Malaysia Tanah Airku....

May 16, 2008

AirAsia vs MAS




Sejak awal minggu lalu, Saya sebenarnya sudah menulis beberapa artikel mengenai ulasan kes-kes yang berkaitan, Karpal Singh dan Sultan, Ketuanan Melayu dan DAP dengan slogan Malaysian Malaysia, tetapi terpaksa membatalkan hasrat saya untuk mempostingkan nya dengan alasan tidak mahu memanaskan keadaan dan menyemaikan rasa perkauman yang sudah mula bergelora.

Maka kes Datuk Tony Fernandes dan Malaysian Airlines (MAS) menjadi bahan posting saya untuk kali ini. Saya merasakan kerisauan Datuk Tony Fernandes adalah amat tidak rasional sekali jika mahu diukur dari segi status beliau sekarang ini. Sebagai seorang yang sudah diberi title sukses dan kaya di Malaysia kenyataan Datuk Tony Fernandes yang merasa gentar dengan persaingan amatlah tidak sesuai sekali. Haruskah seorang yang kononnya berwibawa dan berkaliber mengeluarkan perkataan berbau "risau"?

Adakah selama ini Datuk Tony Fernandes sukses, kerana bergantung kepada bantuan kerajaaan? Jika jawapannya "Ya", "title" sukses beliau harus di "review" kembali atas alasan kejayaan beliau, adalah disebabkan kebergantungan dengan orang lain, dan bukannya atas usaha dan kesungguhan diri sendiri.

Dalam hal ini adalah amat tidak molek sekali bila Datuk Tony Fernandes, boleh mengatakan MAS telah menceroboh pasaran AirAsia. Sepatutnya Datuk Tony Fernandes harus bertanya kepada diri sendiri siapakah yang sebenarnya menceroboh pasaran penerbangan Malaysia? Dan amat tidak mengenang budi bila mengeluarkan kata-kata tersebut kepada MAS yang sudah lama berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan sudi pula memberikan laluan kepada AirAsia untuk mengukir nama....Malah kesudian kerajaan Malaysia membantu AirAsia selama ini bagaikan tiada apa makna pun buat AirAsia, dasar tidak mengenang budi...!!!

Apa lagi yang Datuk Tony Fernandes mahu, Sudahlah mendapat terminal penerbangan sendiri (LCCT), masih mengatakan AirAsia tidak diberi peluang dan keistimewaan.

Apa hak Datuk Tony Fernandes mempertikaikan subsidi dan keistimewaan yang MAS dapat? Tidakkah Datuk Tony Fernandes tahu yang MAS itu milik kerajaan, sudah tentulah kerajaan akan menghulurkan segala bantuan, keistimewaan termasuk subsidi, demi memastikan MAS menjadi syarikat yng untung dan tidak merugikan wang rakyat. Apa hak AirAsia untuk menuntut keistimewaan ini, sedangkan AirAsia hanya merupakan sebuah syarikat persendirian yang berlandaskan keuntungan. Mana yang lebih penting...MAS atau AirAsia. Kalau MAS kaya maka kayanya untuk kegunaan rakyat, kalau AirAsia kaya, maka Datuk Tony Fernandes yang kaya. Pendek kata, AirAsia sudah dapat banyak keistimewaan dari yang sepatutnya.

Selama ini tiada siapa pun melarang AirAsia dari membuat iklan tambang "murahannya" yang menyaingi tambang MAS. Jadi apa lagi yang tidak puas hati. Kalau rasa negara lain tu lebih bagus dari layanan kerajaan Malaysia atau negara lain boleh memberikan kekayaan yang lebih dari di Malaysia (sehingga mendapat gelaran orang-orang kaya), silalah tukar kerakyatan dan pergi ke negara tersebut.

Sanggupkah AirAsia melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat Malaysia?, sedangkan selama inipun AirAsia agak kurang adil dengan hanya memilih laluan yang untung-untung sahaja, dan laluan yang agak rugi-rugi biar MAS yang tanggung (Kalau MAS rugi, tidakkah rakyat turut rugi). Jadi sekali lagi pertanyaan untuk AirAsia, layakkah AirAsia bercerita mengenai keadilan?

Takkan AirAsia hendakkan penerbangan lebih ke Singapura sahaja...Penerbangan lebih ke Sabah dan Serawak tidak mahukah?

Disebabkan AirAsia memikirkan sangat pasal keuntungan, AirAsia telah melupakan keselesaan kepada rakyat. Cuba dilihat akan kepincangan dibawah, kalau AirAsia tidak memperbetulkannya maka janganlah bercakap tentang soal keadilan:
  1. LCCT yang tiada kemudahan sepatutnya, sehingga laluan ke pesawat pun kita terpaksa mengharungi panas atau hujan dengan berjalan kaki.
  2. Perubahan dan penangguhan masa penerbangan yang kerap berlaku.
  3. Perubahan dan penangguhan masa penerbangan yang tidak dimaklumkan.
  4. Rungutan pelanggan di kaunter tidak diambil peduli.
  5. Layanan kakitangan yang tidak mesra dan kurang ajar, mentang-mentanglah tambang yang dibayar murah.(Tidak semua, tetapi amat ketara dibahagian kaunter dan bagasi)
(Kenyataan diatas adalah berdasarkan pengalaman benar saya menggunakan
perkhidmatan AirAsia.)

Janganlah menggunakan alasan untuk memperjuangkan nasib pekerja AirAsia sebagai andalan, Sedangkan nasib pekerja MAS juga harus dijaga. Kalau selama ini AirAsia sudah diberikan ruang masa yang agak panjang dan selesa untuk mencari duit, takkanlah tidak mahu memberikan peluang dan giliran tersbut kepada MAS.

Kerisauan Datuk Tony Fernandes ternyata membuat beliau celaru, sehinggakan warna latar iklan MAS juga menjadi isu....harap Datuk Tony Fernandes sedar, bahawa syarikat AirAsia bukanlah syarikat milik kerajaan oleh itu beliau tidak layak untuk mendapat kelebihan yang bakal menggugat kestabilan syarikat milik kerajaan.

Pendek kata, persaingan AirAsia dan MAS ini baik untuk rakyat. Selain bakal menikmati saingan harga yang terendah, rakyat juga bakal menikmati persaingan mutu perkhidmatan yang memberangsangkan......

Kempen MAS: AirAsia mula ‘tertekan’

p/s: Asal murah sahaja, moralpun jadi murah....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin