Talian internet saya baru pulih seperti sediakala semalam, akibat dari satu panahan petir yang telah menyebabkan 2 modem,1 LAN card adapter, 1 spliter dan 1 PC TV tuner saya rosak. Mujurlah Laptop dan komputer saya tidak turut rosak.
Saya terpaksa menggantikan 1 LAN card dan 1 modem, mujur 1 modem lagi adalah percuma, kerana saya melanggan pakej RM77 dimana modem nya adalah atas tanggungan TMnet dan tv tuner tu tunggulah bulan depan untuk diganti..... ;-).
Saya agak bernasib baik, kerana tidak terkena renjatan kilat tersebut yang masuk melalui talian telefon, dan amat jelas percikan api muncul dibelakang laptop saya, dan menyambar LAN adaptr dan seterusnya mematikan laptop saya (semasa itu saya sedang online).
Pada hari kejadian, hujan renyai-renyai pada pukul lapan malam, dan tiba-tiba satu dentuman kuat kilat kedengaran amat kuat menggegar kawasan sekitar. Subhanallah maha kaya tuhan dari segalanya.....
Pada keesokan harinya, saya bersama jiran melihat sebatang tiang batu TNB, yang telah retak, akibat terkena panahan petir tersebut, dan menurut cerita jiran-jiran saya, banyak peralatan elektrik mereka rosak seperti TV, komputer, Peti ais dan lain-lain.......
Jadi pesanan saya pagi pengguna komputer, sila pastikan talian talifon ke modem anda ditanggalkan bila tidak digunakan, ini bagi mengelakkan modem dan k0mputer kita menghadapi kerosakan.
p/s: Kejadian tidak disangka.....
5 comments:
Alhamdulillah, pak dekerinchi tidak apa-apa. :)
nsb bek ko slamat....
tue la,org tua dlu psan xnk dgr,kn da kne.....
salam mudin,
alhamdullilah, peringatan dari Allah s.w.t.
salam mrj@ck
selamat , masih boleh menaip....bukan tak dengar, cuaca cerah...tiba-tiba ...datang pesan dari Allah swt.....
mengikut laporan, kontraktor tmnet akhir-akhir ini kes kerosakan modem akibat petir kerap belaku, tanpa disedari. Jadi jalan yang paling baik aalah mencabut wayar talian telefon ke modem bila tidak digunakan.
bukan percuma.... tapi ko sewa lah...
ko ambik pakej 77...RM11 ko bayar sewa mmodem...RM66 Streamyx ko.... aku pernah jugak rosak...
Post a Comment