Malaysia Tanah Airku....

March 05, 2009

Sidang Bawah Pokok tindakan terkebelakang -Abdul Syukor Idrus


KUANG- Tindakan speaker Dewan Undangan Negeri Perak - V Sivakumar bersama 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengadakan sidang tergempar di bawah pokok berhampiran Bangunan SUK di Ipoh kelmarin didakwa adalah tindakan yang terkebelakang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan 27 Adun itu yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas menghadiri persidangan berkenaan menunjukkan mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan negeri bertukar serta ditadbir Barisan Nasional (BN).

"Tindakan mereka itu bukannya mendapat simpati rakyat, tetapi rakyat mentertawakan tindakan mereka. Saya harap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bermuhasabah bahawa rancangan manusia tidak dapat mengatasi rancangan ditentukan Allah."

"Perkara yang dilakukan oleh mereka adalah perkara luar biasa apabila wakil rakat PR bersidang di bawah pokok sedangkan mereka berpelajaran dan mempunyai ilmu", katanya.

Abdul Syukor berkata, cara mereka tidak masuk akal dan sepatutnya mereka perlu menerima keputusan yang dibuat apabila majoriti ADUN di Perak berpihak kepada BN dan sudah tentu PR tidak boleh jadi kerajaan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan Sivakumar bersama 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengadakan sidang tergempar di bawah pokok berhampiran Bangunan SUK di Ipoh kelmarin.

"Mereka perlu mematuhi dan menghormati Perlembagaan Negara, Undang--Undang Tubuh Negeri yang diguna pakai dan memberi kuasa kepada Sultan untuk memilih Menteri Besar dan keputusan Baginda untuk mengadakan persidangan DUN", katanya.

Beliau berkata, PR perlu melihat perkara yang berlaku dengan hati terbuka dan tindakan pertukaran pimpinan negeri daripada PR kepada BN, malah ia juga sebagai pengajaran kepada kepimpinan PR yang sentiasa bercakap mengenai "lompat parti" untuk menubuhkan kerajaan di negara ini.

"Barangkali kejadian ini adalah pengajaran kepada mereka bahawa rancangan yang akan mereka lakukan terkena pada diri mereka sendiri", katanya. - Sinar Harian 05/03/2009

p/s: Ada sahabat berkata "Nabi pun bermesyuarat di bawah pokok Kurma", memang benarlah ungkapan itu, tapi nabi juga bergerak menggunakan unta, tidak menggunakan CAMRY.... ......jadi adakah sunah nabi itu terpakai ke atas perkara yang terpilih-pilih sahaja...? mengikut masa, tempat dan keadaan...? tepuk dada tanya iman....

2 comments:

Mak Su said...

saya rasa, venue tak kisah. tapi intipati itu yg pntg

Puteri said...

sokong maksu.

bg sy sndiri, sy tidak mnfikn bhw krjaan yg dilantik br utk mmrntah perak adalah sah. ya, kerajaan bwh pmpinan BN adalah sah. tp jgn dilupa, krajaan PKR juga adalah sah utk mmrintah.

kkcohn timbul krn prlntikan yg kedua. how come? siapa yg mncetuskan kkchn tersbut? i have only the question..the answer.. . ?

musykil juga dgn msalah ini.

tp stkt yg sy blajar, yg prtma itu harus lbh di'aula'kan krn dia yg prtama.

Blog Widget by LinkWithin