Malaysia Tanah Airku....

March 19, 2008

Latah Politik tanahair ku...


Assalamulaikum w.b.t.

Maaf hampir seminggu saya tidak membuat posting, minggu ini adalah minggu "bertenang"...minggu "tunggu dan lihat".... minggu meluahkan perasaan ...

Di samping mengikuti perkembangan politik tanahair, saya juga kena membereskan urusan-urusan yang masih tertunggak pada PRU yang lepas. Amat menarik rata-rata kawan-kawan yang saya temui mengeluh atas kekalahan BN di Selangor. Kenapa...? Kerana mereka amat risau akan kehilangan projek-projek yang telah diluluskan, projek-projek yang dalam pertimbangan, projek-projek yang sedang diluluskan dan projek-projek yang dalam perhatian. Kehilangan projek-projek ini bermakna kehilangan punca pencarian bagi mereka.... tapi saya beranggapan kita tidak perlu takut sekiranya :

  1. Projek-projek itu telah diluluskan secara telus dan jujur, tanpa menekan mana-mana pihak.
  2. Projek-projek itu bukan diluluskan secara paksa melalui rekomen (surat arahan) dari pihak-pihak atasan lebih-lebih lagi berkaitan dengan parti politik.
  3. Projek itu dilaksanakan melalui saluran yang betul.
  4. Projek itu dilaksanakan menurut spesfikasi dalam kontrak.
Malangnya rata-rata rakan-rakan saya berada dalam keadaan genting apabila mereka memiliki keadaan yang berlawanan, sekurang-kurang nya satu dari perkara di atas. Perkara yang paling melucukan apabila ada yang secara "bergurau" (gurau ada makna tu...) bertanyakan tentang cara-cara untuk menjadi ahli parti PKR atau PAS.. yang lebih "advance" lagi, menyatakan hasrat untuk menubuhkan cawangan baru parti PKR atau PAS.... nampak nya ramai juga yang sudah menjadi politikus....walaubagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana ini punca pendapatan mereka.... cuma yang perlu diperbetulkan ialah biarlah punca rezeki itu di dapati dari punca dan cara yang halal dan dibenarkan agama barulah berkat .... dan bagi rakan-rakan yang sentiasa mengikut peraturan kontrak, inilah musim-musim bahagia bagi mereka..... maka nikmatilah dengan sebaik-baik nya....

Bagi penduduk-penduduk setempat pula, keberkesanan manifesto PKR mula terjawab apabila PKR mula menjalankan tanggujawab nya di Selangor. Dengan pengumuman bahawa rakyat Selangor akan menikmati penggunaan 20 meter padu air secara percuma mulai April ini, ternyata dapat mengembirakan banyak pihak.

Kini mereka tertunggu-tunggu pula janji pengurangan cukai pintu pula.... sudah ternyata tindakan kerajaan terdahulu mengenakan cukai pintu di tanah-tanah pertanian di Kampong-kampong telah memakan diri sendiri (konon nya BN mengamalkan polisi negara pertanian, tetapi membunuh nya secara diam-diam). Penduduk setempat memang dari dahulu telah membangkang cukai-cukai pintu dari dikenakan ke atas tanah-tanah berstatus pertanian. Mereka tidak nampak apakah perlunya dikenakan cukai pintu kepada mereka..

.... adakah mereka menikmati pembangunan jalan-jalan yang bertar?
.... adakah mereka menikmati khidmat pengutipan sampah dan memotong rumput?
... adakah mereka mendapat khidmat penyelengaraan parit-parit dan pembentung? termasuk khidmat menyalur dan menyelengara loji najis persendirian mereka....?

Sedangkan mereka juga membayar cukai pintu setiap bulan malah jumlahnya ada yang setanding dengan rumah-rumah mewah di bandar besar... adilkah sekira nya mereka dipaksa untuk membayar khidmat yang tidak mereka kecapi seperti selayaknya orang yang membayar cukai pintu? Bagi saya PKR telah menggunakan manifesto yang betul, di tempat yang betul..ternyata manifesto untuk mengurangkan cukai pintu telah menjadi salah satu punca tertarik nya rakyat kepada parti PKR berbanding BN, jadi saya harap parti BN fikir-fikirkan lah jalan penyelesaian nya....

Menyentuh tentang kebimbangan, kononnya parti PKR, DAP dan PAS akan menghalau dan menyekat penggunaan Kelas-kelas TABIKA kemas, Dewan orang-ramai, dan segala prasarana yang dahulu dijalankan oleh parti BN, ternyata meleset samasekali. Bagi DUN Paya Jaras, kehadiran wakil PKR untuk menyatakan pendirian parti PKR, bahawa segala prasana dan aktiviti yang dahulu dijalankan oleh parti BN, boleh beroperasi secara normal, amat mengembirakan penduduk setempat. Manakala penggunaan tempat tertentu untuk tujuan politik, harus mendapat kebenaran dari pihak kerajaan negeri Selangor, wajar diikuti seperti apa yang pernah kita ikuti semasa pemerintahan parti yang terdahulu. Kata orang dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..."

Tentang perhimpunan haram yang diadakan oleh orang melayu (pada dasar nya adalah dari parti UMNO, lihat sahaja muka-muka yang hadir diperhimpunan itu..tidakkah kita mengenali mereka..? saya rasa penduduk setempat lebih arif), amat mendukacitakan saya. Walaupun saya pada dasar nya menyokong kepada amalan DEB yang tulin dan asal ( lihat perkataan yang dihitamkan.. ;-) ), tetapi saya berpendapat bahawa perbuatan mereka ini ternyata mengikut perasaan dan paling menyedihkan perbuatan ini umpama meludah ke langit terkena ke muka sendiri.... apakah tidaknya.. dahulu UMNO beria-ia menidakkan perbuatan demontrasi jalanan...konon nya parti UMNO penuh tradisi dan mengamalkan perbincangan secara aman . Tapi kini apa sudah jadi...? tidakkah , kita sendiri telah mengikuti dan terbawa-bawa budaya demontrasi jalanan itu...? dah lah tiada permit... "tepuk dada, tanya akal...."

Kelihatan nya tindakan UMNO Pulau Pinang, menyuarakan pendapat supaya kerajaan menarik semua prasana yang hendak dibangunkan oleh kerajaan di Pulau Pinang termasuk perkhidmatan bas Rapid Penang, nampak macam berwibawa dan berkesan, tapi tindakan tersebut sebenarnya nampak bodoh dan kalut. Ternyata mereka ini terdiri dari orang-orang yang tedesak dan putus harap..tidakkah mereka fikirkan tindakan mereka berlawanan dengan laungan polisi kerajaan BN yang tetap akan membangunkan apa jua projek yang berfaedah untuk rakyat walau pun di tempat pembangkang...? Lagipun tidakkah mereka fikir kan bahawa tindakan mereka akan menyusahkan lagi penduduk setempat? Mereka ini, mungkin dari golongan orang tak susah, ..tapi sebagai pemimpin sepatutnya fikirkanlah masalah rakyat yang susah ini... tindakan memulangkan paku buah keras kepada rakyat pegundi adalah satu tindakan biadap dan boleh mengguris hati rakyat.....memalukan...kerajaan BN akan kehilangan undi, jika perkara ini dibiarkan berluas-luasa di tangan badut-badut berkepentingan ini.....konon berkhidmat untuk rakyat....tapi tidak sedar tindakan mereka bakal menekan rakyat.... wahai pemimpin lihatlah rakyat yang berjalan kaki dan berkenderaan bas dan komuter melalui tingkap kereta mewah anda....sebelum mengeluarkan kata-kata.... nasib baik Paklah keluarkan kata-kata bijak untuk menutup kata-kata bodoh pemimpin UMNO Pulau Pinang.....

Tindakan media masa menekan dan memomok kan dasar pemerintahan parti PKR, PAS dan DAP juga amat tidak saya persetujui.... belum pun kerajaan-kerajaan tersebut dibentuk dan disusun atur parti BN, telah menyerang dan menekan mereka melalui media masa dengan berbagai soalan dan bantahan yang kebudak-budakkan...Secara logik dan rasional.... mampukah sebuah parti yang baru hendak dibentuk untuk melakukan segala nya secara sekelip mata dan teratur? Bagi saya bagilah mereka masa dan peluang untuk membuktikan keberkesanan pemerintahan mereka pada rakyat... janganlah kita membangkang ikut perasaan, biar kita membangkang ikut logik dan sebagai orang yang bijak lagi berpengetahuan....yang penting jangan hentam kromo nanti malu diri sendiri.... lagi rakyat benci....maka hilang lagi undi...

Isu surat Datuk Mukhriz Tun Mahathir bukanlah satu isu terpinggir.... itu adalah kebenaran....itulah isi hati seorang pemimpin dan pejuang tulin... tidak ramai yang seberani beliau.... syabas Datuk Mukhriz. Tindakan Paklah mengarahkan pemuda untuk mengambil tindakan dilihat tidak menepati tempat yang sepatut nya. Datuk Mukhriz bercakap atas kapisiti sebagai ahli UMNO, dan sewajarnya Paklah lah yang menimbangkan nya bukan nya Pemuda UMNO. Apapun Paklah bijak, kerana mengalihkan beban itu di bahu Datuk Seri Hishammuddin... dan nasib baik Datuk Seri Hishammuddin juga bijak untuk mengawal isu ini dengan tidak mengenakan tindakan keatas Datuk Mukhriz dengan alasan yang bijak......kalau keputusan sebalik nya diambil, pasti kekuatan UMNO malah BN akan terus tergugat akibat perpecahan...syabas Pemuda UMNO, untuk kali ini.... Apa yang menarik janji Datuk Seri Hishammuddin, bahawa Pemuda UMNO tak akan takbur lagi, pasti amat menarik untuk kita ikuti perkembangan nya....

Akhir kalam untuk kali ini, segala apa yang berlaku dalam PRU kali ini, mempunyai kebaikan dan hikmah anugerah dari Allah s.w.t.. Kedua-dua aliran parti pasti akan lebih berhati-hati dalam segala tindakan dan tuturbicara...masing-masing akan membuktikan keberkesanan pentakbiran mereka...masing-masing akan menunjukkan siapakah yang lebih berkhidmat dan memberi kesenangan kepada rakyat....maka hasilnya nanti pasti akan dinikmati oleh rakyat Malaysia yang merdeka... Parti yang berjaya memberi kesenangan dan kemakmuran pada rakyat, pasti itulah parti yang ingin diundi oleh rakyat....Hidup Rakyat...!!!!!!

p/s : Ingin saya katakan kepada mereka yang menghantarkan email-email tidak puas hati kepada tulisan saya..... Bahawa saya seorang rakyat Malaysia yang boleh mengundi, seorang ahli UMNO yang juga boleh mengundi... jadi saya seorang rakyat dan ahli yang memilik hak untuk bersuara.....kerana itukan tujuan dan amalan negara dan parti yang berdemokrasi...

4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..
ni la psl saya suka msk anjunglarik..
walaupun saudara de kerinchi penyokong UMNO, tp pandangan yg diutarakan saudara cukup rasional..
alangkah indahnya Malaysia jika rakyatnya dapat berpolitik seperti saudara de kerinchi.

Mak Su said...

saya pun tunggu dan lihat, peluang mengundi dah diberi. kita tahu pilihan kita, kita lihat samada pilihan kita mengotakan janji atau tidak, dan tak payah melatah dalam di pentas politik samada penonton atau pelakun.

arsaili said...

itula senario politic tanah air...

de_kerinchi said...

salam farhan,

terima kasih kerana sudi membaca, terukan sokongan anda....

salam maksu,

Ya sekarang ni musim menunggu janji-janji pilihanraya... siapa yang berjaya mendekati masyarakat dialah bakal pemimpin negara..

salam arsaili,

Senario inilh perlu ada anjakan positif kearah Malaysia baru...

Blog Widget by LinkWithin