Malaysia Tanah Airku....

April 02, 2008

Belasungkawa - Seniwati Yusni Jaafar

Negara sekali lagi kehilangan sebutir bintang, Seniwati Yusni Jaafar yang menghembuskan nafas terakhir pada 1 April 2008 pada pukul 2.30 pagi di Hospital Selayang.

Yusni, 63, meninggal dunia akibat kegagalan hati. Yusni dimasukkan ke hospital pada 31 Januari lepas. Yusni, yang berasal dari Tumpat, Kelantan meninggalkan lima orang anak, hasil perkahwinan beliau dengan Raja Ibrahim Raja Mansor, iaitu Raja Iskandar, Raja Ema, Raja Izat, Raja Emy dan Raja Irna,

Sepanjang penglibatan ibu Yusni dalam bidang seni, beliau pernah dianugerahkan Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989. Selain nyanyian, arwah juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Antaranya, Filem Panglima Badol (1978), Sikit Punya Gila (1982), Gila-Gila Remaja (1986), Soalnya Siapa (2002) dan filem CUCI arahan pertama Hans Isaac adalah filem terakhir Allahyarhamah. Semalam baru sahaja saya melihat kelibat lakonan beliau dalam drama bersiri "Impak Maksima" yang disiarkan oleh TV3.

Al Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin...

p.s: sayangilah ibu bapa anda di masa hidupnya..........

2 comments:

arsaili said...

Al-Fatihah, yang penting jika kita dapat membahagia dan mengembirakan mereka lebih2 lagi di penghujung usia

Mak Su said...

takziah buat kuarga Allahyarhamah Yusni Jaafar, seorg pelakon komedi yg saya minati, dan sorg pelakon mak-mak atau nenek yg berjaya membawa wataknyer dgn baik juga. Al-Fatihah.

Blog Widget by LinkWithin