Malaysia Tanah Airku....

February 24, 2008

Penamaan calun N13 Dun Kuang P97 Selayang

Assalamualaikum....

Minggu ini merupakan minggu-minggu yang paling sibuk dalam diari kerja saya....Setelah pengumuman penamaan calun bagi Negeri Selangor, diumumkan maka bermulalah gerak gempur secara menyeluruh bagi melaksanakan segala kerja-kerja yang telah dipertanggung-jawabkan.

Bagi DUN Kuang (N13) pengguguran nama YB. Saudara Soohaimi Abdul Rahman (bekas penyandang) amatlah mendukacitakan, tetapi segera terubat bila nama baru yang diumumkan sebagai pengganti beliau, merupakan anak jati DUN Kuang sendiri.....Orang yang dimaksudkan ialah Ybhg. Saudara Abdul Syukor Idrus.

Ybhg. Saudara Abdul Syukor Idrus, bukanlah orang baru dalam arena politik negara, malah beliau adalah salah seorang pemimpin pelapis pemuda, yang amat berpengaruh dan mempunyai daya kepimpinan yang telah terbukti jasa dan bakti nya kepada penduduk setempat. Beliau juga merupakan penyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, dan amat tidak asing dikalangan pemimpin tertinggi parti di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan.

Dalam pilihanraya kali ini Ybhg. Saudara Abdul Syukor Idrus akan menghadapi tentangan satu lawan satu dengan Saudara Dr. Badrul Amin Bahron, wakil calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun dijangkakan saingan adalah sengit di beberapa kawasan di DUN Kuang (N13), tetapi diyakini ia dapat diatasi dengan kelebihan yang dimiliki oleh Ybhg. Saudara Abdul Syukor Idrus, iaitu beliau dan DUN Kuang (N13) adalah ibarat aur dengan tebing...... malah disebabkan beliau dibesarkan di DUN Kuang (N13) maka beliau memang tidak asing lagi bagi penduduk sekitarnya.....

Hari ini 24 Februari 2008, merupakan hari penamaan calun, dan bagi kawasan DUN Kuang (N13) ia diadakan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang, di Selayang. Dianggarkan hampir 2000 orang telah membanjiri kawasan sekitarnya sebagai tanda sokongan kepada calun-calun yang bertanding. Antara yang turut kelihatan mengiringi calun BN ialah Datuk Chan Kong Choy, Dato' Tang See Hang, Datuk Ahmad Bahri Abdul Rahman dan Datuk Saidin Thamby.

Antara gambar-gambar menarik sekitar hari penamaan calun di Ibupejabat Majlis Perbandaran Selayang.



Perarakan dimulai oleh Parti PAS dan PKR



Diikuti oleh Parti Barisan Nasional



Akhir sekali dari penyokong parti bebas



Pintu masuk ke pusat penamaan calun.



Dihiburkan dengan aksi akrobatik dan paluan gendang
oleh penyokong-penyokong parti bebas.



Juga fesyen ala kontraktor dari parti PKR




Dijangkakan, pihak MPS akan menaikan cukai pintu, bagi
menampung kerugian akibat kerosakkan pada pokok-pokok
hiasan sekitar bandar Selayang... ;-)



Akhirnya setelah penat , kami menjamu selera disini,
sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa restoran
ini tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada penyokong BN
yang makan disini..... terimakasih kepada pemiliknya
saudara Sanusi, semoga Allah s.w.t
merahmati anda dan keluarga.

p/s: Bagi rakan-rakan dari apa jua parti yang bertanding..... janganlah kita lupa adab ketimuran dan pegangan agama kita dalam menjalankan tugas......

4 comments:

Ungku Nor said...

selamat berbizi-bizian!!
hehehe

Puteri said...

turut merasa bahangnya pilihanraya walaupun tidak dapat turut sama berpilihan raya

Mak Su said...

selamat berusaha bersungguh2 de_kerinchi

de_kerinchi said...

salam kak unkunor,

tq, selamat berbusy-busy....bestgak perkaaan ni....


salam puteri,

awat tak dapat turut serta..siapkan assigment ker...hiihh


salam maksu,

tq....pasti berusaha demi tanggungjawab... ;-)

Blog Widget by LinkWithin