Apa dah jadi dengan penguatkuasa perhutanan kita, sebelum ini kita telah banyak mendengar pencerobohan hutan-hutan dalam negara yang tidak mampu ditangani oleh pihak perhutanan. Adalah amat menhairankan apabila orang luar lebih tahu tentang apa yang berlaku di hutan kita dari jabatan hutan sendiri. Siapakah yang perlu lebih ambil tahun mengenai hutan negara..? kita ...? atau pegawai yang telah dilantik khusus untuk menjaga hutan?
Kes terbaru, yang berlaku di Taman Hutan Selangor, Ulu Yam menambahkan siri kelemahan penguatkuasaan pihak jabatan hutan. Setelah kewujudan "Mini Jakarta" yang menjadi tumpuan hiburan warga asing hingga pagi terbongkar, satu lagi maklumat yang amat menyedihkan kita apabila disahkan bahawa lokasi premis "Mini Jakarta" itu berada hanya bersebelahan Pejabat Perhutanan..!!!! Ini baru betul, gajah didepan matapun tidak nampak....
Lantas mungkin akibat panik, dengan pendedahan tersebut, maka Jabatan Hutan telah terburu-buru menyalahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), kerana telah mengeluarkan lesen tersebut kepada pemilik premis "Mini Jakarta". Malangnya kenyataan Jabatan Hutan ini jauh meleset apabila MPS, melalui pegawai Perhubungan Awamnya Mohamad Zin Masaod, mendakwa MPS tidak tahu menahu tentang kelulusan tersebut...!!! .Menurut Mohamad Zin lagi premis tersebut diluar bidang kuasa MPS, kerana berada diatas tanah rizab hutan simpan.
Amat pelik bila Penolong Pengarah Sivilkultur dan Perlindungan Hutan, Jabatan Hutan Malaysia, Samsu Anuar Nawi mendakwa mereka tidak tahu akan aktiviti premis tersebut (walau sudah wujud sejak 2005) kerana pegawai hutan hanya bekerja setakat pukul 6.00 petang sahaja dan kalau lewat pun sehingga pukul 7.00 petang. Kalau kita menerima pakai apa yang Samsu Anuar Nawi katakan, bermakna hutan kita hanya selamat dipantau sehingga 6 petang sahaja, dan apabila malam menjelang, kita bolehlah bermaharajalela menjarah hasil hutan negara...... Nampaknya harta negara tidak selamat dibawah polisi kerja sebegini. Pihak perhutanan harus mengubah polisi kerja yang tidak efektif ini, seharusnya perlu ada pengawasan 24 jam keatas hutan negara. Walaupun kita tidak mampu mengawal keseluruhan hutan, sekurang-kurangnya kita tahu hutan kita ada penjaganya pada setiap masa dan saat. Takkan nak ajar pula bagaimana nak merealisasikan cara-cara hendak menjalankan operasi selama 24 jam pula...sendiri mahu ingatlah....
Menambahkan kepelikan, apabila Samsu Anuar Nawi mendakwa, premis "Mini Jakarta" itu tidak dirobohkan kerana pemiliknya mendakwa dia mendapat kelulusan dan membayar sewa kepada MPS....Adakah begini cara Jabatan Hutan bekerja...? Tidakkah Jabatan Hutan menyiasat kesahihan kelulusan dan dakwaan pemilik premis tersebut? Adakah Jabatan Hutan melihat sendiri surat kebenaran atau lesen atau bukti yang menjelaskan dakwaan pemilik premis tersebut....? Nampak sangat Jabatan Hutan menjalankan tugas secara ala kadar dan tidak bertanggung jawab..
Kalaupun benar MPS yang mengeluarkan lesen tersebut, tidakkah Jabatan Hutan berhak memantau dan memastikan kawasan hutan dibawah jagaan mereka tidak terancam? Pihak Jabatan Hutan harus memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini dan bukannya menyalahkan pihak lain...
Diharap pihak kerajaan negeri dapat menyiasat kes ini, jika terdapat unsur rasuah..maka ia harus lah disiasat....Patutlah banyak sangat kes menjarah hutan dalam negara, manakan tidak semuanya mungkin dianggap berlesen oleh Jabatan Hutan kita....Jangan nanti kalau ada kilang memproses dadah dalam hutanpun...akan dianggap sah oleh pihak Jabatan Hutan....kerana pemilik premis itu mendakwa mendapat kelulusan dari Polis Diraja Malaysia...!!!!
Penguat kuasa imigresen dicekik
Siapa lulus ‘Jakarta Mini’?
p/s: Alasan biar kena pada tempatnya dan logik pada akal...
0 comments:
Post a Comment