Saya mengenali Dato Sulaiman Samad, Bekas ADUN Paya Jaras semasa DUN Paya Jaras dan Kuang masih lagi dibawah Bahagian Selayang. Saya tidak nafikan bahawa Datuk Sulaiman Samad telah banyak berjasa kepada saya, malah tidak terbalas budinya, hanya Allah s.w.t sahaja yang membalasnya.
Semasa bekerja dengan beliaulah. kerjaya politik saya mula menyerlah, malah saya turut bertugas dibawah kepimpinan beliau semasa menerajui Brisdale Holdings Berhad (anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor). Semasa zaman kegemilangan Datuk Sulaiman Samad juga saya kerap berkampung di rumah beliau sehingga ke Pagi.. makan nasi bungkus beramai-ramai.... ;-), malah kelibat saudara S Ambrose adalah watak penting yang berada di persekitaran Datuk Sulaiman Samad.
Saudara S Ambrose yang merupakan nadi utama jentera MIC semasa itu, adalah seorang "leader" yang cemerlang, berjaya mengumpulkan kekuatan jentera MIC yang padu bagi menyokong BN, jadi jasa beliau kepada BN tidaklah boleh dinafikan dan diketepikan...suara beliau adalah suara rakyat... . Oleh itu keputusan, saudara S. Ambrose menyertai PKR, adalah satu keputusan yang amat mengejutkan, maka tidak hairanlah kalau Datuk Sulaiman Samad, sanggup memperjudikan keahlian UMNOnya demi seorang sahabat. Datuk Sulaiman Samad memang sejak dahulu lagi memang terkenal sebagai "sanggup mati" kerana kawan...jadi dalam kes S Ambrose beliau mempunyai hak untuk mengetahui apakah yang menyebabkan, sahabatnya ini bertukar pendirian politiknya. Jadi PKR sebenarnya, telah mendapat bonus besar bila dapat memiliki seorang pemimpin seperti S Ambrose, dan ini merupakan amaran kepada UMNO Dun Paya Jaras, agar lebih bersiap sedia dan memperkemaskan jenteranya....
Saya berharap, UMNO harus mepertimbangkan alasan yang diberikan oleh Datuk Sulaiman Samad kerana menghadiri program PKR tersebut. Dimana kalau dilihat kes Datuk Sulaiman Samad lebih "bermisi" dan mempunyai alasan logik yang boleh dipertimbangkan jika dibandingkan dengan kes Si "Zaid" tempoh hari.
Jadi perkara ini harus disiasat dengan lebih teliti, berhemah, dengan menggunakan akal serta budi bicara dan bukannya demi mempertahankan kesinambungan politikal individu tertentu. UMNO tidak boleh kehilangan kepimpinan setia dan berkaliber seperti Datuk Sulaiman Samad, malah kehilangan saudara S Ambrose juga adalah satu kerugian besar kepada BN (sendiri mahu ingatlah)....
Tidak Setuju........
Saya agak tidak setuju dengan pandangan Datuk Sulaiman Samad (maaf Datuk.. ;-)), bila mengatakan bahawa ADUN Paya Jaras, Yang Berhormat Datuk IR Bushro Mat Johar tidak mempunyai "Personal Touch".
Walaupun saya tidak lagi aktif di Dun Paya Jaras,tetapi saya masih lagi mengikuti perkembangan di sana, lagipun ini kan kampung saya......malah dua adik beradik saya amat aktif dalam pergerakan belia, UMNO dan JKKP Kawasan tersebut. Apa yang dapat dilihat dari testimoni penduduk setempat, Datuk IR Bushro memanglah seorang yang sangat dekat dengan penduduk kampung, selalu turun padang mendengar keluh kesah penduduk setempat, malah saya amat berbangga melihat bertapa proaktifnya pergerakan belia kampung, dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang membina dan banyak diadakan dibawah pentadbiran beliau.. Malah banyak aduan telah diambil tindakan (ingatkan aduan saya mengenai benteng pecah...? disini dan disini), syabas Datuk IR Bushro...
Banyak kursus-kursus yang dianjurkan, banyak perniagaan-perniagaan kecil diwujudkan dengan bermodalkan pinjaman TEKUN, menunjukkan penduduk-penduduk setempat mendapat manfaatnya. Kalau adalah penduduk setempat yang mengatakan beliau tidak mendapat apa-apa faedah dibawah pentadbiran Bushro, maka orang itu bolehlah di kategorikan sebagai:
-"Katak dibawah tempurung" - tidak ambil tahupun apa yang berlaku di sekitar Kampung, bila ada masalah baru cari pemimpin minta bantuan.
-"Makan bersuap" - Takkanlah sampai nak mohon borang biasiswa pun, YB hendak turun ketuk pintu rumah.....manusia ada kudrat, bukankah Allah s.w.t. menganjurkan manusia berusaha...manakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya...hai semuanya hendak senang...
-"Ada udang disebalik batu"- Kalau dah benci, semuanya salah .....kalau dah tak sokong, semuanya dikatakan tidak betul... jadi bilalah hendak betul agaknya....
p/s: UMNO, pemikiran mesti berubah, suatu tindakan yang dilakukan mesti bersebab, jika masuk dek akal maka terima lah dengan fikiran positif,.... jangan asyik hendak buang orang jer nanti kena jual...pessttt...tapi tindakan buang si Zaid tu memang saya setuju benooorrrr.... ;-)

6 comments:
tak pecah ruyung takkan dapat sagunya, bukan labunya.
hanya setan saja antara makhluk Allah SWT yang takkan berubah.
kalau orang2 dlm umno tak mahu berubah lagi, sampai sekarang pun belum berubah lagi, maka seangkatanlah dengan setan.
terima kasih lah tuan abuamirul, kerana memperbetulkan kekhilafan saya.... ;-)
Perubahan pada mata kasar, tidak mengambarkan pendirian sebenar....di saat kematian pun boleh terpesong akidah.... jadi yang jelik dimata belum tentu jelik disisi Allah s.w.t... wallahualam...
Salam sejahtera.
Di sini saya ingin menjemput kalian semua untuk
Memeriahkan lagi pesta konvokesyen
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Yang bakal diadakan pada 25-31/12 ini
Bertempat di kampus USIM, Nilai.
Dan pada 26/12, jam 8.00 malam
Kami akan mengadakan forum di Masjid Nilai
bertajuk “Ragam Hijrah: Buat Dahulu Insaf Kemudian”
Ahli panel yang terlibat ialah Us. Uda Kasim (dari Lembaga Zakat Selangor)
Dan Us. Muhd. Fauzi Mustafa (Pengacara al-Kuliyah TV3).
Jemput hadir beramai-ramai ke sana!
Kunjungi http://puteri88.blogspot.com/2008/12/c-fest-ke-6.html
Salam sdr,
Tp kita mesti konsisten dlm mbuat tindkn, jika Zaid salah kerana hadir program PKR, apakah org lain x salah? Umno jika mau terus relevan mesti konsisten dan berani...wallualam
salam..wahh org kuat politic rupanya
org kta bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat... :)
Post a Comment