Malaysia Tanah Airku....

March 31, 2009

Ketua Pemuda Anti Klimak...?


Pilihan Raya Kecil (PRK), yang akan berlansung pada 07 april ini, Barisan Nasional (BN), dilihat terpaksa memulakannya dengan langkah kiri...rentak perjuangan agak serabut dan macam ada yang tidak kena....mahu atau tidak BN kena terima hakikat bahawa BN belum bersedia untuk bertempur di Bukit Gantang (BG), Perak dan Bukit Selambau (BS), Kedah. Ada isu yang belum beres dalam BN.

Manakala harapan cerah BN, mungkin sepenuhnya tertumpu di Batang Ai, Serawak ekoran Sarawak merupakan kubu kuat BN dan masih mempunyai sentimen serta nostalgia yang kuat terhadap pemerintahan BN, buat masa ini.

Sebenarnya isu pokoknya ialah tentang kekuatan kompenen utama dalam BN iaitu UMNO, dalam menghadapi isu-isu yang dimainkan pembangkang mahupun isu-isu yang sengaja menempah maut, yang direka oleh segelintir ahli-ahli UMNO sendiri.

Sesungguhnya Perhimpunan Agong UMNO (PAU), yang baru sahaja selesai tempoh hari, merupakan satu titik penting bagi rakyat menilai sejauh mana kesungguhan dan kekuatan UMNO untuk menempuh permainan politik dan menyelesaikan isu-isu semasa Negara.

Penghujung Perhimpunan Agong UMNO itu juga telah, menyaksikan UMNO membariskan, Barisan kepimpinan yang dilihat mantap, sejak ia wujud buat kali terakhirnya pada zaman kepimpinan Tun. Dr. Mahathir Mohammad (TDM). Malah kehadiran TDM, pada hari terakhir PAU dilihat sebagai titik klimak, bagi kebangkitan dan penyatuan kembali UMNO dari zaman suramnya. Malangnya titik klimak ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Perlantikan saudara Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai Ketua Pemuda (KP), dilihat sebagai plot anti klimak yang paling utama dan menjejaskan imej parti. Pendek kata "kacau daun"..... walaupun pada dasarnya beliau dilihat sebagai seorang calon yang agresif, berwawasan dan mempunyai ciri-ciri KP yang mantap, tetapi disebabkan isu rasuah yang membelenggu diri beliau, telah menampakkan, beliau sebagai seorang KP yang "kotor"....

Pasti kita akan berkata, bukankah elok kalau saudara KJ, tidak disabitkan dengan rasuah...? Pasti ramai orang boleh menerimanya, dan tidaklah beliau, sinonim dengan sindrom "Boo...". Malangnya beliau memang bersalah....dan memburukkan lagi keadaan apabila beliau yang mempunyai pencalonan yang tercorot, tiba-tiba mendapat kemenangan yang drastik pula..... ini semua menguatkan lagi anggapan bahawa ada perkara yang tidak elok telah dilakukan sesama Perwakilan malah persepsi suka "rasuah" telah menjadi buah mulut orang. Malah Perwakilan yang memilih saudara KJ juga terpalit dengan isu jati diri, sikap dan pendirian. Ini semua boleh merencatkan kebangkitan UMNO.(Sendiri buat, sendiri tanggunglah... ;-) )

Walaupun saranan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Abdul Syukor Idrus,agar yang kalah dapat berganding bahu untuk membantu KP yang baru memantapkan barisan boleh dilihat sebagai satu jalan penyelesaian, tetapi itu memang tidak cukup untuk menghadapi PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Saranan ini mungkin dapat membaiki keadaan struktur dalaman Pergerakan Pemuda UMNO, tetapi bukan pada mata, pendengaran serta pemikiran rakyat terbanyak.

Buat sementara ini, mungkin UMNO memilih untuk berkompromi sahaja tentang isu-isu yang terbangkit dalam PAU yang lepas, kerana kesuntukan masa bagi menghadapi PRK pada 07 April akan datang. Yang penting buat masa ini adalah bersatu untuk mencapai kemenangan di tiga PRK tersebut. Walauapapun keputusan yang akan terhasil nanti ia pasti merupakan "turning point" bagi kedua-dua parti samada BN atau Pakatan Rakyat (PR). Kalau PR berjaya memenangi kerusi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ini bermakna rakyat sudahpun memberi isyarat jelas bahawa BN dan UMNO masih lemah dan masih dianggap belum mahu berubah.....Kalau sebaliknya berlaku maka BN amat bernasib baik dan harus segera mengorak langkah untuk merampas kembali era kegemilangannya yang hilang.

UMNO, juga jangan lupa atau buat-buat lupa untuk mengikis segala persepsi buruk yang telah wujud dalam UMNO itu sendiri, agar ia terus dianggap masih releven di mata ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya. UMNO tidak harus berhenti setakat itu sahaja, imej nya harus dipulihkan segera..segala anasir-anasir anti klimak harus diklafikasikan dengan terang dan masuk akal....bukan separuh boleh...separuh tidak boleh....a.k.a. terpilih-pilih

p/s: Walauapapun selamat berjuang kepada semua sahabat dan rakan-rakan, lawan tetap lawan....

6 comments:

Mak Su said...

AF transformasi, mereka pun transformasi... semoga lebih hebat gah dan sukses....aminnn.

rakyat dah makin ramai yang boleh 'membaca'.

noorlara said...

mudah-mudahan yang patut memang akan menang, dah muak tahap katak ni....

USD said...

Salam, kak Ijat, Rosnah, shanim pun ketinggalan dr segi pencalonan...tp perwakilan memilih mereka. Adakah kita bmaksud mnafikan hak perwakilan utk memilih org lain selain pdahulu pcalonan?

de_kerinchi said...

salam maksu,

semoga suksess....dan bangkit kembali


salam noorlara

ya harap yang menang mengikut saluran...

salam ustaz....

bukan menafikan kelayakan hak memilih perwakilan....tetapi suara perwakilan membawa suara-suara yang meberi mandat kepadanya...adakah perwakilan berhak dari segi moral untuk menafikan hak-hak akar umbi yang sudah menentukan keputusannya sebelum ini...? kalau ia adalah hak perwakilan, macam yang saya sarankan takperlulah buat pemilihan diperingkat cawangan dan bahagian....apa perlunya kami akar umbi ini terhegeh-hegeh datang ke mesyuarat untuk memutuskan pemilihan yang tidak dihormati dan digunapakai oleh perwakilan...apa sebenarnya fungsi kami penyukong-penyokong bawahan ini...? Sekadar melengkap syarat...? Sekadar boneka...? fikir-fikirkanlah...? Memang ada yang tak kena ....

noorlara said...

wah dapat PM baru ye, seronok ke? doakan dia dapat hidayah dari Allah

Hamba Ilahi said...

Kemenangan pakatan rakyat kali ni membuktikan lagi betapa bn perlu mengadakan anjakan paradigma yang drastik. mohon pada Allah s.w.t agar pemimpin yang menang dapat mengubah negeri menjadi negeri yang maju pembangunannya berpasakkan kecintaan pada Ilahi.amin.

Blog Widget by LinkWithin