Malaysia Tanah Airku....

December 30, 2008

Kacau Bilau ... bila kepentingan politik menjengah




Perang di PJ Selatan....


Sudah-sudahlah perang tu wahai Datuk Zahar Hashim dan Saudara Yahya Hamzah.... gaduh macam budak-budak...

Sampai terungkit-ungkit pula cerita Cawangan bunian....alahai bunian ni adik beradik pengundi hantu ker...? Kalau taksilap saya, Cawangan bunian ni merupakan sebuah Cawangan yang penghuninya datang dari luar lokasinya..senang cakap sebahagian besar ahli-ahlinya terdiri dari kelompok yang dimport dari luar kawasan (mahal tu)..Sampai kadang-kadang, ada segelintir ahli-ahli nya, tidak tahupun Cawangan tu wujud dibumi yang mana, atau lagi teruk tidak tahupun mereka ini merupakan seorang ahli UMNO....;-)

Kalau betullah maksud tersebut....maka saya andaikan Cawangan itu sebenarnya mempunyai ahli-ahli UMNO yang sah, yang telah membayar yuran keahliannya dan berhak untuk bermesyuarat....Kerana kewujudan Cawangan tersebut telah disahkan oleh UMNO sendiri, Jadi apa salahnya Cawangan bunian ni...?

Kalau kewujudan Cawangan bunian ini adalah salah maka dari dahulu lagi Majlis Tertinggi UMNO dan buat undang-undang melarang wujudnya Cawangan sejenis ini.... Jadi buat masa ini pertikaian dan tuduhan yang menyentuh mengenai Cawangan bunian adalah tidak relevan dalam kes lompat parti Datuk Zahar.

Pada Dasarnya kewujudan Cawangan Bunian ini tidak kena dari segi etika, tapi kenapa sekarang pula baru hendak melompat-melompat sambil terlatah-latah.......? Kenapa semasa puluhan tahun dahulu tu, Saudara Yahya tidak mahu bercakap...? Takkanlah masa tu, dah kena sampuk dek bunian...? Sampai...takut....hendak bersuara...terkesima kata orang....hhhehe.... alahai kata pejuang rakyat.....pejuang rakyat kena berani....benda-benda kurafat ni jangan dok percaya...

Menyentuh kes rasuah pula, rasanya dah acap kali kita dengar, sampai dok muak....

Orang ni kata, ada bukti, Orang tu pun kata ada bukti....tapi habuk pun tadak.... cakap berdegar-degar..."actionnya" tiada... yang paling menjengkelkan bila dalam parti semuanya macam bersih....bila dok luar semuanya terburai.... Semua parti pun sama lagaknya....hipokrit betullah....dah masak sangat dengan permainan politik lagu ni....

Hikayat Si Ezam Kotak

Saya dah muak hendak cerita hal ni, tapi sebab dah diungkit, saya sebat juga...Si Ezam kotak......dahulu semasa di luar kerajaan dia ada Enam kotak...sekarang dok dalam kerajaan, tiba-tiba kotaknya taktahu dok tang mana ..agaknya Ezam dah dok dalam kotak kot....sampai tak tahu mana pinya kotak-kotak tu....

Jadi beginikah sikap seorang pemimpin yang berwibawa...cakap tak serupa bikin. Memang tepatlah saranan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dok saran Ezam supaya keluarkan kotak-kotaknya.....ini bukan pasal isu dah dekat hendak pilihanraya, tapi memang dah sepatutnya dibawa keluar untuk disiasat dari dahulu lagi, jadi sempena pilihanraya ni baiklah dok perhangatkan balik...agar kisah riwayat si Ezam kotak tidak terkubur......Jadi harap BPR pun dok kenen-kenen lah si Ezam tu...sebab rasanya menyorokkan kesalahan rasuah sama juga bersubahat namanya ...ataupun memang ada kes terpilih kot...eeekkk maaf yer BPR, kalau salah tolong betulkan.....saya ni rakyat biasa jer..

Zaid Ibrahim dalam memori....


Terpapar di surat khabar kisah Zaid Ibrahim, dok sanggah khabar angin yang dia akan dok ikut bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Trengganu pada 17 Januari 2009. Alahai kesian jugalah Datuk Zaid bila terasa orang tak suka kat beliau, suka burukkan nama beliau...hai baru sedar kah....

Saya ni dah banyak kali kena "fire" pasal selalu dok kutuk Datuk Zaid.....Tapi maaflah Datuk Zaid..sebenarnya saya menyokong perjuangan Datuk, untuk memartabatkan intitusi kehakiman negara.....siapa yang tak mahu hidup dilingkungan pengamal perundangan yang adil-adil belaka kan....! Orang bodoh jer hendak duduk bawah undang-undang kuku besi....

Jadi bagi kawan-kawan yang tidak puas hati, sebenarnya...Saya ni tak sokong Datuk Zaid, sebab terdapat kejanggalan apabila Datuk Zaid mengamalkan konsep kerahsian atas kes pemberian wang pampasan kepada para hakim... itu sahaja... Selagi saya tidak mendapat jawapan yang masuk dek akal, maka selagi itu saya akan mempunyai prasangka yang bukan-bukan pada Datuk Zaid,

Fikiran saya akan menerawang mencari sebab yang paling sesuai untuk digunapakai bagi membenarkan perbuatan Datuk Zaid tersebut......jadi diharap Datuk dapatlah jelaskan hal yang sebenarnya.....agar nama baik Datuk tidak tercemar lagi.... "Fullstop".....

Main Pondok-pondok

Sedap betul tajuk tu...heheheh... ni bukanlah pasal pondok-pondok macam zaman kanak-kanak tu...tapi hendak cerita pasal main pondok-pondok versi orang dewasa...Saya hendak cerita sedikit pasal Dewan orang ramai, Bangunan Kemas, Bangunan DUN yang akhir-akhir ini menjadi satu bahan rebutan antara parti-parti politik yang berlainan idealogi.....

Hendak cakap , salah...tak cakap pun salah.... Bukan apa adalah amat menyedihkan kemudahan orang ramai terutamanya masyarakat kampung, dijadikan bahan pertikaian, sampai aktiviti-aktiviti berfaedah pun ikut tertunda, gara-gara sikap sembrono ini.

Selama ini dewan-dewan inilah tempat anak-anak muda beriadah, pi buat kursus, tempat mak-mak kita belajar memasak dan menjahit....adik-adik kita dok pi kelas tabika dan kelas mengaji....pakcik-pakcik kita berkumpul buat aktiviti gotong royong dan memajukan kawasan setempat......tapi semuanya macam dah tak dak seri...

Kopak kunci ni ganti kunci baru...kopak kunci baru ganti kunci serba baru, kan elok ganti jer pintunya sekali...kalau lagu nilah....orang kita dok amalkan maka orang kita juga yang akan rugi... Kadang-kadang tu, bila dah dok ambik alih dewan-dewan ni... sampai dok bersawang bangunan tu, rumput-rumput pun dah menghijau....satu aktiviti pun tak jalan lagi...hendak tunggu sampai bila...?

Apa semua ni...kalau tak mampu bagilah kepada orang yang mampu...takpalah kalau hendak pegang kunci dewan pun, peganglah, tak marah punya.......tapi aktiviti tu biarlah berjalan terus....jangan jadikan kawasan kejiranan kita hambar dan tidak berkualiti....jangan jadikan fikiran penduduk kampung tu jumud macam segelintir pemegang-pemegang kunci dewan ni.....tolonglah jangan jadikan rakyat sebagai mangsa keadaan...

Disebabkan kejadian seumpama ini semakin kerap terjadi di bawah negeri-negeri kepimpinan Pakatan Rakyat, maka harap-harap pimpinan Pakatan Rakyat yang dikatakan perihatin pada rakyat akan sedar akan fonomena negatif yang sedang bermaharajalela ini.......tolonglah perbetulkan hal ini....jangan ...buat malu orang kampung jer....

P/S: Teringat kisah saya dulu-dulu kala, semasa dok menyusur ke Cawangan-Cawangan UMNO, Bahagian Selayang, tiba-tiba terpandang satu papan tanda Cawangan UMNO di celah-celah kawasan Kilang milik kaum Cina, di Selayang...Tempat pula memang kawasan penempatan kaum Cina...seingat saya bila masa pula adanya wujud perkampungan melayu di kawasan tersebut.....maka sah lah Cawangan ini , adalah cawangan bunian sebab... Papan tandanya sahaja yang ada, penghuni nya entah dimana..jeng...jeng...jenggg.....jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri... ;-)

7 comments:

Puteri said...

myeramkan saja. mungkin btl juga, ada kaitannya dgn hantu2 dan skutunya. mklmlah xnmpk.. mcm2 ble brlaku.kn?

yg nmpk pun blm tntuuu

Abu Amirul said...

salam,
ya la, datuk zahar cukupla tu, jangan di layan lagi, inilah masanya bongkarkan segalanya biar dunia tahu kebobrokan umno/bn kemudian serahkan pada rakyat buat pilihan, habis cerita. tapi bongkarlah yang benar jangan kerana dendam direkacipta pulak yang tak ada.

Mak Su said...

huhu, banyaknyer happening di sana sini, dalam negeri, luar negeri.

arsaili said...

salam..apa kabar saudara

Puteri said...

rehat seketika.. brsama warna2

Putih – pendiam
Biru – jujur
Merah – panas baran
Hijau – peramah
Unggu – comel
Pink – nakal
Hitam – perangai pelik
Coklat – kelakar
Kuning – manja
Oren – personaliti yang menarik
Kelabu – pandai jaga hati kawan
Jingga – brutal

Yang mana sesuai untuk saya?

~ochie~ (^_^)v said...

salam mirul>>>
whuaa.. uda2 la tu.. jgn gaduh2.. heheh..
makasey ya nasiht berguna kat komen oci.. rajin2 la dtg blog ya..
maafla x der sgt sajian istimewa kat sana..
tq..

HABIHA69 said...

Entah lar..akupun tak faham apa lar yang nak digaduhkan sangat pasal kuasa..dan berkuasa tu....

Bila ada kuasa...Gila Kuasa
Bila berkuasa....salah Guna Kuasa
Bila tak ada Kuasa.....Dengki yang lebih

:} cam maner nih??

eeh apasal arr rasanya itu ari aku dtg komen kat cini..tapi tak kuar pun
:{
:{
:{

Blog Widget by LinkWithin