Malaysia Tanah Airku....

March 12, 2009

Pakej Ekonomi, Siapa Yang Teransang?


Pakej Ekonomi, siapa yang teransang? Rakyat atau ahli politik...?

Rasanya ada petanda jelas betapa ransangan ekonomi ini membuka ruang untuk ahli-ahli politik teransang untuk melatah, hingga tidak mahu merujuk kepada suatu sumber sebelum membuat komen.... semuanya atas fikiran sendiri, tanpa muafakat.

Lazimnya, kalaulah kita hendak mengadakan mesyuarat lembaga pengarah, kita akan sekurang-kurangnya berpencak silat selama seminggu, untuk menyediakan bahan dan sumber sebelum kita pergi bermesyuarat....semua fakta mesti tepat, kalau tidak pasti kena "smash" dalam sidang mesyuarat.... Inikan pula peringkat yang lebih tinggi, seperti Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Persekutuan....sepatutnya semua sumber sudah dipastikan, perisai pun sudah disediakan, barulah mengeluarkan "peluru", agar kita tidak nampak macam seorang badut, asyik digelakkan orang.....

Dok kerajaan menguar-uarkan, pakej ransangan ekonomi sebanyak 60 billion Ringgit Malaysia, tiba-tiba terdengar suara dari PAS (Anggota Pakatan Rakyat (PR)), melalui Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan dari manakah wang sebanyak itu akan diperolehi......okey.... nampaknya bagus juga soalan itu....!!!!

Tiba-tiba, Ronnie Liu Tian Kiew , ADUN DAP, Pandamaran yang juga cabang dari PR, mengatakan 60 Billion tu tak cukup, harus ditambah lagi, wah gawat ni..... Yang sorang kata mana nak cari sumber tu, yang sorang lagi kata, ehhh mana cukup tambahlah lagi...wahhhhh pening ni...mana satu nak ikut.... ;-)

Rasanya teguran, oleh ADUN Kuang, YB, Abdul Syukor lebih masuk akal, bila mempersoalkan darimanakah RM50 Billion, pakej ransangan ekonomi Negeri Selangor nak dikorek...? Ialah bayangkan apabila Kerajaan Malaysia merancang memperuntukkan 60 Billion untuk projek teransangnya..., pun telah menyebabkan PR rasa macam tak percaya, inikan pula, Kerajaan Negeri Selangor, nampaknya Pakej teransang Kerajaan Negeri Selangor...hampir-hampir mampu "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan kerajaan Pusat....Pelik juga tu....Banyak betul duit Negeri Selangor ni...

p/s: Takpalah jangan dok syok teransangsang sendiri, tetapi rakyat bawahan habukpun takda.....apapun tahniahlah atas inesetif mengwujudkan projek rangsang-merangsang ni....sekurang-kuranngnya dapat melegakan hati kami semua....

4 comments:

Mak Su said...

terangsang nak tengok sapa yang terangsang :)

arsaili said...

salam..ahahhaaha catchy nya tajuk

ayamsabung said...

salam tuan

berjuang sekerat-sekerat dan terpilih-pilih (pinjam ayat jap) tak layak digelar pejuang....

A Samad dah nyanyuk ker...

Puteri said...

smoga krjaan selangor brjaya mrelisasikn manifesto2, jnji dan prncgn mrka.

Blog Widget by LinkWithin