Malaysia Tanah Airku....

July 13, 2008

Mohamad Ezam Si Raja Kotak

Saya memang tidak berkenan dengan kemasukan Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor kedalam UMNO. Kemasukannya penuh dengan keraguan dan tanda tanya. Saya tidak faham kenapa majlis tertinggi UMNO boleh meluluskan dengan mudah kemasukan beliau ke dalam UMNO, tanpa melalui proses meminta maaf secara terbuka, kepada ahli-ahli UMNO yang setia sejak dahulu lagi.

Amat pelik apabila ia diterima masuk tanpa mensyaratkan agar Mohamad Ezam memberi penjelasan tentang dakwaan memiliki kotak-kotak rahsia yang bisa menelanjangi kemaksiatan UMNO. Sekiranya benar Mohamad Ezam mempunyai kotak-kotak tersebut silalah anda membongkarkan rahsia tersebut, agar segala kemaksiatan terhadap agama, bangsa dan negara dapat ditelanjangi, tanpa mengira apa jua fahaman ideologinya.....

Sikap Mohamad Ezam yang membisu tentang rahsia kotak-kotaknya, menyebabkan beliau bolehlah dianggap sebagai seorang pemimpin yang tidak amanah, tidak jujur dan tidak boleh dipercayai...adalah amat hina sekiranya seorang pemimpin yang kononnya mempunyai bukti kebejatan, kemudian melindungi kebejatan tersebut demi kepentingan diri sendiri......

Oleh itu, Mohamad Ezam tidak layak untuk dipercayai dan disanjungi. Sekiranya rahsia kotak hitam itu hanyalah satu helah beliau untuk memomok-momokan lawan (yakni UMNO) satu ketika dahulu, maka perkara ini juga harus diterangkan kepada umum agar menjadi senjata untuk melawan kembali parti lawan. Tapi si Mohamad Ezam tetap berdiam diri termasuk orang-orang besar UMNO yang bacul untuk bersuara tentang kotak-kotak rahsia tersebut. Jadi kesimpulannya, UMNO kini sudah semakin tua dan nyanyok termasuk segala pemimpin-pemimpin atasannya yang bagaikan "kerbau dicucuk hidung".

Belum habis kes-kes kotak rahsia yang lama, timbul pula ugutan, rahsia baru yang dicipta khas untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kali ini entah berapa kotak pulalah rahsia yang di pegang oleh raja kotak, si Mohamad Ezam ini.

Entah apa niat si Mohamad Ezam, apabila untuk kesekian kalinya, beliau rela untuk menjadi badut lawak bersama kotak-kotak rahsianya...... Persoalanya, sekirannya beliau mempunyai rahsia tersebut, apa perlu beliau menunggu untuk mengumumkannya...? Kalaulah kotak rahsia itu mampu untuk memperkasakan UMNO dan mengoyahkan lawan, kenapa tidak ia dibentangkan kepada majlis tertinggi.

Kenapa perlu untuk menunggu sampai DSAI atau Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjolok sarang tebuan baru si Mohammad Ezam hendak menjerit sakit....? Nampak sangat si Mohammad Ezam ini pemimpin yang pentingkan diri sendiri dan tidak amanah.

Rupanya, pemimpin sebeginilah yang diinginkan oleh barisan pimpinan Paklah....., patutlah ramai pengampunya yang takboleh pakai, cakap tak serupa bikin termasuk Paklah sendiri......

p/s: Cakap tak serupa bikin...... Meludah kelangit akhirnya kemuka sendiri...tolonglah ezam jangan jadi badut UMNO.....

1 comments:

ayamsabung said...

ezam ni memang pejuang lalang...takleh percaya... apa jadi dengan sumpah beliau masa membela DSAI duu?..takut kena makan sumpah nanti....

Blog Widget by LinkWithin