Malaysia Tanah Airku....

February 19, 2008

Pastikan pangkahan anda tidak sia-sia...




Assalamualaikum semua,

Hari ini saya hendak bercerita tentang cara-cara pangkahan undi yang betul....Seringkali kita beranggapan bahawa memangkah kertas undi itu adalah satu perkara yang mudah. Akibat menganggapnya terlalu mudah dan remeh menyebabkan kita membuat kesilapan yang selalunya, akan membuatkan kertas undi kita rosak dan sia-sia sahaja. Tahukah anda, bahawa setiap undi anda adalah berharga kepada calon pilihan anda...? Dengan melakukan kesilapan kecil sebegini, bakal mengundang kekalahan kepada calon sokongan anda...Jadi marilah kita melakukan tanggunjawab membuang undi ini dengan pangkahan yang betul.

Contoh pangkahan yang betul adalah seperti dibawah :



Pastikan pangkahan anda betul-betul berada
di dalam ruang kotak yang disediakan


Saya pernah menerima kertas undi yang berbentuk seperti contoh di bawah. Dalam keadaan ini ketua tempat mengundi akan mengira dahulu kertas-kertas undi yang mempunyai tanda pangkah di ruangan yang betul , kemudian mereka akan beralih kepada kertas-kertas undi yang mempunyai pangkahan atau tanda yang jelas menunjukkan bahawa pegundi telah membuat pilihan kepada caon-calon tertentu. Kertas-kertas undi ini akan dikira sebagai sah, dengan persetujuan wakil-wakil calon yang turut berada semasa proses pengiraan undi sedang dijalankan.


Kertas undi yang masih boleh dikira dengan
persetujuan bersama wakil-wakil calon, walaubagaimanapun anda
jangan sesekali melakukan seperti ini..!!!


Undi anda dikira rosak dan tidak dikira sekiranya kertas undi anda kelihatan begini :



Kertas undi yang rosak : elakkan undi anda dari menjadi sia-sia....

Semasa saya menjaga tempat mengundi di Subang Jaya, saya merasakan bahawa saya tidak akan menghadapi masalah besar, memandangkan kawasan itu merupakan kawasan bandar yang kebanyakan penduduknya adalah dari golongan elite, profesional dan terpelajar. Walaubagaimanapun saya masih menemui, kertas undi yang rosak teruk seperti dibawah :



Antara contoh kertas undi yang saya jumpa,
semasa pengiraan undi dikawasan Subang Jaya.

*Perhatian : Kertas undi diatas hanya sebagai contoh untuk ilustrasi sahaja, dan ia tidak 100% menyamai kertas undi yang sebenar. harap maklum.


p/s: Lakukan tanggungjawab kita dengan hati yang ikhlas dan bertanggunjawab....pastikan usaha dan masa kita untuk berbaris dan membuang undi tidak menjadi sia-sia belaka.....

12 comments:

Lily Abdullah said...

Salam de_kerinci,
Ada juga jenis manusia macam tu & di kawasan elit pulak tu.

Manusia2 tak terfikir ke,yang ada orang luar M'sia sanggup menggadai nyawa untuk menunaikan hak yang satu ini.

Atau adakah ini tanda protes sebab tak gemar kedua-dua calon.

Mak Su said...

adoi.. geli ati tgk cara org memangkah

mae said...

mmg ada seni pengundi kite..tuan kerinci..

Anonymous said...

Pangkah calon BN atas DAHI ok! Hahaha.

Anonymous said...

Pastikan kita menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi...

de_kerinchi said...

salam kak waterlily,

Tak tahulah ada orang sanggup beratur mengundi, semata-mata hendak lepaskan geram..hihihi

Salam maksu,

bukan disekolah jer kena ajar cara tanda ditempat yang betul....


salam mae....

Memang seni...seni merosakkan undi...seni kasi pengira undi kerja lebih sikit...


salam Pembebel,

Kalau pangkah atas dahi, baru dikatakan protes....


salam azrin,

Ia marilah kita sama-sama pergi mengundi....

Anonymous said...

tahun ni 1st time mengundi. hehehehe. thanks for the info. ntah2 tersilap pangkah ke... hehehehe.

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi;

Alhamdulillah satu posting yang bernas dan berilmu.
Sewaktu menjadi wakil calon pada 2004 dulu memang itulah caranya,seperti yang saudara jelaskan.

Yang saya hairan, bagaimana boleh ada orang membuat undia di tempat yang salah.

Kalau yang sengaja pangkah kedua-dua calon memang lah dengan sengaja hendak rosakkan undi(mungkin tak tahu nak pilih siapa kot).
walaupun begitu saya respek mereka kerana sanggup keluar mengundi, dari yang tidak mahu keluar walaupun memang sudah menjadi pengundi berdaftar.

Hasrul Halid said...

lerrrrr... ada jugak yang undi cam gitu.. hampesss!

de_kerinchi said...

salam saudara dr tokasid

Betul, mereka ada sedikit bai dari prang yang tak vervuat apa-apa pun.


Salam saudara hasrul....

Apa khabar lama dah menyepi diri....rindu dengan tulisan di blog anda..hihihihi... selamat mengundi, dengar cerita PRU di penang kali ini huru-hara sedikit....

de_kerinchi said...

salam ladymariah,

Selamat mengundi.....pasti pengalaman mengundi yang pertama akan menjadi kenangan manis anda.....

Ungku Nor said...

sekarang ni harga barang dah makin naik.
ada ura2 lepas tarikh mengundi, banyak lagi barang keperluan yang akan naik harga.

akak taktau la ini sekadar propaganda parti yang bertanding atau memang akan berlaku selepas 8/3 nanti.

sama-sama la kita tengok dan tempuh..;p

Blog Widget by LinkWithin