Semalam seorang kawan menelefon saya, meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Menurut beliau, sekarang ini kebanyakan kontraktor yang terlibat dengan projek-projek kerajaan dah mula pening kepala. ini semua disebabkan pembayaran kepada kontraktor-kontraktor sudah mula tertangguh. Alasan yang diberi ialah kekurangan bajet kewangan, senang cerita jabatan-jabatan kerajaan dah kekurangan duit, nak bayar kontraktor.
Pada mula nya masalah ini dijangka berlarutan hingga selepas seminggu PRU berakhir, tetapi sangkaan itu meleset, apabila keadaan ini dijangka akan berlarutan dan bakal mengundang masalah yang lebih besar jika tidak ditangani dengan segera. Menurut beliau, mengesahkan lagi masalah ini memang wujud apabila terdapat sebuah jabatan kerajaan yang penting dalam hal-hal pembangunan dan infrastruktur, telah membuat pegumuman melalui pengarah-pengarah nya sendiri, untuk menyampaikan mesej bahawa jabatan mereka kehabisan peruntukan kewangan....
Sudahlah bayaran lambat diterima, ada satu lagi tekanan yang maha hebat bakal mereka hadapi...iaitu masalah pembekalan bahan-bahan pembinaan. Menurut beliau, senario terkini didapati kebanyakan pembekal-pembekal besar bahan-bahan binaan (bangsa apa...? fikir sendiri), kini sudah mula jual mahal dan besar kepala. Pembekal-pembekal ini dilaporkan telah bermain tarik tali (atau bermain api), apabila memberi alasan bahawa kekurangan bahan binaan adalah disebabkan kebanyakan bahan-bahan bekalan binaan ini telah disalurkan ke Pulau Pinang. Lagi teruk pembekal-pembekal ini telah membuat tawaran yang amat memeritkan iaitu..... Ada harga, ada barang....!!!!! Lagi tinggi harga...lagi cepat barang sampai..!!!
Apa sudah jadi...? Nampak nya keadaan semakin menekan...rasa nya bangsa yang akan tertekan adalah bangsa melayu sendiri..... Apakah tidak nya peratusan bangsa melayu memegang "title" pembekal hanya sedikit..... malah lebih teruk peratusan pembekal melayu yang sedikit ini juga, mengambil bekalan dari pembekal bangsa lain...pasal tu harga mereka kadang-kadang tinggi sedikit.... (tetapi selalunya mahal banyak....)
Terfikir di benak saya, agak nya dengan perbelanjaan yang entah berapa billion telah diperuntukkan dalam PRU yang lepas, kemudian kehilangan negeri-negeri kaya dan mempunyai hasil bumi yang banyak ke tangan Parti lawan....
Masih mampukah lagi kerajaan, menampung projek-projek mega wilayah koridor nya....?
Ikutkan fikiran pendek saya, pihak kerajaan memang masih mampu untuk meneruskan dan mencipta projek mega,
.... tapi persoalan nya mampukah mereka mengadakan bajet pembayaran kepada para kontraktor...?
Jawapan saya, kerajaan masih mampu merangka dan membuat bajet pembayaran tersebut....tetapi penyediaan sumber kewangan itu masih dalam tanda tanya...
Maka jawapan yang seterus nya, terjawab atas "batu jemala" para kontraktor-kontraktor ini. (" buat kerja sahaja ....bayaran cerita kemudian.....)
Kalau difikirkan jika perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan segera secara bijak, maka pembangunan infrsturuktur negara akan terbantut, ramai kontraktor yang akan gulung tikar. Yang jelas kemungkinan untuk pihak kerajaan melangar syarat kontrak, kepada kontraktor adalah amat tinggi.. Kalau dah langgar kontrak...faham-faham sahajalah apa yang akan terjadi seterus nya....
Inilah hasil perpecahan bangsa melayu.... bangsa lain sibuk menguatkan barisan..memperkukuhkan ekonomi bangsa mereka...tetapi bangsa melayu sibuk dengan kepentingan diri sendiri...sibuk dengan perebutan jawatan....sibuk hendak menderhaka pada sultan...yang lagi teruk...dah tahu orang tak suka, masih gila kuasa.... umpama "Menang Sorak , Kampong Tergadai"....
Untuk penyatuan bangsa melayu, tidak perlulah kita hendak membayarnya dengan bibit-bibit persengketaan dan titisan darah dengan bangsa lain. Kita gunakan lah peradaban ketuanan melayu dengan berhemah.... Kita pacu tenaga yang masih ada, untuk menjana kekuatan bagi merubah komposisi bangsa melayu itu sendiri. Langkah yang paling utama, perlu dilakukan untuk menyatuan orang melayu ialah dengan mencantas pemimpin yang diketahui membuat dan menerbitkan perpecahan ini.... mulakan kepimpinan baru dengan nafas yang baru.... Kearah bangsa Melayu baru..... beradab, bermaruah dan berintergeriti....
Bagaimana kita hendak memulakan langkah derhaka ini....? Maka tuan-tuan dan puan-puan, kita mestilah bersatu....jangan berpecah-pecah...bulatkan tekad...kuat kan semangat... demi keutuhan dan penyatuan bangsa melayu...marilah kita bersama-sama menurunkan kepimpinan Paklah......!!!!! Hidup Melayu Baru...!!!!
p/s : Wahai bangsa ku lihatlah di sekeliling mu, bukalah matamu....jangan kita menjadi pengemis di Tanah ibunda.....
7 comments:
DK, kengkadang tu saya berasa agak takut hidup di Pulau Mutiara ni. Serius!!!
Wak pernah tak makan kerana ini, pernah menangis kerana ini.
p/s Wak juga kontraktor, PKK kelas D.
ape nk takut kn...ajal maut rezki bala semua di tangan allah...knape?x percaya kpd rukun iman yg ke6 tu ke???
salam hasrul,
Melayu kena bersatu jangan dok berpecah jer...
salam wak,
Pengalaman mendewasakan kita...
salam tah siapa tah,
Jangan terlalu sombong, hingga berkata ikut sedap mulut... keimanan orang jangan disenda gurau..
Kenapa anda hendak berserah sahaja kepada tuhan tanpa ada usaha...? Perjuangan adalah usaha, rezeki tak datang bergolek...
Tahukah anda jika anda seorang majikan dan anda mempunyai masalah kewangan akibat projek-projek yang sangkut, maka bukan anda sahaja yang akan mendapat akibat, malah kakitangan anda yang telah berkhidmat untuk anda..malah keluarga dan anak-anak dibawah saraan mereka.Jika anda melupakan tanggungjawab itu, anda berdosa..jika berdosa mana keimanan anda hendak diletakkan...?
Saya pasti anda memang tidak merasa kesusahan ini, sebab anda dianugerahkan kesenangan oleh Allah s.w.t., jadi bersyukurlah dengan pemberian Allah s.w.t. itu, jangan tunjukkan kesombongan itu pada kesusahan orang lain...kerana itu amat dimurkai Allah s.w.t. bukankah anda mempercayai rukun iman..?
orang yang malas dan menunjukkan pandai selalu menggunakan sebab untuk lari dari tanggungjawab... usaha itu adalah tuntutan agama...jadi apakah anda perlu persoalkan keimanan orang lain, sedangkan keimanan diri sendiri pun masih dalam pengetahuan Allah s.w.t. ...wallahualam..
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the DVD e CD, I hope you enjoy. The address is http://dvd-e-cd.blogspot.com. A hug.
Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita, Cinta lenyap di arus zaman............
salam jentayuria,
lagu tu tepat menggambarkan nya,...
Post a Comment