Malaysia Tanah Airku....

June 11, 2008

Susur Ke Poring, Ranau - Siri Sabah 1



Percutian ke Sabah tempoh hari, memang tidak cukup satu minggu untuk menghabiskan lawatan kesemua tempat-tempat menarik. Jadi untuk merakamkan ingatan tersebut, Saya akan membuat beberapa posting mengenai tempat-tempat menarik di Sabah yang sempat saya lawati. Saya juga akan membuat posting mengenai beberapa makanan yang mungkin tiada atau jarang di dapati di Semenanjung tapi ada di Sabah.

Salah satu kawasan istirehat keluarga yang terkenal di Sabah ialah di Poring yang terletak di daerah Ranau. Jaraknya lebih kurang 170km dari Kota Kinabalu dan 43km dari Kinabalu Park, Kundasang. Saya dan keluarga bertolak dari Tenghilan, pada pukul 9.00 pagi dengan menggunakan Land Cruise dan Proton Iswara. Ternyata jalan-jalan yang berliku-liku dengan deretan kenderaan berat amat jelas menguji kesabaran dan kecekapan memandu.

Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalan ke Poring tanpa singgah dimana-mana tempat persinggahan. Perjalanan dari Tenghilan adalah sejauh lebih kurang 130km... dan kami sampai ke Poring tempat pada pukul 12.00 tengahari...memakan masa hampir 3 jam perjalanan, bersamaan perjalanan dari K. Lumpur ke Batu Pahat, Johor.

Pemandangan yang boleh didapati di kiri kanan jalan

Asal-Usul Poring

Mengikut penduduk setempat, Poring dalam bahasa Kadazandusun bermaksud Pokok buloh atau Pokok Bambu. Diceritakan satu ketika dahulu, kawasan Poring didiami majoritinya oleh suku kaum Kadazandusun dan persekitarannya dipenuhi dengan pokok-pokok buluh.

Menurut cerita penduduk di sini, semasa zaman Perang Dunia Kedua, penduduk disini dikatakan menyembunyikan anak mereka di celah pokok buluh bagi mengelakkan daripada gangguan askar-askar Jepun.

Zaman Berubah

Kini, kawasan Poring terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancongan seluruh dunia. Tanahnya yang mengandungi sulfurik telah menghasilkan mata air panas yang amat terkenal di Sabah ini.

Kita akan melalui pengalaman menarik serta pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke Poring. Laluan utamanya menghubungkan Kota Kinabalu-Tamparuli-Pekan Nabalu-Kundasang dan seterusnya Ranau sebelum menuju ke Poring.

Sepanjang perjalanan ke Poring ini, saya mula faham kenapa negeri Sabah dipanggil negeri dibawah bayu, buktinya lihat sahaja gambar-gambar yang saya paparkan diblog ini.

Di Poring

Kawasan Luar Poring memberikan kawasan luas dan selamat untuk anda meletak kenderaan. Bayaran masuk ke kolam air panas Poring ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Poring mempunyai lebih 30 takungan air panas jakuzi berbentuk tertutup atau terbuka, kolam rendaman kaki sertta dua kolam renang semulajadi dan buatan manusia lengkap dengan paip air panas dan sejuk bagi melaraskan kesesuaian kepanasan air.

Terdapat 5 mata air panas Poring yang mempunyai suhu sekitar 49 - 60 darjah celcius, mengandungi campuran karbon dioksida, hidrofon sulfida dan lai-lain garam miniral.





Bangunan Galeri Poring Menyambut Ketibaan

Papan Tanda Panduan Tunjuk arah
Kaunter Tiket Masuk ke Poring


Laluan Ke Kolam Air Panas Poring




Selepas membayar tiket anda akan melalui jambatan gantung ini. Awas ia bergoyang....!!!

Jambatan gantung tadi, merentasi Sungai Mamut. Sungai ini tidak selamat untuk mandi dan meminum airnya
Kemudian anda akan menemui, papan tanda alu-aluan ini dan ia merupakan monumen popular untuk bergambar, sehingga anda perlu menunggu giliran untuk mengabadikan gambar anda. Lihat apa yang ditulis disitu: "Jangan ambil apa-apa kecuali gambar,
Jangan tinggalkan apa-apa kecuali jejak kaki" ;-)

Persekitaran Kolam Air Panas Poring




Punca mata air kolam air panas yang telah di pagar

Papan tanda larangan, untuk tidak merebus telur,
merendam kaki dan merendam kain bewarna. Dahulu
perbuatan diatas tidak dilarang.

Kawasan kolam air sejuk, untuk kanak-kanak

Kawasan Kolam air panas terbuka

Jika anda mahukan "privacy", kita bolehlah menyewa
"private room" dengan bayaran RM20.00 sejam. Bilik
ini dilengkapi jacuzzi

Kawasan Menarik sekitar Poring

Di Poring terdapat 10 tempat tarikan utama untuk dilawati selain kolam air panas bersulfur kita boleh meneruskan lawatan ke hutan tanah rendah ‘dipterokarpa tropika’, Pusat Pemuliharaan Orkid, Titian Kanopi (ketinggian 41 meter dan panjang 157.8 meter), Taman Kupu-Kupu, (dibuka 9.00 pagi - 4.00 petang dengan menyajikan anggaran sekitar 44 spesis kupu-kupu yang menghuni Borneo) Air Terjun Langanan, Kawasan Perkelahan Kepungit, Kebun Etnobotani, Ladang Rafflesia, Gua Kelawar dan Taman Tropika poring. Rasanya tidak cukup satu hari untuk kita mengunjungi kesemua kawasan tersebut, jadi anda boleh juga menginap di Chalet yang dibina dilereng-lereng bukit dengan pemandangan indah dan diuruskan oleh Sutera Sanctuary Lodges.




Papan Tanda Tunjuk Arah, sekiranya anda ingin ke taman rama-rama anda harus membayar sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak

Air Terjun Kepungit

Kalau cukup berani kita boleh mencuba meniti jambatan gantung, "titian kanopi" yang sejauh 450 meter dan setinggi 50 meter. Untuk masuk kesini anda dikenakan bayaran saya tidak pasti berapa bayarannya, kerana ianya ditaja..;-)


Selamat tinggal Poring

Disebab masa terlalu suntuk, kami terpaksa pulang ke Tenghilan petang itu juga. Dan dalam perjalan kami telah singgah di:

Pekan Nabalu



Bolehlah singgah membeli sayuran segar


Atau boleh berhenti membeli barangan kraf yang
bermutu dan cantik disini.


Kalangadan Rastaurant

Kami berhenti di sini, untuk menikmati pemandangan, keindahan gunung Kinabalu yang masyur itu. Ramai juga pelancong yang berhenti disini, untuk bergambar.








Selain itu, sepanjang perjalanan kita boleh menikmati pemandangan perkampungan yang terletak di lereng-lereng bukit yang mana aktiviti ekonomi utama penduduknya ialah bertani seperti menanam padi dan pokok buah-buahan juga di lereng bukit selain mengusahakan gerai cenderamata. Saya tidak sempat untuk mengabadikan gambar tersebut kerana hujan telah turun membasahi bumi bertuah ini.....

p/s: Insyaallah jika sekali lagi saya dan keluarga ke Poring, kami akan cuba untuk menjelajahi kesemua tempat menarik di Poring. siapa yang belum ke Sabah tempat ini adalah disyorkan sekali untuk dilawati....

7 comments:

Anonymous said...

It could give you more facts.

Anonymous said...

This topic have a tendency to become boring but with your creativeness its great.

Anonymous said...

ini adalah salah 1 kenapa aku sgt sayangkan sabah... hehehe. tenang je kalau dtg sini. kalau ada masa terluang pasti akan ke poring sebulan sekali.

kwn2 semua, jgn lepaskan peluang mendaki gunung tau...

Mak Su said...

cantik tempat tu

de_kerinchi said...

Lotto 649

tq Lotto 4 your good comment...


Salam ladymariah,

Sabah buminya masih suci...keindahannya belum tercemar...gunung tu memang mahu naik...tapi indak tahu staminanya masih mampu atau indak...hiihhih...

Salam Maksu,

Memang tempat tu indah...lebih-lebih lagi pemandangan lembah dan gunung sepanjang perjalanan....masa saya pergi keadaan sejuk berkabus menyebabkan sebahagian gambar yang saya ambil pun berkabus... ;-)

Anonymous said...

rindu kampung...

de_kerinchi said...

salam urang ranau,

orang luar datag sana pun rindu nak datang lagi, inikan orang sana yetak...;-)

Blog Widget by LinkWithin