI mengharapkan sokongan yang jitu dan padu dari bekas-bekas guru, pekerja, pelajar, agar ASBUDI dapat meneruskan agenda dan perancangan yang sudah dirancang dan akan dirancang pada masa hadapan.

ASBUDI yakin dengan penubuhannya, ia mampu memberi manfaat kepada semua bekas-bekas penghuni, penghuni dan bakal penghuni SMBG, kearah kecemerlangan modal insan pada masa hadapan.

Perbagai aturcara telah diaturkan, diantaranya Majlis Mengenang Jasa, Penubuhan Angkatan Usahawan Antara Bekas Pelajar dan lain-lain lagi. Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh Penaung ASBUDI, YB. Saudara Abdul Shukor Idrus-ADUN Kuang.

Sumbangan dan bantuan dari bekas-bekas guru, pekerja, pelajar mahupun orang perseorangan juga amat kami hargai. Untuk menghulurkan sumbangan tersebut bolehlah menghubungi terus dengan Saudara Maharin Bin Hamid selaku Setiausaha ASBUDI di email:mahrin@durapsb.com.my atau terus menghubungi saya di email: dekerinchi@gmail.com.

Bagi bekas-bekas guru, pekerja, pelajar yang ingin turut serta bolehlah mengisi form dibawah untuk tindakan lanjut.

BORANG PENDAFTARAN


anjunglarik


Nama:
No. K/Pengenalan
Alamat:
Telefon:
Email Address:
Status Guru
Pekerja
Pelajar
Tahun Persekolahan

free forms | anjunglarik

2 comments:

Mak Su said...

hhhmm, tak dapat nak joinlah... saya bukan alumni... pelawat pun bukan ;p, selamat bertemu rakan2 lama :)

cemana nak hantar karya kat suratkhabar ya de_kerinchi? saya nak terailah

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Kalau nak datang apasalahnya..kalau hendak menderma lagilah tak salah....heheheh

Kalau ruangan aduan memang cepat disiarkan...(hari ni hantar esok pasti terbit...;-)).... tapi kalau versi karya, ikut pengalaman saya akan ikut nasib ...kalau okey tersiarlah.lagi satu kalau ada memebr lagi okey.....selalunya saya guna taktik menghantar beberapa karya serentak (pastkan guna sampul surat berasingan bagi setap karya), pasti ada yang sangkut... ;-)

Blog Widget by LinkWithin