Selepas Pulau Pinang menyatakan sokongan syok sendiri, hari ini timbul pula satu lagi sokongan yang tidak direstui dan tidak sah dari Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Selangor yang menyatakan sokongan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti pada Disember ini.
Bila masa pula Mesyuarat akar-umbi dah berjalan?, sehingga dah tahu siapa yang dicalon dan siapa yang tidak? sedangkan korum mesyuarat Cawangan pun belum pasti dihitung, sokongan sudah diuar-uarkan. Nampaknya UMNO semakin celaru hingga sanggup membelakangkan perlembagaan dan tataetika parti. Lebih malang lagi bila ia diterajui oleh orang-orang lama yang sepatutnya lebih arif tentang hal-hal kepartian UMNO. Tan Sri Muhammad Muhd. Taib baiklah dok bersara....nanti anda lebih nampak kotor dari bersihnya......
Persoalan besar yang timbul dari manakah UMNO Pulau Pinang dan Selangor mendapat mandat untuk membuat pencalonan? Sedangkan mesyuarat Cawangan dan Bahagian belum pun bermula.....Tindakan ini menunjukan bahawa seolah-olah suara ahli UMNO di akar-umbi hanya dipandang sebelah mata oleh orang-orang atasan Umno ini. Mana maruah dan hak kami sebagai ahli UMNO? Mungkin Badan perhubungan UMNO hanya memandang kami ini, hanya sebagai ahli cadang dan sokong sahaja..... dan tiada berguna untuk pemilihan ketua tertinggi kami.... hanya anda-anda sahajalah yang layak.....
Memang patutpun perlembagaan parti ditukar, sepatutnya kami ahli akar umbi juga berhak untuk mendapat hak kiraan undi untuk memilih kepimpinan tertinggi parti. Macam ini tidak adil, kalau calon kami belot, pasti dia akan menyampaikan maksud yang berbeza dari maksud kami yang disampaikan di mesyuarat akar umbi......Patutpun Badan Perhubungan negeri berani untuk menyatakan keputusan sokongan pencalonan tanpa mengendahkan hak kami.....
Sibuk menyuruh ahli-ahli UMNO untuk mematuhi Tataetika dan Perlembagaan Parti, tapi diri sendiri yang dok mengamalkan contoh yang burok. Kalau hendak mengampu pun biarlah dengan jalan yang betul dan mengikut perlembagaan. Jangan dok hentam kromo, nampak sangat dok terdesak hendak kata PakLah dicintai rakyat sampai hal-hal perlembagaan pun ditolak belakang....
Tahukah tuan-tuan bahawa, anda telah melakukan kesalahan nyata iaitu:
- Tidak patuh pada perlembagaan parti seperti yang disebut dalam Perkara 3.1.1 Tataetika parti.
- Melakukan pengaruh-pengaruh yang tidak wajar seperti disebut dalam Perkara 4 Tataetika parti yang melarang ahli parti pada setiap masa secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pihak lain bagi dirinya melakukan, menggunakan manipulasi atau tipuhelah bagi menghalang, memaksa,mengancam, mendorong, menggangu atau mendesak seseorang Ahli UMNO yang lain melakukan sesuatu atau tidak menjalankan tugasnya atau menghalang perlaksanaan haknya di dalam parti dengan bebas atau menafikan hak seseorang Ahli.
- Menyalahgunakan kuasa sebagai pemimpin-pemimpin tertinggi negeri dengan memaksa secara langsung atau tidak langsung kepada ahli UMNO, bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana-mana orang dalam mana-mana Pemilihan parti seperti disebut dalam Perkara 5 Tataetika UMNO.
- Disebabkan sokongan ini telah dilakukan dan tidak mengikut perlembagaan parti dan telah disiarkan di akhbar pasti ia memberi satu imej buruk kepada UMNO maka ia telah melanggari Perkara 7.1 Tataetika UMNO, dan ia boleh dikenakan mana-mana satu hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO, kerana menghina parti.
- Telah melanggar amanah perjawatan UMNO, dimana ia telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan persedirian ( seperti usul sebelum mesyuarat) dan tidak mengamalkan dasar-dasar perlembagaan UMNO seperti yang tersebut dalam Perkara 8.1.1 Tataetika UMNO.
Oleh itu mereka yang melanggar Tataetika UMNO ini boleh dikenakan tindakan dan hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
p/s: "Kepimpinan melalui Teladan" ..... Ketam mengajar anak nya berjalan...........

7 comments:
This is a nice blog. I like it!
:)
Saya tersenyum sendiri melihat sokongan syok sendiri UMNO Pulau Pinang terhadap Pak Lah.
Kata saya, Pak Lah menang sorak, negeri tergadai. :)
Bulan lepas saya ada tegur bahagian saya, supaya hormati pandangan umbi. Dia orang ni, pakat pakai borong aje.......
salam mudin,
saya juga boleh ketawa guling-guling dengan kenyataan tersebut....entahlah Paklahkata dia masih menang...
salam azlan,
Selalunya orang di Bahagian , perasan diri mereka orang penting, hingga lupa bahawa mereka juga dilantik oleh akar umbi...dan mereka juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyampaikan maksud orang-orang yang diwakili mereka....
salam tuan,
UMNO semakin kotor, dengan orang-orang pengampu sebegini...
Macam mana hendak berjuang dengan UMNO kalau beginilah sikap ketuanya...
Dah memang begitu tabiat mereka, selalunya ahli biasa diperlukan hanya untuk mengangkat tangan. bila sudah tercalun hanya fikir diri sendiri....nak terus popular kenalah ikut landasan....
Pejuang begini tak diperlukan oleh UMNO, pejuang sejati tak takut disingkirkan dari Parti demi memperjuangkan hak dan kenyataan...
makin bsan dengan UMNO....turut ingin bersara...
salam,
saya pun sudah merasa mual dengan sandiwara ini, makin mencacatkan UMNO adalah....
Post a Comment