Hari ini saya telah menghadiri Forum "Umno Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12: Satu Penilaian" anjuran MYKMU.Net di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Forum ini telah dihadiri lebih kurang 1,300 peserta (mungkin lebih) .
Dalam Majlis ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucap utama dan acara Forum pula dikendalikan moderator, Datuk Ahmad A.Talib yang menampilkan Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Puad Zarkashi, Dato Mukhriz Tun Mahathir dan Dato Mohamad Khir Toyo, selaku ahli panel.
Banyak perkara yang telah dibangkitkan dalam forum ini dan forum ini bolehlah dikatakan sangat berjaya, hinggakan masa yang diperuntukkan, rasa nya tidak cukup untuk menampung segala pertanyaan dari peserta-peserta yang hadir. Malah kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menggambarkan suasana di dalam forum ini bagaikan "UMNO dulu-dulu", cukup mengambarkan kemeriahannya. Tahniah warga MYKMU, atas usaha murni ini.
Antara isi-isi penting ucap utama dari Tun Dr. Mahathir Mohammad :
- Mesyuarat agung khas atau luar biasa (EGM) Umno, jika diadakan, perlu meminda perlembagaan Umno bagi memansuhkan peraturan undi bonus bagi pertandingan jawatan parti Disember depan.
- Kabinet dan majlis tertinggi (MT) UMNO sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain.
- Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.
- UMNO perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya. "Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi."
- Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.
- Pencapaian buruk BN dan UMNO dalam PRU12, juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.
- Sistem majlis presiden perlu diwujudkan dalam UMNO bagi mengimbangi kuasa Presiden dan menasihati beliau agar beliau tidak lagi perlu mendengar nasihat daripada keluarga sendiri.
- Ahli UMNO mesti berani. Jangan kerana takut pada pemimpin, kita tidak sayang UMNO. Tidak guna kita cakap sayang UMNO tetapi takut. Kita mesti tolak kepimpinan yang membawa malapetaka.
- Sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang akan datang. ( "Walaupun dulu kata (Timbalan Presiden Datuk Seri) Najib (Tun Tazak) patut ganti...tapi tak tahu kenapa...(sekarang) saya tukar fikiran.)
Tidak Takut ....
Tidak "takut" bererti :
Tidak takut kehilangan projek...
Tidak takut kehilangan jawatan....
Tidak takut di "blacklist".....
Tidak takut tak popular ......
Yang penting, tidak takut pada KJ dan siapapun yang seangkatan dengannya......
Sekiranya ketakutan ini dapat dinyahkan dari hati sanubari kita, maka hilanglah segala ketakutan bila hilang ketakutan, maka pasti kita ada kekuatan dan mampu untuk bersuara dengan keihklasan tanpa ada apa perkara pun yang menghalang...
Satu pertanyaan bernas lagi sinis dari Tun Dr. Mahathir Mohammad mengenai istilah "TAKUT" ialah :
"Mengapa kebanyakan pemimpin UMNO begitu takut kepada menantu perdana menteri itu.? Kelihatan Khairy juga begitu berkuasa sehingga pernah mencadangkan agar beliau (Dr Tun Dr. Mahathir) dipecat daripada UMNO."?
Lakukanlah dengan keberanian wahai ahli-ahli UMNO sekelian, demi menyuarakan kebenaran...demi penyatuan parti... demi keutuhan agama, bangsa dan negara....
Saya tidak mahu menulis panjang mengenai isi kandungan forum tersebut kerana anda boleh membaca nya di:
- Mukhriz Sedia Tanding Ketua Pemuda
- Mukhriz: Berdiri disisi saya untuk kembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO
- Dr. Mahathir: Mahathir Cadang EGM Pinda Perlembagaan Umno Mansuh Undi Bonus
p/s: Saya akan bersama menyokong kepimpinan Dato' Mukhriz....
4 comments:
Yup! Hidup Mukhriz!
Percayalah ada lagi sisa kasih sayang terhadap UMNO bagi setengah2 Melayu. Yang dibenci cuma kepimpinan yang haprak itu
The REPLACEMENT
Sorry bro, off topic sikit.
I ve noticed most of the Malaysia-Today's bloggers never stop bashing on NEP, Malay, UMNO & Tun M especially.
I smell a lot of rats there everytime there is an article on Tun M & Ku Li, these bashing comments came rushing in on the average of 40 to 50 in nos.
They never stop comparing how great is LKY's Dinasty administration & not surprisingly even during the GE 12 campaign our brother DSAI & his DAP brothers were very proudly boasting it to the people.In fact i cant recall any critics at all from
DSAI & DAP on WPI issues & all those dubious dealings between PL/KJ & TEMASIK groups.
Im being practical here. If it wasnt because of Tun M consistently voicing out againts Pak Lah & his HP6 cabinets administrations, i guessed the rest wont have the guts to follow thru.
To those who thinks that Singapore administration is so great, just open up a bit & surf around some of singapore's political sites to see whats happening down there.
Try read some of the articles (e.g Lee Kuan Yew administration a big Divide,If You Think Singapore is Great at http://singaporedissident.blogspot.com)
Its not surprise though, when reps of both side PL & Anwar are very fond of meeting & updating
each other & probably their master down there. Seems more like the master is changing the infamous & useless puppet.
Just when we thought we finally see the light, to me its more like LARI DARI MULUT BUAYA MASUK MULUT SINGA, neither way we are doomed.
salam hasrul,
Mukriz pemimpin berani, harus diketengahkan.
Salam Kak Water Lily,
Sayang UMNo memang masih bersisa, tapi kalau ikut tindakan dan provokasi PL akhir-akhir ini takut akan menghakiskan terus sayangkan UMNO itu..walau apapun UMNO masih diperlukan oleh orang melayu.
Anonymous,
I think now PL, KJ, DSAI , DAP or PAP had sent his person to make provocation to TDM. They try to show, tdm administration are worse then PL.
But us should know that DSAI, do all of this because of revenge.
DAP and PAP also political revenge motive...
and Paklah and KJ sure to use many ways to "uphold" their power
I state period of rule sense TDM so far adalah yang terbaik, cemerlang,gemilang dan terbilang.
I hope we not get carried away "perangai buruk" sehingga sanggup Blame whatever the government policy yang dulu support 100%, but now...?
Jangan cakap tak serupa bikin..do not believe Menteri-menteri pengampu,also any bad element from DAP and Singapore.
Jangan sampai Malayisa tergadai demi untuk menghalalkan cara...
Post a Comment