Malaysia Tanah Airku....

July 09, 2007

Jentera Yang Bergerak



SEBELUM-12/05/2007 - Sila Klik pada Gambar



SELEPAS-08/07/2007 - Sila Klik pada Gambar


Semalam saya pulang ke rumah emak saya di Kampung, kerana menghadiri kenduri kahwin jiran saya. Yang membanggakan diri saya ialah semangat gotong royong yang masih lagi menjadi keutamaan di daerah ini. Gerakan Belia 4B dan UMNO, telah menjadi tulang belakang dalam menjayakan majlis ini. Dengan kehadiran kepimpinan Kampung dan UMNO yang rata-rata merupakan “otai” kawasan tersebut memeriahkan lagi majlis ini. Kelihatannya mereka bertungkus lumus berganding bahu untuk memastikan majlis ini tiada cacat-cela nya dan berjalan dengan jaya nya.

Saya sebenarnya mempunyai beberapa catatan menarik untuk dipaparkan di Blog ini, mengenai perjalanan dan peristiwa yang berlaku dalam majlis perkahwinan ini, tetapi saya tidak akan menulis nya untuk artikel kali ini. Kerana saya ingin membawa pembaca meninjau tentang perkembangan hasil penulisan saya yang lalu dibawah tajuk ADUN vs JKKK.

Bila berkumpul beramai-ramai dengan “otai-otai” daerah tersebut, timbul tentang cerita projek pemulihan sungai di kawasan ini. Mereka mereka rata-rata bersetuju , surat aduan yang saya buat kepada ADUN tempoh hari, telah membuahkan hasil, apabila projek pemulihan sungai telah dipercepatkan malah ia turut melibatkan pemulihan dua parit besar yang terdapat di daerah ini.

Tetapi apa yang melucukan , mereka lansung tidak tahu siapakah sebenarnya pengirim surat aduan tersebut sedangkan si penulis ada terselit dicelah-celah “korum” mereka sambil memberikan sedikit “nasi tambah” kepada perbincangan tersebut. Emak saya pernah ditanya oleh pekerja jentera pengorek dan kontraktor yang dilantik tentang siapakah penulis surat aduan yang telah menyebabkan projek ini dipercepatkan, tetapi emak saya hanya mendiamkan diri sahaja. Saya rasa eloklah mereka tidak tahu, kerana saya lebih senang untuk bergerak secara “low profile” supaya kerja-kerja saya tidak terganggu oleh unsur-unsur “conflict of interest” dibelakang hari.

Saya rasa hanya dipihak ADUN sahaja yang mengetahui lantarbelakang saya, kerana mereka sahaja yang memiliki surat aduan saya yang siap tertera nama, alamat , no kad pengenalan, no telefon bimbit, no keahlian UMNO, nombor daftar pengundi dan kepala surat UMNO. Apapun terimakasih atas tindakan pihak YB ADUN yang membuat tindakan susulan yang amat segera hasil aduan tersebut. Malah penghargaan juga kepada pihak ADUN yang merahsiakan latarbelakang saya dari pengetahuan komuniti kampung yang indah ini.

p/s: Sudah Terang Lagi Bersuluh ………………..

10 comments:

Puteri said...

huhu..xpe2..low profile.. nnt klau diorg tahu sape..kang bukan xckup pinggan nk tmbah lak :D

**something new that i know about u..

de_kerinchi said...

Tulah pasal, takut nanti orang siap tambahkan nasi dengan lauk nya sekali...puas pula nak habiskan..huhhuhu

ayamsabung said...

Salam tuan,

Seelok nya bekerja belakang tabir, senang nak komen lepas tu boleh menyiasat dari dalam yang tak betul boleh ditegur tanpa meruntuhkan hubungan silatulrahim.

de_kerinchi said...

Salam kembali Tuan,

Bukan nak jadi mata-mata, untuk menghebahkan keburukan orang, tapi demi keselesaan hidup kita juga.

Di Kampung kalau dok bercekau nanti kena pulau, oleh itu nak buat sesuatu kena buat dengan smart dan berbudi pekerti....

Anonymous said...

Alahaiii.bila low profile, senang sikit nak bergerak,takderlah mulut tu dibelenggu oleh orang berkepentingan

de_kerinchi said...

Salam kaktumara

selalunya orang yang low profile, risiko untuk bermusuh itu kurang. Lagi ramai kawan adalah.

Puteri said...

ya btl..low profile lbh jamni kslmtn.. kdg2 bila org xtau sape 'd blkg tabir', org lbh 'dgr ckp'

de_kerinchi said...

Ya puteri..tapi jangan terlalu sangat dok jauh nun di belakang tabir..nanti orang tak dengar pulak pendapat kita ..bak kata iwan...yang sedang-sedang ajer..huhuhu

Sunan_Jati said...

wah... ni sudah dikira bagus..
bak kata pepatah bali batu sembunyi tgn...
heheheheh!

de_kerinchi said...

Sunan_jati

bukan macam tu ...baling tangan sembunyi batu yang sebetul nya...hahaah

Blog Widget by LinkWithin