Malaysia Tanah Airku....

January 20, 2009

Karenah di Pejabat Tanah Petaling


Bila cerita fasal ketidak kecekapan penjawat awam, pasti ada yang marah...pasti ada ketua-ketua bahagian atau bos-bos besar perkhidmatan awam dok melenting mempertahankan anak buahnya. Memanglah semangat bos-bos ini adalah baik demi menjaga maruah sektor perkhidmatan awam, tapi haruslah kena pada tempatnya. Begitu banyak rungutan yang didengar takkanlah satupun tidak betul, masakan pohon bergoyang kalau tiada angin.

Jadi kalau hendak tahu duduk perkara sebenar cubalah, hantar spy yang tidak dikenali dan test samada piagam pelanggan sentiasa diikuti anak buah tu..... kalau tak, buat dosa jer mempertahankan benda yang salah.....tak takut ker kena jawab diakhirat kelak.... ;-)...

Saya akui bukan semua anggota perkhidmatan awam begitu, tetapi kewujudan segelintir kaki "pusing", inilah yang menyebabkan sektor awam dipandang serong...

Saya bercerita kisah ini, adalah kerana saya baru sahaja balik dari berurusan di Pejabat Tanah & Daerah Petaling (PTD). Kisahnya bermula apabila adik saya ingin mengeluarkan KWSP untuk membina rumah di sebidang tanah pusaka arwah ayah saya, oleh kerana geran asal masih belum ditukar nama kepada waris, maka proses penukaran nama pun hendak dibuat.

Disebabkan saya sibuk dengan tugas, maka saya serahkan urusan ini kepada adik saya. Dengan berbekalkan dokumen sah penyerahan harta dan geran asal maka adik saya pun berurusan dengan PTD. Malangnya dia, ditanyakan mengapa nombor geran tidak sama dengan yang ada di PTD...Aikk...dah geran ni dikeluarkan oleh PTD...kenapa dok tanya adik saya...sendiri jawablah... disebabkan adik saya masih muda, tanpa banyak soal, maka dia terus sahaja mengikut arahan pegawai tersebut untuk pulang dan mencari geran tersebut dirumah... alahai kalaulah saya ada pada hari tu pasti saya berumahtangga disitu sampai perkara ini selesai...panggil tuan DO pun takpa saya sanggup...kasi ajar sikit....

Dengan rasa hampa adik saya pun pulang, dan menelefon saya. Saya yang memang baran... ;-)...dok membebel dan marah, sebab benda ini tertangguh sedangkan semua dokumen berkaitan telah tersedia termasuk dokumen arahan dari mahkamah .....malahan hanya geran asal sahaja ditangan saya, yang lainnya dibekalkan dan jelas dichop pejabat tanah......salah saya lagikah...?

Oleh kerana itu saya dan adik saya berpakat untuk datang ke PTD pada hari ini untuk menyelesaikan masalah....Sampai ke PTD terus adik saya membawa berjumpa pegawai yang ditemui dahulu, tetapi disebabkan dia keluar, maka saya terus berjumpa dengan seorang pegawai wanita yang lain...ternyata saya puji sikap dan layanan pegawai ini, mesra dan cekap..sekali tengok dah tahu punca masalahnya...Jadi rasa marah saya tak terkeluar masa itu dek layanan mesra kelas A, yang diberikan beliau (kan saya kata tak semua pegawai kerajaan begitu).

Mengikut Pegawai tersebut ini kes mudah, kerana no title geran asal memanglah lain dari geran baru sebab ia telah ditukar status pemilikannya, dan geran yang baru tersebut masih berada di Pejabat Tanah...(dalam hati saya dok berkata kalau cari kat rumah sampai bila pun tak jumpa...;-)). Dengan selamba dia bertanya siapalah pegawai yang buat arahan tempohhari...saya hanya tersenyum...... Yang menghairankan saya pegawai asal yang telah menyambung urusan tersebut, turut mengakui pertukaran nama boleh dilakukan tanpa masalah.... aikk...takda rasa bersalahpun...apa bezanya urusan yang lalu dengan urusan yang sekarang?...aik takkan pasal saya dok pakai "blazer double breasted" semua dah boleh kot....nampak macam tuan DO...hihihihi

Begitulah kisahnya, betapa tidak efisyennya segelintir petugas sektor awam...Emmm ternyata urusan ini hanya mengambil masa 15 minit sahaja...dan perkara ini jelas membuang masa sahaja....

ps: Sendiri mahu ingat, gaji yang kita dapat tiap bulan boleh jatuh haram kalau tanggunjgawab tidak disempurnakan.....tapi takpalah dalam kes ini saya maafkan sajelah pegawai tersebut, sebab mengenangkan rakan pegawainya begitu mesra dan berdedikasi dalam menjalankan tugas....

4 comments:

HABIHA69 said...

Salam...memang ada yang bersikap begitu kat PTD, saya pun ada pengalaman dengan PTD Kuala Selangor, tpi bila keesokan hari saya dtg dgn kemeja + bertalileher..dan cakap sikit2 omputih....dia org. pun kelangkabut tak tentu pasal...Piagam hanya sekadar hiasan di dinding sahaja...kdg2 Bos mereka sendiri pun tak mahu berubah....masa nak tunggu pencen katenyer..sabor je lah...

Mak Su said...

aik? seolah-olah lain hari lain statement plaks, ikut suka-suka

de_kerinchi said...

salam habiha

salah satu tabiat buruk orang kit menilai orang dari segi luaran....lagi satu cuba anda bawa bmw pasti tidak ditahan oleh pengawal pintu masuk,cuba esok anda bawa kancil....agaknya apa akan terjadi...dont judge a book by its cover....

Salam maksu,

begitu hipokritnya orang macam tu...abih camna mereka anggap mereka bagus sedangkan ada lagi yang lebih bagus dan hebat....

ritaemilia said...

salam dk

Pejabat tanah memang macam tu , kalau tak diketuk paku tak jalan....bila cakap dia orang marah tapi realiti memang jelas dimata...

Blog Widget by LinkWithin