Malaysia Tanah Airku....

February 26, 2009

Pejuang Kah kita...?


Saya, sememangnya sudah letih dan lali dengan orang-orang yang dikatakan pejuang bahasa (konon) ...tetapi benarkah mereka ini semuanya pejuang bahasa yang tulin...?

Saya merasa amat ragu sekali dengan agenda dan ketahanan mereka...

Kenapalah agaknya pejuang bahasa (konon), baru kini hendak terlolong-lolong membantah PPSMI...? Kenapa tidak enam tahun dahulu....? Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya...? Agaknya kalau rebung pada tahun 2003, sekarang ini 2009 sudah jadi apa yer...? dah masak lemak rebung kot....dah jadi tahi....kembali ke tanah....atau balik ke asal...(macam pernah dengar je;-))..

Walaupun belum lagi terlambat untuk diperjuangkan, tetapi rasa sangsi saya amat meruntun jiwa...kerana perjuangan ini tampaknya hanya kepada kes-kes yang terpilih...malah waktunya-nya juga turut teralih-alih, amat meragukan sekali keikhlasan pejuangan mereka ini...

Saudara "Sasterawan Negara", Datuk A. Samad Said yang rela hilang mahkotanya..jelas merupakan tokoh idola bahasa saya sejak dari dahulu lagi....Ternyata semangat untuk berjuang memartabatkan bahasa Malaysia. memang amat mengharukan sekali.....

Tetapi maaf dipinta, sekali lagi saya bertanya...Kenapa sekarang....? bila daging sudah membarah, mampukah kita untuk melapahnya.....?

Tanya saya lagi.....,

Dimanakah suara mereka ini semasa Bahasa kebangsaan diinjak-injak di papan-papan tanda...? Ini bukan hanya berkisar kepada kes-kes papan tanda di kawasan-kawasan pimpinan PR sahaja...tetapi juga, papan-papan tanda yang wujud di merata-rata pelusuk negara..yang dari dahulu lagi, jelas menggunakan nahu dan tatabahasa yang terpesong...Malah saya masih ingat lagi saya pernah membaca buku terbitan DBP sekitar tahun 70an mengenai kesalahan yang wujud semasa penggunaan Bahasa Kebangsaan...Tahun 70an...dengan tahun 2009 sungguh jauh jarak masanya..tetapi Bahasa Kebangsaan tetap di anak tirikan...sampai sekarang pun DBP akan menggunakan alasan aduhhh....kami masih tiada kuasa..itu semua diluar bidang kuasa DBP...!!!! Sampai bila agaknya, perkara ini akan terletak diluar bidang kuasa DBP....?

Dimanakah mereka semasa perjuangan menukarkan semua dokumen-dokumen rasmi di Mahkamah, dan pejabat-pejabat peguam termasuk perjanjian jual beli ke Bahasa kebangsaan...? Kali terakhir saya melihat Perjanjian jual beli rumah, berbahasa kebangsaan ialah pada empat tahun yang dahulu itupun telah diusaha dan dijayakan oleh panel peguam dari anak syarikat PKNS...tapi kini, pi mai..pi mai...tang tu juga....

Dimana semangat, mereka semasa negara berlumba-lumba menamakan bangunan malah tempat-tempat di Putrajaya dengan nama yang asing-asing belaka....? Hai dahulu takut mati ker....? Atau hanya tunggu dan lihat, masa yang sesuai untuk menonjolkan diri...?

Takkanlah di usia senja ini, baru tersedar dari lena yang panjang....baru mengetahui... wah...dunia melayu ku rupanya amat luas sekali....rupanya aku tidak sedar bahawa...dunia melayu ku yang luas ini, sudah dilitupi oleh bahasa-bahasa asing....malah nama anak-anak bangsa ku sendiri sudah mula membelit-belit lidah untuk disebut....malah ingatan ku tidak mampu mengingati dengan sempurna....

Saya juga mahu tahu apakah pendirian saudara-saudara perjuang bangsa (konon)...ini ingin kata, apabila ...

AP Bukit Mertajam, Chong Eng menyarankan Kerajaan, supaya kerajaan menggunakan kepelbagaian bahasa dalam urusannya....? Belum habis lagi, hendak menamatkan era penggunaan Bahasa Inggeris dan nak diselitkan bahasa lain...pula....Bijak-bijak...

Tidak malukah pejuang bahasa, apabila Chong Eng telah menyalahkan sistem pendidikan yang menyebabkan beliau tidak fasih berbahasa kebangsaan....Apakah tidaknya...kerana tidak ada kesungguhan...malah hangat-hangat tahi ayam...Dahulu Pejuang-pejuang bahasa, agaknya terlupa untuk memperjuangkan "satu sekolah satu bahasa pengantar" sekarang apa dah jadi....? Sendiri mahu ingatlah...

p/s: Kemanakah akan akhirnya kemelut ini....Janganlah kehidupan pejuang-pejuang bahasa ini hanya disekitar sajak, puisi dan novelnya sahaja....kerana alam yang luar ini lebih banyak karenahnya....

4 comments:

taipingmali said...

==============================================================================
Berita gembira buat penyokong Pas, Pkr dan bloggers Pro Pakatan. Awal-awal lagi mereka sudahpun berdendang sayang dan berwel wel karawalee, bergelak-ketawa untuk meraikan kemenangan terhadap Raja ular ini.

Di estet-estet dan kuil hindu mungkin satu majlis keagamaan akan dijalankan meraikan kejayaan Raja Ular ini. Begitu juga dengan surau dan markaz akan mengadakan solat hajat supaya dikembalikan pemerintahan kepada PR.

Pas akan terus menyembah patung Raja Ular ini agar kemenangan berpihak kepada PR. Selain itu patung Karpal juga akan diukir dan diletakkan di semua markaz Pas, sebagai tanda sokongan kepada usaha Karpala menentang sistem beraja. Anwar punya patung nak letak mana? Anwar letak di tengah lah. Sebab dia ketua.

Muslihat Raja Ular ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengangkat kembali kerajaan Dap atau kerajaan Republik Perak. Perak akan menjadi negeri Republik pertama di Malaysia.

Kerajaan baru republikan meletakkan perlembagaan negeri atau undang-undang tubuh negeri Perak di Muzium Perak Ipoh atau Taiping. Perak akan menjadi negeri sekular pertama pada 3 Mac ini.

Nizar akan di ketepikan dari jawatan MB kerana beliau hanya dilantik menjadi MB setelah diperkenankan oleh Sultan Perak. Sebelum ini pun Ngeh dan Sivakumar menentang keras perlantikan Nizar dari menjadi MB. Mereka DAP mahukan Dato Ngeh menjadi MB.

Bila Ngeh dilantik menjadi MB pada 3 Mac ini , Nizar sekali lagi akan dilucutkan jawatan menteri besar oleh Sivakumar dan Ngeh. Semuanya kerana Pas hanya parti terkecil di Perak. Pas boleh ditunjukkan jalan keluar oleh DAP.

Sekali lagi unit Amal Pas akan mengadakan demonstrasi jalanan untuk menagih simpati dari rakyat Perak. Sekali lagi Nizar dan kuncu-kuncu akan melarikan kereta Camry untuk mengelakkan dari dirampas oleh Ngeh.

Pas yang dahulu nya abang adik dengan Dap akan bersengketa dan saling kafir mengkafir. Dap mengkafirkan Pas dan Pas mengkafirkan Dap.

Elok lah 2x5= 10. 5x2+10, Pkr sudah terkedu ketika itu, nasi sudah jadi bubur, Amerika akan meletakkan satu ketumbukan tenteranya di Lumut. Hummer dan pesawat Awac berkampung di Lapangan Terbang Ipoh.

Melayu sekali lagi masuk hutan cari pucuk paku, cari sagu untuk makan tengah hari. Anak-anak kecil menangis kesejukan, menangis minta susu. Kucar kacir melayu Perak. nak lari mana? semua pintu sempadan dah ditutup. Melayu akan jadi seperti Palestine di Gaza. menanti saat kematian.

Anonymous said...

Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU.

Anonymous said...

ataupun pada tahun 2003 pejuang bahasa melayu ini tidak aware pasal penggunaan BI dalam pembelajaran d sekolah? ye la... kan dia takde anak kecil... hehehehe.

Puteri said...

mmg sgt2 mragukn. ada sotong dibalik nasi kah?

yg lg pelik adalah knp tukarkan 'bahasa melayu' kepada 'bahasa kbgsaan'?

smakin pelik smua bangasa mmpunyai bahasa sndiri,
india dgn bhs tamilnya
cina dgn bhs mndarinnya

melayu? kita tak punya apa2 kerana bahasa kita bahasa 'kbgsaan' yg mn bumiputra dan bukan bumiputra sm2 'mmilikinya'.

"mati bahasa matilah bangsa"

Blog Widget by LinkWithin