Malaysia Tanah Airku....

February 14, 2008

PRU zaman ini...



Semalam tengahari, berita pembubaran parlimen telah menyebabkan jentera parti dan jentera SPR digerakkan dengan serta-merta. Saya tidak terkecuali, telah terpaksa bergegas dari rumah pada pukul 7.30 malam untuk ke Kuang, bagi menyertai mesyuarat jentera parti di DUN Kuang yang akan diadakan pada jam 9.00 malam.

Saya menyertai DUN, Kuang atas tiga sebab, yang pertama kerana ia dekat dengan tempat saya mengundi iaitu DUN Paya Jaras, yang kedua DUN Kuang telah lebih awal "membooking" perkhidmatan saya, hingga memaksa saya menolak permintaan rakan di DUN yang lain dan yang ketiga saya belum pernah lagi mengendalikan jentera parti berkaitan dengan keselamatan.

Sebelum ini saya pernah menjadi Ketua tempat mengundi dan Ketua peti undi bagi pihak SPR. Manakala bagi jentera Parti cuma bahagian keselamatan sahajalah yang belum pernah saya cuba. Jadi untuk mencari pengalaman, maka saya akur dengan permintaan yang ini.

Pada kali ini saya telah dilantik sebagai AJK (telah diedit, untuk tidak dikesan.. ;-) ), untuk mengawal selia, memohon dan menguruskan peruntukan kewangan, Jentera keselamatan untuk DUN Kuang.

Seperti yang dijangkakan, saya merasakan ada sesuatu yang janggal dan aneh dalam Pilihanraya kali ini, dan perasaan ini turut dikongsi bersama dengan ketua-ketua jentera yang lain nya. Ada satu perkara yang sedang bermain dibibir dan fikiran kami iaitu:

"Pada PRU kali ini, dijangkakan saingan adalah amat sengit, dengan pelbagai isu yang timbul dan meresahkan rakyat maka jangkaan kemenangan adalah ditahap 50-50."

Malam itu, telah timbul perdebatan, apabila seorang pemimpin veteran telah mengeluarkan kata-kata standard pejuang UMNO.....

"Kita hanya perlu fikirkan tentang parti, jangan kita fikirkan perkara yang lain, yang pasti kita perlu memastikan parti kita menang....!!!!!"

Bagi saya kata-kata itu telah lapuk ditelan zaman...mungkin dahulu ucapan itu sesuai untuk diucapkan tetapi ia tidak lagi relevan untuk diguna pakai pada masa kini....

Bagaimanakah kita boleh memikirkan hal-hal parti sahaja...?, sedangkan banyak perkara yang memualkan telah dihidangkan di depan mata...Lagi teruk, apabila segala hidangan jelik ini tidak mempunyai alasan munasabah, yang dapat memberikan rasa enak pada diri kebanyakan dari kita...

Jadi tentulah hati kita akan tertanya-tanya, haruskah kita bersikap hipokrit...?, sedangkan perkara-perkara jelik dan menekan ini memang benar-benar terjadi...

Haruskah kita bertuankan parti..?, sedangkan kita tahu, bahawa segala perkara jelik ini timbul dari dalam parti juga...

Jadi kata-kata ini memang tidak boleh dipakai secara membabi-buta....kita berada di zaman "angkasa"...dan tahu apa hak kita.... jadi yang sebenar nya perlu dilakukan oleh kita ialah dengan memperbetulkan segala kejelikan ini....barulah boleh kita meyakinkan orang lain untuk mendukung parti kita....

Kerja kuat harus dilakukan....walaupun agak terlambat....kita harus juga terus berkhidmat kerana kita sudah diberikan mandat....

Apapun selamat menempuh hari penamaan calun pada 24/02/2008 dan hari pilihan raya pada 08/03/2008.....kepada semua parti-parti yang bertanding...



p/s: Mandat telah diterima, maka amanat perlu dijalankan.....

9 comments:

Mak Su said...

buat kerja yang bagus2 ya

de_kerinchi said...

salam maksu,

pasti kerja yang baik-baik..hihihi

ayamsabung said...

salam dekerinchi,

selamat bertugas bro, yang penting adab mesti dijaga walaupun berlainan idealogi...

Anonymous said...

Selamat Berkempen! :-)

de_kerinchi said...

salam ayam sabung,

ia politk buka bererti sengketa...


salam ladymariah,

selamat berkempen juga.. ;-)

mat jaid said...

slmat btugas.....
ko jage elok2 bdak2 dun kuang...
dun tg.mas aku jd tukang provok,biase la xder keje

de_kerinchi said...

mr j@ck, selamat bertugas juga...provok tu tugas juga...hihihi

Puteri said...

salam.

bawa pemikiran baru, demensi baru.
bawalah pembaharuan dalam parti. bawa pembaharuan dalam politik. dan bawa pembaharuan dalam negara.

selamat maju jaya.

ikhlas dari
nur fatimah @ puteri

--->> kebiasaannya hanya mengirimkan melalui nickname, kali ni nama real, tanda betul2 dari hati.. =)

de_kerinchi said...

salam puteri...kita da akal yang waras jadi timbang-timbangkanlah yang terbaik antara yang baik....

Blog Widget by LinkWithin