Malaysia Tanah Airku....

April 10, 2009

Kabinet baru Dato' Seri Najib


Assalamualaikum, maaf lama tidak membuat posting, kerana berada di dalam tempoh bertenang... ;-), Semalam YAB. Dato' Seri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (DSN) telah mengumumkan barisan menteri kabinet yang baru untuk tahun 2009 maka banyaklah kedengaran sok..sek..sok..sek dari suara yang ramai, pelbagai pendapat diluahkan......tetapi ada satu pendapat tu, yang saya tidak faham sangat....nampak macam pendapat politik dangkal jer....

Amat pelik, apabila kita perhalusi kenyataan yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (ADIL) Malaysia, Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin (SI) bila menyatakan bahawa terdapat kejutan di dalam lantikan kabinet DSN...Memang ada kejutan....tetapi tidaklah sampai kejutan itu menyebabkan ada kenyataan yang bodoh dan boleh dipertikaikan keluar dari mulut kita....

Sekali dengar, mungkin kenyataan SI macam berwibawa tetapi sebenarnya hampas belaka....Tak salah saya dulu, sibuk semua orang berkata macam-macam pasal Saudara Khairy Jamaluddin (KJ) (termasuk diri saya...;-) ) ....bukan sahaja orang UMNO yang dok sibuk pertikai kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda (KP).....tapi orang Pakatan Rakyat (PR) pun dok kutuk sama, kata mereka, orang UMNO takda perubahan, sebab dok lantik perasuah jadi ketua.....tup...tup....SI boleh cakap kenapalah DSN tak lantik KJ jadi menteri?...Tak pelik ke tu...siapa yang bodoh...? Tak baca surat khabar ke...? atau buat-buat tak tahu....? Atau memang beliau ni terkhilaf pandangan..tapi malu ehh seorang pemimpin tertinggi cakap..tak ikut arus....cakap ikut sedap mulut...

Dah tentulah kalau KJ tak dilantik tu pasal ada sesuatu perkara yang menghalang beliau dilantik sebagai menteri...lagi mahu tanyakah.....?

Lagi satu, apasallah dengki sangat kat Tun Dr. Mahathir Mohammad (TDM), Ha...kotor sangatkah kalau Datuk Mukhriz Mahathir (DM) ada dalam kabinet....? Bagilah sebab pasal apa DM tak boleh dok dalam kabinet...? Adaker undang-undang melarang perlantikan beliau....? Kata pejuang keadilan, jadi nyatakanlah fakta, kenapa DM, tidak boleh ada di dalam kabinet..?...

Jangan syok sendiri jer bagi kenyataan, adil sangatkah kenyataan kau tu.....Wahai SI..., karang, cakap kau tak sekolah, kau marah....tapi baik kau betulkan sikap kau tu dulu....cakap biar ikut akal bukan perut.....

So rasanya kalau nak jadi pemimpin kenalah ada peribadi yang baik dan tidak mempunyai spekulasi,(yang macam kau cakap tu kan SI?), maaf yer teremosi sikit, tapi ini benar, sebab kenyataan kau dah keluar akhbar (bukan akhbar-akhbar yang PR boikot tau...), kalau akhbar salah ..kau taruk lah sama akhbar tu.....;-)

Senarai Barisan Kabinet Baru :


PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tan Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri


1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurus an Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri. Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3.Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Peransang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharomm (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk SK Devamany
4. Ahmad Maslan
5.T Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adik Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri MuhyiddinYassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Hang Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS,TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Sang

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri.: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahrnad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim
2.Wee Jeck Sang

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERTAN WILAYAH PERSEKU'TUAN:

Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri : Datuk M. Saravanan

fuhhh....abih dah menaip...banyak tu... ;-)

p/s: Prestasi para Pak Menteri, akan di nilai setiap enam bulan, ...eloklah tu...sebelum rakyat menilaikan mereka dalam PRU yang akan datang, selamat bertugas.. ....

6 comments:

wahida said...

ala..tak heran lah diorang nih..ape saja yg BN buat seme akan jadi salah..yg betul pon salah...they will find the opposite way. Tidak berfikir & meluahkan secara jujur..

de_kerinchi said...

Doc,

Tulah pasal, sebenarnya pendapat kalau ikut akal, ada kebenarannya,adil,dan tidak berat sebelah, kita masih boleh terima....

Untung juga kita yang dok kat tempat yang ada sumber maklumat terkini dan berbagai, ini boleh mendapat berbagai sumber-sumber alternatif untuk dipertimbangkan, tetapi agak kesian bagi mereka yang tidak ada kemampuan untuk menerima sumber maklumat yang berbagai ini, mereka terpaksa menerima sumber maklumat yang satu, walaupun maklumat itu sebenarnya tidak tepat dan boleh dipertikaikan....

lepat pisang said...

Ini adalah akibat asyik hendak cari salah orang lain...sampai lupa apa yang pernah diunggkapkan dulu...

Tetapi tak hairan sebab mereka ni memang sejak dulu lagi macam tu....asyik bangkang jer...bila kes nak selesai.. ;-)

Mak Su said...

tq ya de_kerinchi dgn info kabinet ni... saya ni dah lama tak baca suratkabar, penjimatan gitu, nak masuk online plaks asik tak sempat jer :(

Anonymous said...

Sebenarnya tidak kira siapa memerintah, kalau mereka ikhlas berjuang untuk rakyat, maka rakyat akan menerimanya.

tetapi kalau dah selalu tersasul, lama-lama rakyat pasti akan terhidu kelemahannya.

Mak Su said...

ada award utk anda

Blog Widget by LinkWithin