Malaysia Tanah Airku....

Minggu kempen



Pemimpin berjiwa rakyat, sedia berkhidmat
untuk masyarakat

Assalamualaikum w.b.t.,

Minggu kempen yang sibuk, Jadual : Pada pukul 5.00 pagi bertolak dari rumah, 7.30 pagi dah tercongok di rumah calon, 6.00 pagi konvoi mula bergerak sehingga ke pukul 12.00 malam, Lepas tu bersiap sedia untuk jadual kempen untuk esok hari, sekurang-kurang nya sampai pukul 2.00 pagi, Sampai ke rumah sekitar jam 3.oo pagi, tidur sekejap dan bangun pukul 5.00 pagi dan rutin ini akan bersambung terus menerus hingga sampai habis tarikh mengundi......

Saya amat sibuk mengikuti aktiviti kempen, Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus. Walaupun dalam keadaan penat dan letih, saya turut merasa gembira melihatkan sambutan penduduk setempat kepada Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus, adalah ditahap yang amat-amat luarbiasa. Ini membuatkan keyakinan kami , untuk memastikan kemenangan Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus berada ditahap yang tinggi.

Melihatkan keakraban Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus atau lebih dikenali sebagai "Thor", dengan penduduk setempat tempoh hari, menyebabkan keyakinan ini bertambah padu dan menyemarakkan lagi semangat jentera-jentera pilihanraya DUN Kuang, untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Di keseluruhan tempat yang dikunjungi oleh konvoi kami seperti sekitar kawasan Kuang, Sg. Serai, Kundang, Bukit Puteri dan Batu Arang memperlihatkan sambutan luarbiasa dari penduduk setempat. Malah saya merasakan teruja apabila jeritan sokongan dan bunyi hon kereta dapat didengar, apabila konvoi kami bergerak di atas jalanraya.

Yang lebih mengharukan lagi apabila ada kalangan penduduk tersebut terdiri dari bekas guru-guru yang pernah mengajar Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus, malah tidak segan silu mengatakan dengan bangga nya bahawa ini adalah anak didik mereka, dan sokongan pasti berada di pihak Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus. Malah ramai kawan-kawan persekolahan dan rakan-rakan sekelas ramai turut menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus.

Hidup...! Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus... semoga berjaya dengan cemerlang nya...kami barisan jentera pilihanraya akan teguh berdiri dan sedia mengempur segala ruang dan ceruk bagi memastikan kemenangan yang gemilang berada ditangan Ybhg. Saudara Abdul Shukor bin Idrus......

Berikut adalah antara gambar-gambar menarik yang dapat di ambil semasa aktiviti kempen berjalan...(malangnya banyak gambar telah terlepas pandang apabila kamera saya kehausan bateri) :


Meredah onak dan duri,
selut dan lumpur.


Sessi ramah mesra dengan penduduk setempat



Mendengar masalah dari penduduk setempat.



Acara sukan



Sessi ucapan di Sekolah Keb. (Tamil) Kuang bersama
Saudara Lee Li Yew
( Calon Parlimen P097 Selayang)



Antara peserta konvoi yang berdedikasi




Antara pemidang, sumbangan penduduk setempat


p/s : Terima kasih kepada kawan-kawan yang menghantar mesej dan email kepada saya, ribuan kemaafan dipinta kerana saya masih tidak sempat membalas segala email tersebut. Insyaallah, saya akan membalas nya secara perlahan-lahan.

3 comments:

bayan said...

semoga aktiviti turun padang ini berterusan, dan bukan hanya untuk memancing undi.

Mak Su said...

dalam kesibukan tu jangan lupa jaga kesihatan tau...

de_kerinchi said...

salam bayan...

yang itu ingatan yang betul... kerja terus..janji harus dikota


salam maksu,

terima kasih atas ingatan...heheh kalau demam nanti takleh mengundi lah pulak

Blog Widget by LinkWithin