Malaysia Tanah Airku....

May 03, 2008

Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin



Assalamualikum w.b.t.,

Akhir-akhir ini saya amat jarang mengupdate blog ini, maaf dipinta.... sebab bebanan kerja yang cukup tinggi penawarnnya... ;-).... saya hanya mampu menjenguk sahaja mesej-mesej yang diberi. Walauapapun saya akan cuba juga mengupdate blog ini, agar ia tidak terkubur....

Semalam saya agak terkejut juga dengan berita Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. dalam usia nya baru mencecah 53 tahun.

Saya pernah berkhidmat dengan beliau semasa menyertai rangkaian Hotel Naza, enam tahun dahulu, dan sempat berkhidmat selama 4 tahun di bawah label Naza. Semasa itu saya merupakan salah seorang management team untuk pre opening rangkaian Hotel Naza di Malaysia. Ramai yang hanya tahu bahawa Syarikat Naza menjalankan perniagaan berasaskan automobil, tetapi sebenarnya syarikat Naza telah pun melibatkan diri dengan industri Perhotelan sejak dahulu lagi, Syarikat Naza telah memiliki 2 buah rangkaian hotel iaitu The Howard Johnson Torrance dan The Crowne Plaza Los Angeles Harbor Hotel kedua-duanya terletak di Los Angeles,US sebelum mengembangkan perniagaan hotelnya di Malaysia. Buat masa ini Kumpulan Naza memiliki 3 buah hotel di Malaysia iaitu Naza Hotel Johor Bharu, Naza Hotel Melaka dan Naza Hotel Pulau Pinang.

Walaupun beliau pernah dikaitkan dengan isu AP, secara peribadinya , saya mengenali beliau sebagai salah seorang tokoh koperat melayu yang ternama dan berjaya, seorang anak melayu yang memiliki semangat juang yang tinggi, humble dan tegas. Dari sudut yang positif, dilihat bahawa dengan kewujudan Kumpulan Syarikat Naza, bukan sahaja menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara tetapi juga turut menyumbang kepada pengwujudan peluang-peluang kerja yang banyak kepada pasaran negara khususnya untuk anak-anak melayu.

Alfatihah untuk Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin, semoga roh nya dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa-dosa dan ditempatkan disisi Allah sw.t. amin..takziah kepada anggota keluarga beliau.

p/s: Teringat kenangan manis bersama rakan-rakan Naza Hotel...... masih rindu dengan suasana itu..ibarat "kalaulah masa boleh diputarkan......"

4 comments:

ayamsabung said...

alfatihah untuk beliau.... walauapapun kita tidak boleh nafikan sumbangan dia kepada ekonomi negara dan ekonomi anak tempatan....

Unknown said...

alfatihah dan takziah pada keluarga beliau....

rapat_umum said...

Alfatihah,

semoga rohnya dicucuri rahmat.

arsaili said...

Al fatihah

Blog Widget by LinkWithin