Malaysia Tanah Airku....

May 19, 2008

Tun Mahathir keluar UMNO



Tun Mahathir keluar UMNO

Mantan perdana menteri dan presiden UMNO selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar UMNO dan tidak akan menganggotai semula parti itu selagi tiada perubahan dalam pucuk pimpinan.... namun beliau tidak mahu ahli-ahli yang keluar menyertai parti pembangkang, sebaliknya menyertai semula UMNO apabila Pak Lah meletak jawatan.. Perletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad memang sudah saya jangkakan, lagipun untuk apa hendak dihairankan Tun sendiri, pernah keluar dari umno satu ketika dahulu.

Dengan dasar pemerintahan tamak Abdullah Hj Ahmad Badawi yang tidak mahu mendengar pendapat dan nasihat orang lama seperti Tun, dilihat sebagai satu tindakan kurang ajar, syok sendiri dan menunjuk pandai, menyebabkan UMNO kian jauh dari hati para pendokong nya.

Malah tindakan menyemaikan imej buruk Tun secara "baling batu, sembunyi tangan", yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini, cukup menjengkelkan dan tidak bermaruah sama sekali.... Saya tidak faham apakah yang diperjuangkan oleh Paklah..? Untuk partikah atau untuk jawatankah....?

Yang menghairankan, walaupun telah diberikan isyarat yang amat jelas dalam PRU yang lepas Paklah, masih enak diulit mimpi, beliau masih belum sedar-sedar..... Beliau masih lagi perasan, ....yang pemerintahan beliau disanjung dan mendapat sokongan padu akar umbi..... seolah-olah tiada apa yang perlu dibimbangi. Berbagai propaganda dibuat sebagai pemanis, bagi melindungi isi yang kelat....Walaubagaimanapun hakikat kelat tetap juga akan rasa kelatnya.....beliau tetap tidak dapat membohongi rakyat yang waras....

Menambahkan kewajaran tindakan Tun ini, apabila dilihat akhir-akhir ini banyak dari tindakan Paklah sudah mula menunjukkan, bertapa kalutnya dasar pemerintahan beliau. Sudah jelas, dibawah pemerintahan Paklah :

Bertapa mudahnya bangsa melayu diinjak-injak.. sehinga sultan, bahasa, bangsa malah agama menjadi mainan politik.......................

Isu "Dakwat hitam SPR" amat jelas, telah menelanjangkan warna sebenar hati Paklah, dalam melaksanakan tanggungjawab untuk bangsa, agama dan negara.....Kata orang "bangkai gajah manakan mampu ditutup dengan daun kelapa"....

Dengan dasar pemerintahan yang lemah, kalut, bongkak, angkuh, berdolak dalik, cakap tak serupa bikin, putar alam, menyalahkan orang lain..... menyebabkan tindakan keluar Parti oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dilihat sesuatu tindakan yang amat wajar.

Tindakan Tun ini dilihat sebagai satu misi untuk menyelamatkan UMNO dari terus merudum jatuh menyembah bumi... Ada juga kemungkinan tindakan Tun ini juga boleh menyebabkan kerajaan BN kehilangan kekuasaan di Parlimen sekiranya, ramai "Yang Berhormat" akan turut serta.

Pada dasarnya saya sudah pun bersara dari membuat kerja-kerja parti sejak dari selepas PRU yang lepas lagi, dan dengan kenyataan Tun ini telah menguatkan keyakinan saya untuk mengundurkan diri buat sementara waktu dalam arena politik tempatan dan mungkin akan kembali berhidmat sekiranya keadaan benar-benar pulih. Bukan disebabkan ingin lari dari tanggungjawab...tetapi tindakan ini sebenarnya adalah demi untuk memikul sebuah tanggungjawab....

Saya amat benci dan meluat dengan lakonan kepura-puraan yang melampau, kerajaan pimpinan Paklah yang jelas mengamalkan dasar menjual bangsa, agama dan negaranya.....maka sudah menjadi tanggungjawab sayalah untuk tidak menyokong mana-mana pihak yang bakal memusnahkan bangsa, agama dan negara saya......


p/s: Perjuangan masih belum selesai....

1 comments:

Mak Su said...

alamak....

all the best to you

Blog Widget by LinkWithin