Malaysia Tanah Airku....

March 26, 2008

Kecelaruan Kepimpinan


Assalamualikum w.b.t.

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menulis tentang pergolakan politik tanahair untuk minggu-minggu yang akan datang. Tetapi semakin banyak pula isu-isu besar yang boleh diketengahkan.

Sepanjang minggu lepas, nampak nya kerajaan pemerintahan Paklah, seakan-akan hendak mengikut arus semasa, kecuali kehendak untuk "menderhaka" kepada pucuk pimpinan. Apapun segala perancangan ini pasti akan dipandang sinis oleh kita, seumpama pepatah melayu ada berkata "sudah terhantuk, baru tergadah" dah kalah baru hendak buat macam-macam....

Selama ini segala ungkapan dari pemerintah dianggap dipersetujui oleh rakyat banyak, tetapi semua itu rupanya hanya mimpi-mimpi kosong pihak pemerintah, PRU12 telah merealisasikan perkara yang sebaliknya, rakyat sebenarnya telah lama bersabar, tertekan dan bosan dengan segala tindakan kerajaan yang menjolok mata dan meloyakan tekak dan undi protes sebagai jawapannya.

Walaupun pada dasarnya "nasi belum menjadi bubur", kehangatan api dan sukatan air masih perlu dijaga dan diperhatikan. Berbagai langkah yang diambil oleh pihak pemerintah untuk memperbetulkan keadaan dilihat sebagai satu langkah positif yang mana ia akan memberikan keuntungan kepada rakyat. Tapi harus diingat, segalanya harus dilakukan dengan teliti dan beradap.... jangan melakukan sesuatu dengan misi "ada udang disebalik batu", kelak akan memburukkan lagi keadaan.

Tindakan, menyerang pihak lawan melalui media masa arus perdana harus dilakukan dengan berhemah dan berhati-hati. Kadang-kadang perbuatan , ini menyebabkan kita agak menyampah dan meluat dengan berita yang kadang-kadang tak dapat diterima dek akal dan memperbodoh-bodohkan kita.

Kalau hendak membodek pula, biarlah berpada-pada, satu contoh langkah yang baik ialah dengan mengurangkan laungan slogan bahawa pihak pemerintah sahaja yang boleh memberi pembangunan dan kesejahteraan pada rakyat. Walaupun pada dasar nya slogan itu adalah seakan-akan benar, tetapi pada hakikatnya walau parti manapun memerintah sesuatu negara, maka agenda pembangunan dan kesejahteraan pada rakyat lah menjadi tanggunjawab nombor 1 . Pendek kata memang itulah tugas nya . Jadi janganlah selalu sangat menguar-uarkan, bahawa kerajaan sahaja yang mampu untuk membangunkan wilayah ini...atau menjayakan projek itu....atau mengkayakan daerah ini... atau berbagai-bagai lagi slogan yang lebih menjuruskan kepada kerajaan pemerintah "boleh", yang lain "tak boleh". Seolah-olah pihak kerajaan mempunyai perwatakan yang segala-galanya "perfect".

Anggapan bahawa kerajaan pemerintah BN adalah parti yang "perfect" harus dikaji semula. Seboleh-bolehnya janganlah selalu mendabik dada sebagai juara pemerintah, kerana sudah terbukti bahawa juara pemerintah BN telah diaibkan oleh kuasa undi rakyat dalam PRU yang lalu, disebabkan terlalu "overconfident" bahawa mereka adalah kerajaan "perfects" di mata rakyat.

Buangkan perasaan syok sendiri, agar kita dapat menilai sejauh mana pemerintahan BN, masih relevan pada rakyat. Kalau dilihat rata-rata, rakyat lebih mengutamakan kesejahteraan diri sendiri dan keluarga. Kini aliran sokongan adalah condong kearah parti yang dapat mengeluarkan rakyat dari tekanan kehidupan.

Pendek kata sejarah kegemilangan parti tidak akan menjadi tiket kemenangan untuk menarik hati rakyat, tetapi kegemilangan rakyatlah yang harus menjadi petanda kejayaan pemerintahan sesuatu parti.

Agenda Mempercayai penulisan BLOG - Agenda yang dipelopori oleh menteri-menteri yang baru dilantik oleh kerajaan BN merupakan satu langkah yang baik, walaupun nampak keterbelakang, tapi tak salah untuk kerajaan BN untuk "Kembali Kepangkal Jalan". Sememangnya penulisan di blog-blog harus dipandang serius oleh kerajaan BN dari dahulu lagi, sebab disinilah terhasilnya cetusan rasa dan perasaan yang berbagai-bagai dari rakyat marhain. Disinilah kerajaan BN dapat mengukur segala kekuatan atau kelemahan yang ada. Kenyataan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek agar blog sebagai media alternatif yang perlu dikaji semula menunjukkan satu tindakan proaktif bagi memperbaiki persepsi ini.

Apabila sedar ramai belia atau golongan muda lebih ramai yang celik IT, maka Kementerian Belia dan Sukan melalui menteri nya yang juga baru, Datuk Ismail Sabri Yaacob, juga mengambil langkah yang bijak dan pendekatan yang hampir sama apabila mewujudkan blog sebagai medium utama mendekatkankan diri dengan belia (pegundi).

Soalnya sekarang, pihak Kementerian Belia dan Sukan seharusnya bukan sahaja tahu mewujudkan blog tetapi tahu bagaimanakah blog ini akan dapat menarik belia untuk melayari nya........kerana tanpa pembaca, blog Kementerian Belia dan Sukan akan hanya akan wujud sebagai rumah tinggal...jadi cara yang pertama ialah kurangkanlah berita propaganda....

Pendekatan bijak parti PAS, PKR dan DAP ialah apabila mereka mendekati rakyat melalui media internet ini. Mereka lebih tahu dan "advance" mengenai hal-hal yang rakyat mahu dan tidak mahu. Mereka tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian nya, dan akhirnya mereka tahu lubang besar, cara bagaimana untuk menumbangkan kerajaan BN yang alpa ini.....

Ternyata anggapan bahawa penulisan di Blog-blog banyak unsur-unsur fitnah dan pembohong inilah yang memakan keutuhan parti BN sendiri. Kalau boleh ingin juga didengar apa komen para menteri-menteri kita dahulu yang berkobar-kobar menegakkan misi mengharam dan memboikot penulisan di Blog-blog secara membabi buta.

Cuma kita tidak mahu agenda ini dijalankan hanya sebagai alasan untuk mengekang kebebasan suara rakyat Malaysia......Apakah tidak nya apabila semuanya telah berkumpul pasti akan dikenal...dan apabila dikenal pasti mudah untuk mencantas nya....harap-harap ini semua tidak berlaku...tetapi harus diingat, semuanya tidak mustahil.....

Kekalutan dan Kelemahan Pentakbiran - Pentakbiran Paklah sekali lagi memaparkan kekalutan dan kelemahan dalam pemerintahan nya. Kalau tidak masakan ada percakaran, perbalahan, tunjuk perasaan, kekusutan dan rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Parti?

Kekalutan yang berbagai-bagai ini memaksa para Sultan turun padang untuk memberikan sidang media.....cukup celaru, pemerintahan Paklah.... Kalau di zaman Tun Dr Mahathir dahulu segalanya telah dirancang dengan teliti dan teratur baru buat kerja.....di zaman Paklah pula, umpama buat kerja dahulu, hasilnya baru dibuat perancangan....Kalau bagus kerja nya, takpalah...tapi kalau sebalik nya...lagi celarulah lagi jawab nya...

Lihat sahaja ketetapan yang tak tetap dalam isu perlantikan menteri besar Perlis yang melihat sengketa antara Datuk Dr. Md Isa Sabu dan Datuk Seri Shahidan Kassim, manakala di Terengganu pula sengketa antara Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh mengheret Datuk Ahmad Said dalam delema apabila beliau menerima ugutan akan dipecat dari parti jika meneruskan hasratnya untuk mengangkat sumpah sebagai MB Trengganu......!!!

Perkara ini bertambah kusut apabila penyokong kedua-dua pihak masing-masing melakukan tunjuk perasaan dan ada pula ADUN yang sanggup meletakkan jawatan sekiranya calon nya tidak dipilih... apa semua ini...? Mana perginya sumpah untuk membela rakyat...? Ini semua menunjukkan bertapa tidak harmoni nya keadaan di dalam Parti yang memberi isyarat yang amat jelas bertapa longgarnya pemantauan dan kawalan Paklah terhadap pemimpin bawahannya....maka UMNO akan kehilangan penyokong lagi......

Menambahkan celaru dalam kepimpinan Paklah apabila Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad meletak jawatan gara-gara tidak dapat bekerja dengan baik tanpa jawatan kabinet ditambah perletakan jawatan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo , yang setuju turun demi maruah...(Paklah...bila lagi?). Lebih memeningkan, apabila Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang dianggap tiada "kontraversi" oleh Paklah, diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Dr. Mohammed Khir Toyo, tiadakah calon yang lebih layak di Selangor ini...?. Lagi memalukan apabila ada pula kes-kes ADUN yang boleh menolak tawaran kerja dari Paklah...Apa sudah jadi.....?

Tidak cukup dengan isu itu, muncul pula protes yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita UMNO, melalui ketuanya, Dato Seri Rafidah Aziz yang mempersoalkan ketiadaan wakil dari Wanita UMNO dalam kabinet Paklah. Kenapa jadi begini...? Tidakkah Paklah tahu kuasa mengundi wanita itu berada ditahap yang amat "super" membanggakan.... Kalau di mesyuarat Cawangan-Cawangan kuasa kehadiran ahli-ahli wanita inilah yang akan memeriahkan korum-korum mesyuarat..... jadi sanggup Paklah mengenepikan wakil wanita...? Ingatlah undi wanita adalah undi besar.......

Kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan parti akan datang mungkin merupakan satu peluang terbaik untuk ahli-ahli Parti yang tidak setuju dengan kepimpinan Paklah untuk bersuara .... tetapi belum sempat pun surat edaran Tengku Razaleigh Hamzah menjadi panas, sudah ada kenyataan dari semua Badan Perhubungan Umno negeri bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga Jun tahun depan dengan alasan bagi mengelak perpecahan dalam parti. Agak nya berapa lama lagi kepimpinan UMNO hendak menyorok dari kenyataan sebenar...sudah terlalu lama kepimpinan di seluruh peringkat parti memegang jawatan....... masih lagikah kepimpinan parti mahu menggunakan alasan pengukuhan parti sebagai alasan....? Apa akan jadi jika Parti masih tidak bersatu...? tangguh lagikah.....? Apakah malapetaka besar yang ditakuti mereka...?Ada lagikah "malapetaka besar", yang lebih besar dari kekalahan parti dalam PRU12 yang lalu...? Atau sebenarnya mereka takut malapetaka ini akan menimpa diri Paklah ....?

p/s: Malapetaka.....buatan sendiri

5 comments:

Hasrul Halid said...

Bro DK, rasanya malapetaka MAHA BESAR adalah Pak Lah itu sendiri. Tiada malapetaka yang lebih besar dari tu.

de_kerinchi said...

salam hasrul,

Masih ada lgi juak-juak Paklah yang tak rela Paklah ditimpa malapetaka..sedangkan pencetus malapetaka itu sendiri masih wujud,,,

Mak Su said...

takder, dorang kena paham tentang kepelbagaian jenis blog dan sapa penulis2 blog? yes, byk yg urban ler, tak mustahil jangkitan blog juga akan pergi ke rural area... sudah tentu current penulis blog akan mempromosikan tentang excitement menulis blog yg berhantu ni. tak sepatutnya tak tahu, tapi terus tuduh membabi-buta (oops! gue janji nak neutral, tapi ter-emo plaks)

blackpurple @ jowopinter said...

Sudahnya nanti bangsa kita juga yang rugi.

EntahLAH. Rakyat jadi pening. Sudah-sudahLAH.

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Memang bloging akan menjedi trend...tapi hendak mengekala dan menarik audience tulah yang susah...

Salam wak,

Bangsa melayu memang mudah upa...wak...termasuklah.... sudah LAH

Blog Widget by LinkWithin