Malaysia Tanah Airku....

March 19, 2009

Keadilan dijalan kelam.....?


Mengikut Tan Sri Mohd Isa Samad, jangan pertikaikan keputusan Lembaga Displin UMNO....Tapi saya rasa itu cara politik UMNO dulu-dulu....Zaman la ni kita kena bersuara...tak semstinya apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi tu semuanya betul....Apatah lagi kalau wujud kemusykilan, atas sesuatu tindakan, maka penerangan yang masuk akal, haruslah dituntut dengan sempurna dan seperti orang berakal juga.

Kalau Datuk Seri Mohd Ali Rustam digantung kerana disahkan bersalah....Kenapa hukuman yang sama, tidak dikenakan kepada, Naib Ketua Pemuda UMNO, Saudara Mohd Khairy Jamaluddin...?

Bersalah tetap bersalah, kenapa perlu harus dibezakan dengan kekukuhan hubungan antara Calon dengan Pelobi? Kalau bukti tidak kukuh maka jatuhlah hukumannya sebagai tidak bersalah...kerana bukti dan kaitan adalah tidak kukuh dan masih samar-samar...

Sebaliknya kenapa pula gatal-gatal, mengatakan KJ bersalah, tetapi tidak digantung....Kan lebih molek berkata "KJ Tidak bersalah. maka dia tidak harus digantung" atau "KJ memang bersalah dan harus menerima hukuman pergantungan seperti yang lainnya..."...haa...barulah adil dan tidak menjadi buah mulut orang serta menimbulkan sebarang spekulasi....

Kalau benda macam ini, ahli UMNO dilarang untuk mempertikaikannya, sampai bila UMNO nak kembali disegani...macam ada perkara yang tidak kena...seolah-olah, hukuman buat ikut rasa hati...

Saya juga tidak berapa setuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.. yang mengatakan bahawa "Tidak ada tindakan yang boleh diambil atas sebab tindakan displin yang dikenakan oleh sesuatu parti, kerana itu hal dalaman...."

Macammana tu....? Kalau rasuah diberi atas tiket kepartian maka dibolehkan....Saya memahaminya seperti ini (Kalau salah sila perbetulkan saya)...:

"Sekiranya seorang itu melakukan rasuah, di mana perasuah dan penerima rasuah merupakan orang yang berada di dalam satu entiti yang sama, maka ia dianggap masalah displin , maka perlakuan rasuah tersebut tidak termasuk di dalam bidang kuasa SPRM...."

Wah kalau betullah begitu, sedap sungguhlah buat rasuah tak perlu risau, SPRM tak ganggupun...

Haaa lagi satu, budaya tunggu, report ni paling saya tak faham....di era serba moden ni pun nak tunggu report baru boleh buat kerja...yang terpampang kat akhbar tu apa....bukankah berita yang menyebut bahawa si anu tu telah merasuah si anu....Melainkan semua akhbar ini tidak boleh dipercayai..kalau macam tu sila siasat kenapa akhbar buat berita begitu...? makan rasuah kot... ;-)...

Habis tu pegawai-pegawai SPRM, buat kerja apa....?, secara logiknya, sebagai seorang pegawai yang seharusnya peka mengenai isu rasuah, tidak bolehkah pegawai tersebut melapurkan bukti-bukti nyata rasuah untuk diadili tanpa menunggu laporan awam dibuat.....(Sila betulkan saya jika salah)

p/s: Kusut memikirkan, sampai isu bomoh pun boleh wujud di Putrajaya yang moden ni....apalah malang nasib mu Wahai Paklah ......ada sahaja isu yang setaraf badut muncul dari awal hinggalah saat nak pencen ni....Psss...longgar betul kawalan di Puterajaya...Pejabat PM tu...kalau taruk bom macam mana...?

5 comments:

Mak Su said...

saya ni lately, naik malas nak tgk berita... naik jelak dgr berita politik. tapi kalu tak dgr, tak tahu plaks keadaan semasa :(

Puteri said...

1- sy pun ade trbc tjuk satu artkl dlm paper, lbh kurg mcm ni, smua yg trtulis kt situ ddpati brslh, ttp KJ xdjtuhkn hukumn. truja juga jnp dia mndpt keistimewaan ya? di dalam Islam sndiri klau ank pemimpin, hatta pmmpin itu sndiri ddapti brslh, mka hukuman ttp prlu dilkasanakn. klau xslh sy, pd zaman khalifah umar dlu, anknya diragui mlakukn zina, maka umar mrelakan anknya dhukum jika bnr ddapti brslh.

2-brkenan SPRM..hurm.. stahu sy ianya trletak dbwh krajaan..jd agk rumit utk malkukn 'krja dgn brsih'. sy tdk mgatakan ianya 'kotor', cumanya apbila 'kita' mmpunyai kpntgn kpd ssuatu badan, maka adalah logik 'kita' memenangkan badan tersbut. jd pada pndpt saya, pncgh rsuah, election committe dan yg brkenan adlh dltkkn di bwh prlimen krn prlimen adalah 'lbh brsih'.

3-skdr pndgn, skian. =)

Anonymous said...

salam

Sebenarnya saya rasa pelik dengan pimpinan UMNO termasuklah ahli lembaga displin...tuh...macam rakyat ni tak nampak ker begitu tak masuk akalnya alasan mereka itu.. tak faham-faham lagi yang sekarang ni ramai yang dah boleh fikir sendiri...

Anonymous said...

takda akal dah tahu perasuah, bagi jawatan jugak

noorlara said...

salam kenal dan kunjungbalas.
Naik malas bila citer pasal politik UMNO yg tak matang-matang walau dah 50 tahun umonye

Blog Widget by LinkWithin