Malaysia Tanah Airku....

January 29, 2009

A. Kugan Atau Polis ?


Semenjak kes kematian A Kugan di dalam tahanan polis tempoh hari, berlumba-lumba para bloggers menulis idea dan pendapat mereka di dalam blog-blog. Saya juga turut membaca pendapat-pendapat yang diluahkan oleh para bloggers, tetapi kebanyakannya telah lari dari fakta yang sebenar. Rata-rata, mereka awal-awal lagi telah melemparkan tuduhan bahawa A. Kugan adalah seorang penjenayah yang mencuri kereta mewah. samada secara lansung atau tidak. Mereka telahpun menjatuhkan hukuman kepada A. Kugan walaupun mahkamah tidak lagi bersidang untuk menghakimi dengan seadilnya mendiang A. Kugan. Malah lebih mengecewakan ada bloggers mengatakan bahawa kes kematian di lokap-lokap polis adalah cerita biasa......

Perlu diingat bahawa A. Kugan merupakan "suspek" curi kereta mewah, bermakna dia hanyalah seorang yang dituduh, bermakna mendiang A. Kugan belum lagi disabitkan kesalahan mencuri. Jadi awal-awal lagi tuduhan bahawa A. Kugen adalah sebenarnya seorang pencuri kereta mewah adalah terbatal. Walaupun pihak polis mempunyai bukti-bukti sahih, mereka masih perlu mengesahkannya di Mahkamah pengadilan, dan seterusnya mahkamah juga yang akan menentukan bahawa A. Kugen bersalah atau tidak....

Persepsi kebanyakan rakyat Malaysia, sekiranya seseorang itu dimasukkan ke lokap ataupun ditahan polis, maka orang itu telah terbukti bersalah (wah hebat betul orang kita menjadi hakim), sedangkan rata-rata yang masuk lokap dan ditahan itu adalah untuk proses bagi membantu siasatan polis (Seorang saksi juga boleh ditahan polis, untuk membantu siasatan...).

Walaupun seorang penagih dadah tegar, mereka juga akan tetap ditahan di lokap dahulu, sementara menunggu bukti dan ujian air kencingnya samada postif atau tidak. Jika Positif maka proses keadilan seterusnya akan dijalankan, tetapi sekiranya sebaliknya berlaku maka dia akan dibebaskan.

Kenyataan Syed Hamid Albar, juga seolah-olah mengatakan A. Kugan memang sah seorang penjenayah, apabila beliau mengatakan

"Kita tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai 'hero', manakala pihak yang menjalankan tugas mempertahankan undang-undang adalah 'syaitan'....."

Perkataan sebegitu tidak harus dikeluarkan oleh seorang menteri yang sepatutnya arif tentang undang-undang negara dan memegang fotfolio Menteri Dalam Negeri. Perlu diingat bahawa kalaupun mereka yang dianggap 'penjenayah' oleh Syed Albar, itu memang sah bersalah, kita masih ada saluran undang-undang untuk diikuti dan amatlah mendukacitakan sekiranya, seorang yang masih lagi berada di dalam pengawasan pihak polis dan ditempatkan di premis polis (sudah tentu tidak memiliki senjata merbahaya dan dikawal ketat), boleh diambil nyawanya atau disiksa sewenang-wenangnya....?

Apapula kedudukan mereka yang terlibat dalam kes A. Kugan ini, apabila Tan Sri Abdul Ghani Patail dari Jabatan Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes kematian Kugan sebagai kes bunuh, tidakkah mereka juga akan tergolong dari mereka yang akan dituduh membunuh...? Maka bolehkah mereka diperlakukan seperti mendiang A. Kugan...? Wah mestilah lebih hebat lagi kerana jika sabit kesalahan hukuman bunuh atau hukuman bunuh tampa niat, lagi berat hukumannya.....Jadi perkara sebegini tidak membawa untung kepada sesiapapun....mengikut hawa nafsu tanpa perikemanusiaan akan mendatangkan buruk akibat.....lagipun kita masih mempunyai tuhan untuk disembah....

Saya bukanlah meminta pihak polis untuk melayan penjenayah dengan layanan "berbintang-bintang" tetapi saya yakin di era moden ini pasti ada cara yang lebih bertamadun untuk melakukan proses siasatan tanpa menumpahkan darah dan mengorbankan nyawa, apatah lagi memang benar si tertuduh tidak bersalah.....

Saya juga bukannya hendak menyebelahi mana-mana pihak. Peranan anggota polis selama ini adalah ditahap yang membanggakan, tetapi kejadian yang menimpa A. Kugan, jika benar ia terjadi disebabkan proses penyiasatan polis, maka kaedah yang menyebabkan kecederaan dan kematian itu harus direversi oleh pihak polis.

Bayangkan jika orang itu tidak bersalah, tidakkah mereka ini tergolong dari orang yang teraniaya? Memang pihak polis berada di dalam keadaan dilema di antara melindungi rakyat dan menentukan hak asasi manusia agar tidak dilanggar, cuma saya berharap proses siasatan polis, akan berjalan dengan telus, adil dan berperikemanusiaan....agar krebiliti Pihak Polis tetap ditahap cemerlang lagi membanggakan.

ps: Jenayah membawa padah....... jadi jangan jadi seperti penjenayah.....berat mata memandang berat lagi bahu memikul....

2 comments:

ayamsabung said...

salam tuan,

Pendapat tuan, sama dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abu Samad,rujuk Sinar hari ini 30/01/09....cuma tuan tak minta syed Hamid Berhenti jer...hehehee

Puteri said...

tringt cerita 'lebam mata' dlm lokap dlu.. . .

Blog Widget by LinkWithin