Malaysia Tanah Airku....

March 26, 2009

Adakah Amanah Akar Umbi Dikhianati Perwakilan..?


Semalam sudah berlansungnya Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, dengan mempamirkan keputusan-keputusan yang memberansangkan dan ada juga yang agak meragukan. Tetapi keputusan pemilihan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNOlah yang memang sangat ditunggu-tunggu. Dimana keputusan yang diumumkan, bakal mencorak gerak Pemuda UMNO hatta UMNO itu sendiri, pada masa hadapan. Keputusan ini dijangka amat mempengaruhi sokongan dan pandangan orang pada UMNO kelak.

Sekitar jam 8.50 malam saya tidak berada di PWTC, saya telah menerima SMS awal dari sahabat saya, yang masih lagi bertapa di PWTC mengatakan Dato' Mukriz menang....saya merasa kurang yakin, dengan info tersebut...sebab keputusan rasmi belum dikeluarkan....dan macam-macam perkara boleh terjadi...

Saya menjangkakan saingan memang sengit dan sokongan kepada Saudara Khairi Jamaluddin (KJ) adalah amat luar biasa...( hevoc...). Tetapi memandangkan sokongan dan pencalonan akar umbi lebih kepada Dato' Mukhriz, maka saya berfikiran bahawa sudah tentu kemenangan akan berpihak kepada beliau.

Tetapi, apabila keputusan rasmi diumumkan, degupan jantung saya bagai terhenti bila mendengar keputusan sebaliknya berlaku....aneh sungguh...!!!

Bagi saya, memang tidak kisahlah ...kerana adat bertanding memang ada kalah dan menang..selepas ini barisan hendaklah dirapatkan dan Pergerakan Pemuda akan meneruskan agenda perjuangannya....

Tapi....tunggu dulu.....!!!! sebelum kita merapatkan barisan Pemuda selepas ini, saya merasakan Pergerakan Pemuda akan mendapat laluan sukar (mungkin kah...?, tapi pasti...), kerana.....

1) Tak salah saya, Dato' Mukriz telah menerima pencalonan tertinggi dari akar umbi, sedangkan saudara KJ seperti yang diketahui ramai, agak lambat "pickup" dari segi pencalonan....Persoalannya......Adakah para Perwakilan, membawa mandat yang diberikan oleh akar-umbi dengan sejujur-jujurnya....? Apa jadi dengan siri pencalonan tersebut....? Keputusan menunjukkan seolah-olah ada Perwakilan telah menghianati amanah dari akar umbi.....!!!!

Mengapa Perwakilan mengkhianati hasrat akar umbi ? Sedangkan Perwakilan-Perwakilan ini datangnya dari Bahagian-Bahagian yang telah mencalonkan calon-calon ini dan mereka diberi amanah untuk mewakili Bahagian bagi menyatakan atau memberi gambaran siapa yg mereka mahu untuk dijadikan Ketua Pemuda....Adakah pencalonan di peringkat Bahagian tersebut boleh ditukar-tukar...? Jika boleh, apa gunanya Mesyuarat Pemilihan Bahagian diadakan...? Baik bagi sahaja Perwakilan-Perwakilan Bahagian sahaja tentukan, tak payahlah akar-umbi dok buang masa sahaja....

.........Ternyata UMNO belum, sepenuhnya mahu berubah.....!!!

2) Kalau kita ketepikan soal amanahpun, akan timbul persoalan...? Agaknya kenapakah Perwakilan masih lagi mengangkat KJ sebagai Ketua Pemuda?, sedangkan sebelum bertanding, imej beliau telah pun tercalar, dek disebabkan Kj telah didapati bersalah oleh Lembaga Dispilin (bukan tuduhan rambang)kerana mengamalkan "rasuah"....Kemanakah rasionalnya pemikiran Perwakilan-Perwakilan ini, apabila membenarkan Pergerakan Pemuda, diterajui oleh orang-orang yang bermasalah...

Selepas ini Pergerakan pemuda terpaksa bekerja keras untuk menahan, serangan pembangkang atas isu "Pemimpin UMNO masih korup sebab, Ketua Pemudanya terdiri dari orang yang korup...!!!!"

....Ternyata UMNO sekali lagi masih belum, sepenuhnya mahu berubah.....!!!

Dalam hal ini saya bukan mengikut emosi, kerana calon sewajarnya tidak menang....tetapi sila jawab tentang soal etika, keikhlasan, amanah dan keboleh percayaan yang ada pada diri Perwakilan-Perwakilan Pemuda itu sendiri...sebelum soal emosi saya, dibahaskan....Nampak sangat pendapat akar umbi ini dipandang "enteng" oleh para Perwakilan-Perwakilan sejenis ini...

Nampaknya Dato' Najib kena berkerja lebih keras untuk menampan isu ini....Saya sangat bersetuju apabila saranan Dato' Najib untuk menggubal peraturan UMNO pada masa hadapan...Saya yakin biarlah amanah pemilihan calon peringkat tertinggi diserahkan terus kepada akar umbi....selain dari mengelakkan "rasuah", ia juga akan mengurangkan peranan Perwakilan untuk tidak bertindak secara jujur,tidak amanah atau mungkin juga "makan suap"...Itupun kalau kita boleh menang besar dalam PRU akan datang....

p/s: UMNO masih belum mahu berubah....ingatlah kuasa masih di tangan akar-umbi...kan Dato' Najib dah bercakap, jawatan-jawatan dalam UMNO ni semua tidak penting jika UMNO itu sendiri tidak memerintah negara....Jadi sampaikan hasrat akar-umbi...laksanakan tugas yang diamanahkan...barulah akar-umbi percaya dan yakin pada pemimpin...jadi marilah kita berubah dan rapatkan barisan dan teruskan perjuangan...tetapi silalah betulkan UMNO itu dengan bersungguh-sungguh...kesian bila lihat undi semakin menjauhi UMNO...Jangan dok cakap kat mulut jer...tapi ekor bergelumang tahi...!!!!

6 comments:

Anonymous said...

Pergi jahanam, sama Perwakilan belot...cakap tak serupa bikin...

Anonymous said...

dah cakap, orang UMNO ni bila dikasi kuasa akan lupa diri.mana nak dengar cakap rakan seumno yang dianggap kasta rendah...porah...!!!

Anonymous said...

KJ, KJ, KJ, KJ..... Syabas ;-)

Anonymous said...

kj4all, semoga anda gembira dengan kebodohan anda...memilih pemimpin korup

KJ+ Perwakilan UNDI KJ= Pemuda x bermaruah...tipu orang ajer

ayamsabung said...

Bagi saya bukan soal jeles KJ menang ke tidak..atau tak boleh menerima kekalahan...

Tapi pointnya....

1) Perwakilan-perwakilan tega membelakangkan keputusan pencalonan yang dibuat sebelumnya.

2) Perwakilan yang buta hati ini, tega pula merelakan KJ yang rasuah, ditabalkan sebgai pemimpin.

Rata-rata blog penyokong kj yang saya ikuti komennya, rata-rata tidak menjawab persoalan asal diatas. Komen standard yang diterima terimalah sahaja Kekalahan calon anda...!!! Bodoh betul alasan tu....Perwakilan (yang dok ecah amanah sahaja)Pakai baju melayu macam orang-orang elit tapi pemikiran jumud lagi terkebelakang.

Hasrul Halid said...

Nampaknya 'perwakilan' rela menjadi pelacur terhormat. Asal ada yang sanggup bayar, mereka sanggup 'mengangkang'!

Aduh!

Blog Widget by LinkWithin