Malaysia Tanah Airku....

February 10, 2009

Katak yang bermoral...?


Tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Perak telah menyebabkan terjadinya suasana kelam-kabut dan tak terurus khususnya di pihak PR. Secara tidak lansung , peristiwa ini telah menelanjangi sikap kepura-puraan dan "double standard "dalam PR. Saya berkata begitu kerana akibat ketidak stabilan akal pimpinan dan penyokong PR hasil dari berita yang mengejutkan itu, telah menyebabkan mereka melatah dan menunjukkan banyak ruang-ruang kosong yang mudah diserang dan sukar untuk dibalas balik oleh pihak PR. Umpama jerat memakan tuan....

Kita lihat pada satu ketika, semasa melompatnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim....beliau, telah dialu-alukan kemasukannya dengan tangan terbuka tanpa ada apa-apa rasa bersalah dari pihak PR, malah "penghijrahan" ADUN Bota tersebut telah diraikan di Stadium Mini, Bota Kanan dengan kehadiran hampir 50,000 ribu orang...semasa itu, tiada timbulpun tentang soal moral dan hak rakyat yang mesti didahulukan....malah Barisan Nasional (BN) hanya melatah kecil sahaja dengan berita tersebut dan meredakan sahaja permergian ADUN Bota....

Tetapi apabila, tiga orang Adun PR, Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong mengambil keputusan berpaling tadah kepada perjuangan BN, segala-galanya telah menjadi isu yang berlainan....melompat parti dikatakan perbuatan tidak bermoral dan tanpa restu rakyat.....ternyata semuanya menjadi double standard...bagaikan kalau berlaku di pihak PR takpa, kalau BN semuanya salah....

Saya tidak mahu bercakap tentang kesahihan kerajan baru Perak, kerana ada yang lebih arif tentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jadi saya serahkan perkara itu kepada mereka yang berhak.... Pada tulisan kali ini , saya hanya ingin mempersoalkan dasar-dasar yang diamalkan oleh PR, yang jelas amat tidak konsisten dan "double standard".

Sebelum ini kita sedia maklum bahawa Ketua pimpinan PR, Datuk Sri Anwar Ibrahim dengan jelas telah mencanangkan, bahawa beliau sedang giat memancing ADUN BN untuk melompat parti. Persoalan saya, jika benarlah ia berlaku adakah ia juga perbuatan yang bermoral?

Ternyata peristiwa yang berlaku di Perak ini, merupakan satu "turning point," yang amat merbahaya kepada kedudukan PR. Perkara ini telah menyebabkan PR di dalam dilema dan semakin tersepit....malah strategi Anwar untuk memerintah negara, semakin sukar untuk direalisasikan, dengan formula "lompat si katak lompat"..... Dan Anwar perlu ada strategi baru yang lebih canggih dan bermaruah....

Dalam hal ini, Karpal Singh, kelihatan lebih bijak dari pimpinan PR yang lain setelah terlebih dahulu mengesan atau sebenarnya telah lama melihat akan akibat buruk dari hasil moto , Anwar Ibrahim, "Memerintah melalui, aksi melompat"......

Apabila peritiwa di Perak ini jelas menunjukkan bahawa bertapa buruknya risiko yang akan ditanggung apabila membuat aksi "lompat", telah menyebabkan Karpal Singh tidak lagi mampu untuk menanggung sengsara dihati...........dan meletuslah segala pekung yang ditanggung selama ini.....

Sudah dijangka, jawapan yang pertama diterima pastilah..."itu hanyalah pandangan peribadi".... tetapi melihatkan krebiliti Karpal Singh, sebagai peguam ternama pasti beliau telah mempertimbangkan perkara ini semasak-masaknya.....

Rentetan dari peritiwa rampasan kuasa di Perak ini, maka terserlah sikap double standard pihak PR....dan luahan-luahan yang tidak menggambarkan kematangan pemikiran, seperti :

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya terdiri daripada golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah."Manusia yang mempunyai pendirian, tidak pedulikan kepada ugutan. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti. Adun terbabit hendaklah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak," katanya di sini, hari ini". - Nik Aziz

Apabila Adun BN lompat ke PR....boleh pula diterima, tak payah pun letak jawatan...semasa lompat ke PR, mereka bukan seumpama lembukah...? pelik sungguh...kalau macam tu bagaimana Anwar nak memerintah...? lompat jer kena chop lembu pedati....kena letak jawatan...lepas tu kena keluar duit buat pilihanraya semula....sebelah pihak sahaja boleh buat, orang lain takboleh...haram....tak masuk akal betul.....

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaaffar pula mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno. Begitu juga Nik Aziz, menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas ADUN PR yang melompat parti kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit

Semasa ADUN Bota lompat ke PR, takanak pula minta SPRM siasat....? Lepas tu bapa lompat Parti, Anwar Ibrahim taknak laporkah...? Bukankah penganjur lompat parti tu lagi bahaya....... ;-)

Rasanya cukup-cukuplah buat kenyataan yang akan menampakkan bertapa bodoh dan double standard nya kita.......kalau memperjuangkan keadilan biarlah berjuang dengan niat yang betul dan jujur...adil untuk semua orang....

Mungkin kenyataan Nik Aziz ini telah membuatkan penyokong PR akur untuk mendokong kekhilafan mereka ini, sebagai perkara yang "halal"...Nik Aziz cakap :

"Bagi saya kalau dari UMNO bertukar kepada Pas, saya tidak panggil lompat, saya panggil 'balik kepada asal' kerana orang Melayu daripada UMNO telah sedar dan kembali kepada perjuangan Islam iaitu Pas, macam anak kita bertengkar dengan ibu bapa keluar rumah dan balik semula ke rumah. "Begitu juga kalau dari UMNO ke PKR ... bagus sebab PKR menyokong perjuangan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

(Teringat pula kenyataan Nik Aziz dulu-dulu....katanya.."Tidak menjadi kesalahan kepada Datuk Seri Anwar untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti kerana selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.")

Bijak sungguh kata-kata Nik Aziz....Jadi apa sahaja perkara yang tidak beretika kalau berlaku di pihak sana semuanya benar dan terampun dosa...Saya taknampak pun dia cakap kalau masuk DAP pun boleh, Tidakkah itu dipanggil balik ke asal juga?, kerana DAP sokong PAS, jadi ertinya kita bolehlah masuk DAP...oleh itu marilah masuk DAP beramai-ramai.....sendiri mahu ingatlah... ;-0

Lagi satu peristiwa di Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar yang diibaratkan seperti kejadian di Gaza, merupakan kenyataan yang amat bodoh.... amat jelas dan nyata bezanya kejadian di Gaza dan Kuala Kangsar tu bagai langit dan bumi....agaknya ramai mangsa yang mati di Kuala Kangsar tu...yang tak dapat balik rumah sebab rumah hancur binasa...yang tidak dapat makan kerana bekalan makanan kehabisan....yang tidak dapat dirawat kerana bekalan ubat disekat......apa cerita..... ?

Persoalannya dimanakah perginya kaum lain dari PR? Majoriti yang dapat dilihat rata-rata penyokong PAS...mana perginya DAP?....Lepas solat, jumaat dah nak panas baran , demo sana-demo sini...macam orang hilang akal....sampai ada baring atas jalan...pecah kenderaan orang....kejam sangatkah pemerintah kita ini...? Silapnya orang islam di negara kita ini selalu anggap orang lain tak islam, mereka sahaja yang islam....seolah-olah hak-hak pengakuan islam itu dipegang ditangan mereka, sedangkan yang empunya hak adalah Allah s.w.t sahaja.......


Rujukan : KEMELUT PELANTIKAN MB PERAK - Oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim



p/s: Berjuang mesti ikhlas, adil dalam semua perkara.....jangan ada double standard... apapun Al-fatihah kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum dan takziah kepada keluarga beliau.....Rasanya Ladymariah , marah kat saya atas tulisan ini.. ;-)

8 comments:

Hasrul Halid said...

Bro DK, Say No To Lompat party!

http://suratdalambotol.blogspot.com/2009/02/entri-245-gerakan-rakyat-malaysia.html

Anonymous said...

Lompat si katak lompat.. Lompat lah tinggi-tinggi.. Siapa bakal menang pilihanraya kecil nanti?

de_kerinchi said...

salam hasrul,

Daulat tuanku..!!!


Mahathirkini dan selamanya...

Lawan tetap lawan.....

Abdul Wahab Murni said...

Patutkah Umno dikatakan katak?? Sedangkan bapa katak adalah Datuk Sri Anwar Ibrahim.

HABIHA69 said...

Saya tak suka katak..gelilah...

Mak Su said...

byk gaks yg boleh kita pelajari sebenarnya :)

Puteri said...

"Semasa ADUN Bota lompat ke PR, takanak pula minta SPRM siasat....? Lepas tu bapa lompat Parti, Anwar Ibrahim taknak laporkah...? Bukankah penganjur lompat parti tu lagi bahaya....... ;-)"

mgkin.
jika lmpt ke luar, anwar mnta siasat.
takkanlah masuk PR nk dmnta siasat.

tntulh pihak 'sn' yg prlu mnta siasat, tupun jika ada lah

skdr pndgn...

Anonymous said...

i really like ur statement. jgn jadi katak bawah tempurung, buka mata n minda utk melihat apa yg berlaku dan nilaikan sendiri. i hate katak!

Blog Widget by LinkWithin